Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: POLITIK

Pages

Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Kantoiii!!! Naib Presiden #PAS Kantoi Menipu!!



Dekat-dekat pilihanraya ini apa ada main rembat saja. Janji dapat buat riuh kerajaan pembohong dan putar alam. Gara-gara ini juga Datuk Mahfuz Omar kantoi. Jawatannya dalam PAS bukan kecik anak… Naib Presiden.

Sepatutnya Ahli Parlimen Pokok Sena ini belajar dari pengalaman yang baru saja dilalui oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang kantoi akibat heboh kisah kononnya kerajaan Jepun ada bagi pampasan RM207 billion kepada mangsa Perang Jepun.

Nak kata tak ada akai… mereka pembesar PAS.Ia sekaligus mengambarkan mentaliti cacamarba mereka.

Lain kali tengok kiri kanan dan check dulu sebelum nak kaut publisiti murahan panggil wartawan ke sidang akhbar segala macam dengan niat nak buat pendedahan sensasi.

Mana agaknya Mahfuz nak sorok muka apabila sah didapati surat yang beliau dok heboh Rabu konon telah dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tipu kad pengenalan di Sabah nyata PALSU.

Surat berkenaan didakwa meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah.

Dalam sidang akhbarnya di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur, Mahfuz kata bimbang kad pengenalan yang hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing di Sabah yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya.

Menurut Mahfuz surat arahan itu ditandatangani Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar dari ibu pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember 2012 dan dihantar kepada semua pengarah JPN peringkat negeri dan daerah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Khamis yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya Rabu, kata,” Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini. Saya minta orang ramai yang majoritinya tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu.”

Beliau berkata JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru katanya satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said, Khamis.

Baru-baru ini Kementerian Kewangan terpaksa keluar kenyataan beritahu dakwaan bekas Menteri Besar Perak, Nizar adanya surat mengesahkan pembayaran RM207 billion dari kerajaan Jepun kepada mangsa landasan maut Burma-Thailand dalam Perang Dunia ke2 adalah palsu.

Dalam pada itu kerajaan Jepun sendiri menerusi saluran diplomatik meminta kerajaan Malaysia bertindak terhadap mereka yang terlibat sebar dakwaan palsu itu.

Akhirnya kerana riak dan terburu-buru nak cipta nama… Parti Islam Semalaysia kena tanggung malu. –Agendadaily.com


Thursday, January 31, 2013

Gemparr!!! Penyokong PAS Pijak Bendera DAP!!!


Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.

Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.

Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.

Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.

Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan “DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah”. Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.

Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.

Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya? Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?

Akhirnya, Harakahdaily minggu ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.

Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.

Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.

Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.

Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.

Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.

Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP? IsuHot



Tuesday, January 29, 2013

MakkkAiihh!!! Hari Lahir Nik Aziz Diraikan Dengan Kek Oleh Paderi


Wah! Meriah sungguh sambutan hari lahir Nik Aziz tahun ni. Macam dah tak nak sambut tahun depan...maklumlah, sambutan yang amat luar biasa!


Selepas berkunjung ke kediaman Karpal Singh untuk memotong kek, Nik Aziz tidak berhenti di situ, rangka lawatannya ke Pulau Pinang kemudian disambut meriah oleh paderi dengan kek hari jadi.


Maka dengan tersenyum simpulnya, Nik Aziz pun memotong kek berkenaan...


p/s: Agak-agaknya, kalau lah DS Najib mendapat layanan sebegini, mampuih kena kutuk dua bulan! PA



Sunday, January 27, 2013

Panass!! Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang 'Selar' Anwar


Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamad Hafiz Nordin menggesa parti itu untuk keluar daripada Pakatan Rakyat susulan tindakan pakatan itu membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS bersabit penggunaan kalimah Allah.

Beliau mendakwa akar umbi PAS amat kecewa dengan keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf keputusan Majlis Syura bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

“Ahli PAS termasuk saya mengutamakan displin parti. Saya tidak akan tinggalkan PAS kerana perjuangan saya adalah menegakkan Islam, cuma saya lantang dan saya sanggup mewakili mereka yang tidak berpuas hati bersabit isu ini,” kata beliau.

Hafiz berkata tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh memanggil satu lagi mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengiktiraf keputusan Majlis Syura itu.

“Ia menunjukkan sejauh mana Anwar menghormati PAS sebagai parti Islam, kami amat berdukacita dengan keputusan beliau,” kata Hafiz.

