Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: January 2012

Pages

Monday, January 30, 2012

PANASSS.. PUSAT SEKS INTERNASIONAL DI KAWASAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR...!!! TAKE BEER...!!!

Apa cerita nie?? Takkan sampai tempat sendiri pun boleh wujud pusat seks internasional kot... Betul la apa yg dikatakan oleh Dato Hassan Ali, parasit parti.. Sampaikan kewujudan pusat seks pun tak perasan...

"KLANG – Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu.

Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.

Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.

"Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk," ujarnya.

Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

"Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu," katanya.

Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu.

"Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh," beritahu beliau.

Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan."

Kosmo

Monday, January 2, 2012

KETUA PEMUDA PAS ALOR SETAR DI SAMAN RM 1 JUTA!!!

Mohd. Azam Awang DI SAMAN oleh Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Semalam.

Menurut Mansor Ahmad (orang yang mendakwa) dalam sidang media bersama pihak media selepas membuat laporan Polis mengenai kenyataan Azam menerusi akbar tempatan semalam akan mefailkan saman peribadi keatas Azam kerana fitnah, nilai saman Rm 1 Juta.

Sunday, January 1, 2012

IPD TANJONG MALIM DISERANG..? TAKKAN TIADA TINDAKAN.

Sekumpulan 30 aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sedang berdemontrasi di depan Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjong Malim yang terletak di Slim River bermula kira-kira jam 1.45 tengahari tadi. Mereka menuntut supaya pihak polis membebaskan 14 rakan mereka yang ditahan awal pagi tadi dalam satu lagi demontrasi di depan pintu utama UPSI.

Selain itu mereka membawa kain rentang mendakwa seorang mahasiswa, Safwan Anang dipukul oleh pihak polis dalam demontrasi di UPSI itu sehingga kononnya beliau cedera parah.

Beberapa penyokong PKR kelihatan berada dalam kumpulan demontrasi mahasiswa di IPD Tanjong Malim itu, ada antaranya membawa bendera parti itu di kenderaan hilux yang dipandu. Lagi bukti gerakan segelintir mahasiswa ini didalangi oleh parti pakatan haram pembangkang.

Sumber dalam kumpulan itu berkata, mereka mendesak pihak polis segera membebaskan 14 rakan yang ditahan. Sebaliknya, sekiranya 14 mahasiswa itu dibebaskan, kumpulan SMM ini akan membuat satu lagi demontrasi mewar-warkan bahawa pihak polis tunduk atas desakan mereka kerana tindakan penahanan itu kononnya tidak mengikut undang-undang.

Kepada pihak polis, fikirkanlah apa yang terbaik buat mententeramkan keadaan. Tindakan tegas awal pagi tadi adalah wajar bagi membendung sikap mahasiswa pro-SMM itu yang semakin mengganas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...