Semalam, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Pakatan Rakyat hanya mengguna pakai perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Anwar berkata oleh kerana Hadi gagal membawa ketetapan Majlis Syura PAS pada 13 Januari kepada perhatian Pakatan Rakyat, pakatan itu tidak dapat mendokong keputusan badan ulama itu.

Hafiz berkata kesetiaan akar umbi adalah kepada PAS dan bukan Pakatan Rakyat kerana keahlian mereka berasaskan perjuangan Islam dan bukan keuntungan politik semata-mata.

Beliau berkata PAS, DAP dan PKR jelas gagal mencapai persefahaman jitu mengenai isu-isu agama yang menyebabkan akar umbi parti itu semakin resah.

Apa yang jelas, menurut Hafiz ialah, tidak ada semangat kesatuan diantara ahli tiga parti itu, walaupun pimpinan Pakatan Rakyat mendakwa sebaliknya.

Beliau menegaskan cara pembangkang menangani isu Kalimah Allah hanya menyerlahkan hakikat PKR dan DAP tidak berkongsi aspirasi PAS dalam soal Islam.

Justeru, katanya lebih elok untuk PAS keluar daripada Pakatan dan bertanding sendiri pada pilihan raya umum akan datang kerana ia tidak perlu berkompromi dengan prinsip-prinsipnya.

Friday, January 25, 2013

Panass!!!! 4 Nama Besar Dinasihat Tidak Bertanding #PRU13 Oleh SPRM


Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.


Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.


Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.


Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.


Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.


Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.


Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.


Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.


Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

Thursday, January 24, 2013

Panass!!! Pengikut Pas 'Tibai' Nasrudin Tantawi Ekoran Cemuh Lawatan PM Ke #Palestin


Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.

Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.

Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.

Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.

"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.

"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.

Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.

Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.

Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz."

Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.

Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".

Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat."



Wednesday, January 23, 2013

Panass!!! Gesaan Majlis Syura Ambil Tindakan Tegas Kepada Ustaz Nasha Khianat Pas


Kebanyakan penyokong Pas menyifatkan tindakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengiringi Najib ke Gaza sebagai satu tindakan provokasi kepada parti tersebut.


Nasharudin kini bersama rombongan Perdana Menteri di Palestin dan juga beberapa negara Arab. Ia dikatakan menjadi tamparan hebat kepada Pas yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk PRU13.


Tindakan Nasharudin yang bersama-sama dengan Najib itu akan dilihat sebagai satu tindakan yang amat bertentangan dengan prinsip Pas yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno.


Ada sebilangan pemimpin Pas dikatakan khuatir jika penyokong parti memandang sinis terhadap pendirian pemimpin-pemimpin tertinggi Pas terhadap Umno.


Seorang pemimpin Pas tempatan yang ditemui pihak UtaraNews menggesa Majlis Syura mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Nasharudin kerana didakwa khianat terhadap parti.


"Kalau orang kuat Pas sendiri sokong Najib, bagaimana kalau jemaah-jemaah Pas mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi diatas..? "Ini pasti akan memberikan implikasi buruk kepada parti menjelang pilihanraya umum nanti.." kata beliau. utaranews

Bongkar!!!! Rahsia Tun Mahathir Yang Perlu Di Ketahui.


PERDANA Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin yang paling lama memegang jawatan ketua kerajaan Malaysia, iaitu 22 tahun, dari 1981 hingga 2003.

Sepanjang tempoh itu, Dr Mahathir melalui pelbagai cabaran pahit manis dalam memajukan negara. Dari polisi Pandang ke Timur, Boikot Buy British last dan Wawasan
2020, Dr Mahathir dihormati kawan, digeruni lawan.

Dalam tempoh pentadbirannya, Dr Mahathir sentiasa melakukan perkara yang tidak pernah difikirkan pemimpin sebelumnya, lantas Dr Mahathir membina Malaysia dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian dalam ‘sekelip mata’.

Ikuti wawancara khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN menyingkap peribadi Dr Mahathir yang mungkin tidak diketahui ramai.

Bagaimana dengan kesihatan Tun sekarang?

Kesihatan saya ada sedikit sebanyak terganggu, sekejap sihat, sekejap tidak berapa sihat. Ya lah kerana umur saya yang lebih. Saya sudah tidak boleh berjalan dengan laju, melompat. Tapi secara keseluruhan, saya bersyukur kerana kesihatan saya masih ok.

Makanan kegemaran Tun sekarang, kenapa?

Dulu saya makan semua, tapi sekarang saya kurang makan nasi, saya makan lauk sahaja. Lauk yang saya makan adalah sayur-sayuran. Kegemaran saya sekarang salad. Jadi boleh kata saya vegetarian sekarang.

Dulu Tun dikatakan tidak suka gunting rambut dan potong kuku kerana mengganggu tugas, adakah Tun masih tidak suka dua perkara tersebut?

Ya, saya masih tidak suka dua perkara tersebut, kerana saya tidak boleh buat apa-apa, lumpuh sepenuhnya. Saya benar-benar tidak suka keadaan itu, tapi sampai satu tahap kita perlu juga gunting rambut dan potong kuku. Jika tidak kita nampak tidak terurus.

Apakah hobi Tun sekarang?

Hobi saya sekarang tidak banyak, saya lebih gemar membaca, menulis dan menghabiskan masa lapang bersama keluarga.

Bagaimana dengan bahasa Perancis Tun sekarang?

(Ketawa), Bahasa Perancis saya tidak berapa bagus, saya cuma menguasai 10 peratus bahasa Perancis. Saya boleh tulis dan membaca dalam bahasa Perancis, tapi saya tidak boleh bercakap.

Berapa kuat cermin mata Tun?

Sebenarnya cermin mata saya tidak kuat, saya masih boleh membaca walaupun tidak menggunakan cermin mata. Mata saya masih kuat (ketawa).

Tun adalah seorang yang penuh dengan idea. Bagaimana Tun mendapat idea, adakah dengan berbincang atau ada cara lain?

Kebanyakan idea yang datang adalah dari membaca pelbagai bahan bacaan, tidak kiralah buku biografi, buku cerita, buku politik, buku agama dan pelbagai genre lagi.

Kebanyakan buku yang saya baca buku bahasa Inggeris. Tapi saya tidak lupakan juga buku bahasa Melayu. Apa yang penting, nasihat saya, idea yang hebat datang dari pembacaan dan pengalaman kita

Perkara paling Tun ingati?

Perkara yang paling saya ingat sampai bila-bila adalah hari di mana saya membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang politik pada 1945. Ingatan itu masih segar dalam diri saya.

Apakah perkara paling Tun tidak sukai?

Tidak banyak perkara yang saya tidak suka.

Tempat kegemaran dilawati Tun?

Saya suka melawat Jepun. Kenapa saya suka? kerana bangsa Jepun adalah bangsa Asia pertama yang dapat menewaskan kekuatan ketenteraan Barat. Lawan dengan Rusia, Jepun boleh menang.

Walaupun saya tidak suka cara Jepun memerintah Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, tetapi bangsa Melayu kena meniru bangsa Jepun kerana mereka mempunyai jati diri amat kuat walaupun dalam dunia moden hari ini.

Adakah Wawasan 2020 masih boleh dicapai?

Boleh dicapai, tetapi dengan beberapa perubahan dan pendekatan tertentu. Saya yakin Wawasan 2020 masih boleh menjadi kenyataan.

Tun pakai telefon bimbit jenis apa?

Saya pakai iPhone.

Artis kegemaran Tun?

Saya minat Siti Nurhaliza.

Pasukan bola yang diminati?

Saya tidak begitu minat dengan bola, tetapi saya kecewa sebenarnya apabila Harimau Malaya sekarang merosot teruk, berbanding waktu negara mencapai kemerdekaan. Ketika itu pasukan bola Malaysia terkenal sebagai yang terbaik di Asia.

Permainan yang Tun sukai?

Saya hanya main kuda sahaja

Sinar


Tuesday, January 22, 2013

#PRU13 - DS Najib Akan Bubar Parlimen Bulan Depan!!!


Penganalisis politik menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari ini.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah dirasai.

“Ramai meramalkan sekitar 17 hingga 28 Februari ini perdana menteri akan bubar Parlimen, dan PRU13 berlangsung selepas itu iaitu awal Mac.

“Hal ini dilihat sesuai kerana banyak perkara sudah sudah diselesaikan seperti hal persekolahan dan banjir juga sudah pulih. Apatah lagi tempoh matangnya juga sudah berada di penghujung,” katanya.

Menurutnya, PRU13 adalah pilihan raya paling sengit pernah dihadapi BN dan menjadi cabaran besar juga kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengekalkan kemenangan mereka di negeri yang telah dimenangi pada 2008.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian juga berpendapat sama iaitu PRU13 sudah hampir.

Katanya, semua pihak sudah membuat persediaan akhir dalam menghadapi PRU13.

“Seperti mana kita tahu, PRU13 adalah paling sengit dan sudah pastinya semua parti politik akan membuat persediaan sebaik mungkin.

“Begitu juga dengan anggota keselamatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi lain,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya BN masih ada kelebihan untuk menang dan mentadbir kerajaan masa hadapan.

“Bagaimanapun, PRU13 ini beri cabaran getir buat mereka, berapa jumlah kerusi dan kawasan mana yang mampu dimenangi,” katanya.

Monday, January 21, 2013

#Melayu Terlalu Banyak Berkorban Demi Perpaduan

Melayu sudah menyerahkan banyak hak mereka kepada kaum lain di negara ini semata-mata untuk mewujudkan perpaduan dan suasana yang harmoni.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Melayu suatu ketika dahulu mempunyai 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini tetapi sanggup berkorban dan menyerahkan sebahagian hak itu kepada kaum lain.

“Selepas itu, jumlahnya berkurangan kepada 60 peratus. Tiada penduduk di mana-mana negara di dunia ini yang mahu berbuat demikian.

“Hanya orang Melayu yang sanggup melakukannya. Kita banyak menyerah dan berkorban hak untuk orang lain.

“Segala-galanya kita serah kepada orang asing. Kita sanggup tukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Tiada lagi unsur Melayu yang ada. Orang Melayu tidak marah tetapi merelakannya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Program Transformasi Ekonomi dan Pelajaran MelayuPulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Selain itu, orang Melayu memberi hak warganegara atau kerakyatan kepada orang asing walaupun ia tidak berlaku di negara lain sejak dahulu lagi.

“Walaupun kita penduduk majoriti tetapi orang Melayu hanya menguasai 30 peratus ekonomi.

“Berbanding penduduk kaum lain berjumlah 40 peratus, mereka menguasai 70 peratus dari ekonomi negara ini.

“Orang Melayu masih menyerah dan merelakannya. Tetapi apabila peluang 30 peratus yang ada pun masih mahu diganggu orang lain, orang Melayu mulai gusar dan menjadi marah,” katanya.

Sehubungan itu katanya, penduduk kaum lain di negara ini perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mewujudkan keamanan di Malaysia.

Mahathir turut membidas sikap sesetengah kaum di negara ini yang masih belum puas, sebaliknya mahu pula menguasai politik tanah air, yang selama ini didominasi orang dan parti politik Melayu.

“Tak cukup lagikah dengan penguasaan 70 peratus dalam ekonomi selama ini. Apa matlamat mereka untuk menguasai politik pula,” katanya.

Menurutnya, Melayu perlu sedar keadaan itu dan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan nasib mereka terus terbela hingga generasi akan datang. PA

Saturday, January 19, 2013

Terbaikk!!! DS Ali Rustam Bakal Bertanding Kerusi Parlimen


Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.

Kata beliau, hasratnya sudah diketahui banyak pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun masih belum diputuskan pemimpin tertinggi parti.

"Keputusan yang saya ambil untuk bertanding di Parlimen terletak di tangan Perdana Menteri untuk memutuskannya.

"Namun sehingga kini keputusan saya untuk bertanding di kerusi Parlimen masih belum diputuskan oleh Najib," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, di sini, semalam.

Tanpa memberitahu kerusi Parlimen mana yang akan ditandinginya, Mohd Ali berkata, pembahagian kerusi di negeri ini sudah diselesai dan dipersetujui semua parti.

"Kita ikut cadangan yang telah dikemukakan awal kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan tidak ada perubahan baru di saat-saat akhir," katanya.

Beliau yang diminta mengulas khabar angin berhubung hasratnya melepaskan jawatan ketua menteri untuk kembali berkhidmat di peringkat pusat, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi.

Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999. Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan.

Sementara itu laporan Bernama memetik Mohd Ali berkata pembahagian kerusi bagi PRU13 di Melaka telah selesai dan dipersetujui semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada perubahan baru buat sementara ini dan kita akan ikut cadangan awal yang telah dikemukakan kepada Pengerusi BN sebelum ini," katanya.

Katanya, berdasarkan perancangan sekarang, hanya kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang sebelum ini ditandingi MCA, akan diserah kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk ditandingi Pengerusi PPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai.

Friday, January 18, 2013

Dewan Ulamak Pas Nafi Ugut Nik Aziz


Dewan Ulama Pas menganggap kemelut antara golongan ulama dan pucuk pimpinan parti ekoran pendirian berbeza dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, sudah selesai.


Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, golongan ulama dalam Pas menyokong sepenuhnya pendirian terbaharu Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu kalimah Allah hanya untuk orang Islam.


Beliau turut menafikan desas-desus bahawa berlaku ketegangan antara golongan ulama dan kepimpinan Pas apabila beberapa anggota majlis itu memberi kata dua termasuk untuk keluar parti pada mesyuarat Ahad lalu menyebabkan Nik Aziz terpaksa menukar pendirian.


" Isu ini sudah selesai. Tiada masalah antara ulama dan pemimpin dalam Pas," katanya

Wednesday, January 9, 2013

Gemparr!!! Perak Cycber Troopers Buat Laporan Polis Terhadap Ngah Isu Pisau.Net

Satu laporan POLIS di IPK Ipoh kira- kira jam 4.30 petang terhadap posting di facebook Adun Pantai Remis Nga yang menggunakan bahasa Cina seolah-olah ditujukan kepada samseng Cina yang disedari oleh pelapornya Sdr Amir Izwan Abdul Razak dan Sdr Salim yang juga merupakan pengguna Facebook yang menyedari posting dalam FB pemimin Dap ini pada 9hb Januari, jam 11.00 pagi tadi


Menurut kedua-dua pelapor tersebut beliau mendapatkan khidmat seorang rakan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan bila ayat tersebut didakwa tidak boleh dialih bahasa (Transfer) dengan Alat terjemahan di internet yang sedia ada, melihat pada kesulitan untuk menterjemahkan dan memahami ayat yang terkandung dalam catatan FB Ngah tersebut beliau merasakan sebagai ayat-ayat yang digunakan boleh mengancam serta membahayakan blogger Pisau.net


Beliau juga merasakan ayat berkenaan menjadikan blogger pisau.net sebagai buruan yang boleh membahayakan keselamatan beliau serta keluarganya, merasakan kesedaran ini beliau membuat Laporan Polis agar kenyataan yang berbaur ancaman yang dinyatakan oleh YB Nga dilaman FB nya disiasat oleh pihak POLIS.


Sekupang melihat isu sebegini nampaknya mendapat perhatian rakyat, kepada Saudara Anir Izwan teman lihat beliau merasakan tanggung jawab dan atas dasar perihatin dengan membuat laopran POLIS dalam isu ini, Memang seperti yang dirisaukan, apakah blogger Pisau.net yang dapat dicari? bagaimana pula kalau pulak tersalah orang dipukul atau dilanyak, apa nasib yang terinaya.


Bishop Lega, DAP Rancang Edar 100,000 Bible Percuma?

DAP diminta memberi penjelasan tentang dakwaan parti itu akan mencetak 100,000 naskhah Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau terkejut apabila difahamkan tentang dakwaan tersebut dan mahu DAP menyediakan jawapan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.


"Saya tidak boleh beritahu maklumat saya itu, sebab itu saya hendak bertanya. Itu saya kata tadi saya difahamkan. Jadi saya minta DAP jawab sama ada betul atau tidak.


"Saya juga minta Pas menyatakan pendirian sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan tindakan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-Utusan

Gemparr!!! Wan Azizah Bakal Bermadu Atau Menjanda?

Sudah hangat diperkatakan di warung kopi, di rangkaian restoran Garuda di Jakarta khasnya malah di “koran” atau forum maya Indonesia amnya bahawa Anwar Ibrahim bakal bernikah dengan gadis kacukan berdarah Cina-Belanda-Indon atau popular dengan panggilan CIBEI oleh rakyat seberang.

Gadis dalam lingkungan 28 tahun, masih anak dara dan khabarnya merupakan anak pemimpin parti politik yang agak luas juga pengaruhnya dan asalnya dari Bandung.

Menurut sumber dari parti tersebut, Anwar kerap ke Jakarta melalui Bandung dan di situlah bermula kisah cinta bersegi yang sudah masuk hampir setahun dan kesemua ahli keluarga gadis tersebut khabarnya sudah bersetuju menerima Anwar sebagai menantu.

Menurutnya lagi, hanya Nurul Izzah sahaja yang tahu perkara ini kerana beliau juga sering menemani bapanya ke Indonesia. Anak perempuan Anwar ini juga sering dilihat bersama dengan bakal ibu tirinya di sekitar Bandung dan ianya bukan rahsia lagi bagi masyarakat Bandung bila kadang-kadang Anwar juga ada bersama dengan anaknya, Nurul dan bakal madu Wan Azizah didapati makan dan membeli belah bersama.

Di kalangan warga aristokrat Bandung, gadis ini dikenali sebagai ‘Darling’ kerana sikapnya yang peramah dan manja dengan seluruh ahli keluarga dan keponakan beliau.

Foto di atas sudah lama berada atau berlegar dalam medium maya, samada dalam blog, portal maupun facebook. Anwar tidak pernah nafikan itu gambar palsu dan tidak pernah melatah bila gambar tersebut selalu muncul di mana-mana media maya.

Apakah kerana Anwar mabuk cinta ?
Apakah kerana ingin sampaikan hajat pada Wan Azizah ?
Apakah kerana Anwar takut hajat cinta tak kesampaian ?

MI bakal bongkar kisah cinta rentas benua ini dan akan pamirkan gambar-gambar manja Darling dan Anwar di sekitar Bandung dan beberapa tempat rehat yang beriklim sejuk di Indonesia.

Bersediakah Wan Azizah menerima madu seperti isteri pemimpin pakatan haram yang lain?
Bersediakan Wan Azizah menerima anak tiri seperti “anak samsidar” ? Tunggu.. - malaysia-instinct

Monday, January 7, 2013

Presiden #Pas Buat-Buat Lupa Pulak. Pergi Rujuk Keputusan Majlis #Fatwa1984

Umat Islam di negara ini perlu merujuk kembali keputusan Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 (yang diperbaharui pada 2002) berhubung isu amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafir sudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk dan pendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam.

Beliau berkata keputusan yang dicapai dalam persidangan pada November 1984 itu, sudah diangkat kepada Majlis Raja-raja pada 3 Disember tahun sama serta telah mendapat perkenan, dan itulah yang seharusnya dipegang oleh masyarakat Islam di negara ini.

"Fatwa itu kekal begitu dan ia tidak terikat menjurus kepada satu amanat sahaja, (sebaliknya) mana-mana pendekatan mengkafirkan (individu lain) adalah bercanggah dengan Islam. Ada orang ingat ia khusus kepada satu amanat, ia merangkumi semua dan sesiapa yang mengkafirkan orang lain, itu tidak dibenarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM26,000 kepada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), sekolah dan masyarakat kawasan Gurun di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Puntar dekat sini hari ini.

Jamil Khir berkata, ketaksuban sebilangan masyarakat terhadap amanat itu akan memberi implikasi yang amat besar, malah hujah-hujah politik yang diseret ke dalam agama akhirnya hanya membawa perpecahan dalam masyarakat.

"Media turut memaparkan kes penceraian yang berlaku (disebabkan ketaksuban terhadap amanat itu), ia bukan sekadar cakap tetapi ada fakta, malah sampai sekarang masih berlaku, tahun lepas di Kelantan.

"Ada yang tidak sembahyang jenazah (disebabkan perbezaan politik), tidak makan kenduri, ada berlaku akad nikah dua kali, malah ada masjid mempunyai dua imam dalam satu masa," katanya.

Beliau berkata, hal seperti itu berlaku mungkin atas kefahaman terhadap apa yang disebut sebagai amanat tetapi beliau yakin, masyarakat hari ini telah mempunyai kesedaran.

"Nasihat saya, kita berpegang kembali kepada apa yang dipesan mufti, khususnya dalam muzakarah khas itu, termasuk muzakarah di negeri Kelantan dan Melaka," katanya.

Antara sekolah yang menerima sumbangan ialah SJKT Ladang Harvard Bahagian 2, SJKT Ladang Harvard Bahagian 1, SJKT Ladang Sungai Puntar, SJKT Ladang Sungai Bongkok dengan masing-masing menerima sumbangan RM3,000, manakala kelas tadika SJKT Ladang Sungai Puntar pula menerima sumbangan RM2,000.

Turut menerima sumbangan, PIBG SJKT Ladang Sungai Bongkok (RM4,000), Persatuan Kebajikan Kemajuan Kaum India Kawasan Gurun (RM3,000) dan Barisan Badan Kemajuan India SeMalaysia (RM5,000). - Bernama

Sunday, January 6, 2013

Paderi Lega Kenyataan Mat Sabu ‘Allah Untuk Orang Bukan #Islam’

Kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa bukan Islam juga dibenarkan merujuk Tuhan sebagai “Allah” melegakan, selepas kenyataan yang bercanggah dari ketua penerangan parti Islam tersebut.

“Jaminan timbalan presiden PAS kekal dengan pendiriannya tiga tahun lalu sungguh melegakan. Kami menghormati pendirian konsistennya, dan mengagumi keberaniannya dan mengalu-alukan beliau sebagai rakan kebenaran yang ikhlas,” kata Uskup Paul Tan yang dilaporkan kepada sebuah portal berita, sehari selepas Mohamad menerangkan pendirian parti.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata: “Presiden PAS telah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain selain Islam untuk menggunakan nama ‘Allah’. PAS masih kekal dengan pendirian itu.”

Untuk orang Islam di Malaysia, yang merangkumi 60 peratus dari 28 juta penduduk, mendakwa perkataan Arab itu adalah nama yang ekslusif untuk Tuhan mereka, dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Gereja Katolik untuk menggunakan perkataan tersebut sebagai Tuhan untuk orang Kristian dalam bahagian Bahasa Melayu akhbar mingguannya, Herald, yang dibaca kebanyakannya dari Borneo.

Tan, yang mengetuai Gereja Katolik Melaka-Johor, dilaporkan berkata Kristian di sebelah Semenanjung merasakan ini adalah satu langkah yang signifikan dalam penyelesaian mengenai isu perkataan “Allah”.

“Pandangan saya ialah semua pihak dalam parti tersebut perlu berkomunikasi, kerana pandangan ketua penerangan itu bercanggah,” katanya lagi.

Mohamad menambah bahawa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyuarakan pandangannya tiga tahun lalu, apabila isu ini kali pertama diperdebatkan.

Abdul Hadi yang merupakan seorang ulama Islam, dalam kenyataannya pada 7 Januari, 2010 berkata: “Kesimpulannya, kita tidak boleh menghalang mereka dari menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk mereka, di tempat ibadat dan amalannya, walaupun maksudnya berbeza dari asal menurut bahasa kita.”

Debat dalam penggunaan perkataan tersebut di kalangan bukan Islam dihangatkan bulan lalu apabila ketua penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man secara terbuka mengatakan perkataan “Allah” dalam Alkitab, kitab Injil yang dialihbahasa ke bahasa Melayu, tidak memberi maksud yang sebenar dengan perkataan tersebut.

“Pendirian PAS mengatakan perkataan tersebut harus menggunakan perkataan ‘Tuhan’ dan bukan ‘Allah’ untuk menunjukkan maksud sebenar teks tersebut,” katanya sehari selepas Krismas.

Tuan Ibrahim berkata kedua-dua Kristian dan Islam mungkin terkeliru dengan perkataan “Allah” yang digunakan dalam Alkitab.

Beliau memberi pandangan tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan Pakatan Rakyat (PR) dari DAP, Lim Guan Eng, yang mengatakan dalam perutusan hari Krismasnya untuk membenarkan semula perkataan itu digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu tersebut, dan membenarkan kitab itu dihantar ke Sabah dan Sarawak, yang mewakili 9.2 peratus penduduk Kristian di Malaysia.

Tahun-tahun kebelakang ini orang Islam dan Kristian telah berdebat dengan penggunaan perkataan “Allah”, di mana orang Islam mengatakan perkataan itu seharusnya ekslusif untuk mereka memandangkan Islam adalah agama monotheistik dan “Allah” merujuk kepada Tuhan untuk orang Islam.

Penghantaran melalui kapal Alkitab, kitab Injil berbahasa Melayu untuk Kristian Bumiputera, telah dihalang dan dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan membenarkannya pada tahun 2011.

Perdebatan di mahkamah mengenai isu perkataan “Allah” masih belum diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguannya, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi membenarkannya pada 31 Disember, 2009.

Ini kerana Kementerian Dalam Negeri pada 2010 membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi, dan sejak itu mahkamah tidak membuat sebarang keputusan untuk menetapkan tarikh untuk perbicaraan.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR akan berbincang pada 8 Januari mengenai isu tersebut. - The Malaysian Insider

Monday, December 31, 2012

DS @DrRaisYatim Beri Peluang DS Haji Hadi Di RTM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di sini, Sabtu. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Dis.

Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno daripada sudut akidah.

Presiden PAS itu Sabtu berkata beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Ditanya mengenai masalah masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus akibat masalah teknikal, Rais berkata ia bukan kesalahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya syarikat telekomunikasi harus memberi penjelasan lengkap kepada pengguna mengenai masalah itu dan menyatakan jumlah talian terputus dialami pengguna telefon bimbit pada setiap bulan.

Berhubung cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin supaya kerajaan tidak meletakkan had pada harga telefon pintar 3G bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rebat sebanyak RM200, Rais berkata beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet pada 2 Jan depan.

Mengenai persiapan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka, Rais berkata beliau berpuas hati dengan raptai yang lancar.

Beliau berkata Dataran Merdeka dipilih untuk majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas, sambutan Tahun Baru 2013 serta acara Larian Tahun Baru 1Malaysia pada 31 Dis ini kerana ia adalah lokasi bersejarah untuk negara.

"Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru diadakan serentak kali ini untuk memberi kelainan dan menyemarakkan semangat perpaduan semua kaum di Malaysia selari dengan gagasan 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata Ketua Paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam turut dijemput untuk mewakili masyarakat Kristian pada rumah terbuka itu.

Sunday, December 30, 2012

OSTAZAH ABBY 'BOGELKAN' PAS PULAK.

Tiada siapa menyangka, seorang artis yang mencapai tahap veteren boleh terjebak ke dalam politik kepartian. Pada mulanya dia memberikan alasan untuk berhijrah kononnya parti pilihannya adalah parti agama. Namun lebih mengejutkan artis itu yang usianya sudah agak berusia itu tanpa segan silu begitu rancak membuat fitnah kepada umat islam diatas nama parti politik anutannya sekarang.

Untuk masuk kemana mana parti politik, itu tidak dilarang sama sekali kerana negara ini adalah negara demokrasi. Tetapi apabila masuk ke dalam politik diatas alasan berhijrah dan kemudian tanpa segan silu membuat cerita fitnah kesana kemari, adakah itu hijrah yang dia maksudkan sebelum ini?

Artis veteren ini tanpa segan atau malu, memfitnah orang islam menjual tanah Felda, merampas tanah rakyat dan menganiaya rakyat miskin. Tetapi adakah beliau sedar, bahawa selama ini parti anutannya telah melakukan perkara yang dia tuduhkan itu kepada orang lain ?

UMNO tidak pernah merampas tanah rakyat secara zalim, tidak menipu orang orang Felda malah UMNO lah yang memulakan Felda. Sedangkan PAS yang beliau agungkan sebenarnya langsung tidak mempedulikan hal kebajian rakyat. Lebih dua puluh tahun PAS memerintah, masalah air masih menjadi isu di Kelantan. Begitu juga dengan tanah orang asli yang dirampas atas nama Ladang Rakyat sedangkan tanah itu dijual kepada syarikat Singapura. Dan hak orang asli telah dinafikan.

Dan terbaru, PAS telah kantoi dalam isu menggadaikan tanah di Kelantan kepada dua cina bersaudara daripada DAP semata mata untuk menaikkan seorang ahli mereka menjadi MB di Perak pada tahun 2008. Adakah ini semua bukan kezaliman? Atau adakah ini dianggap sebagai rahmat tuhan kepada rakyat jika mengikut kefahaman kepartiannya ?

Tepuk dada tanyalah iman. Beliau mungkin boleh cuba menipu umat islam dengan penampilan muslimahnya sekarang tetapi dari segi perbuatan dan lafaz yang dia lakukan, umat islam tahu beliau hanyalah salah seorang penipu dan pemfitnah yang bertopengkan agama, sama seperti parti politik yang dia sokong sekarang.


Sunday, December 23, 2012

Benarkah Kerajaan #Pas Kelantan Tak Pernah Bina Rumah Murah?

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh mendakwa, kerajaan Kelantan pimpinan Pas banyak meluluskan tanah untuk pembinaan kondominium berbanding membina rumah mampu milik untuk rakyat.


Beliau berkata, sejak memerintah negeri itu 22 tahun lalu, tiada rumah kos rendah dibina untuk rakyat berpendapatan sederhana.


"Sebagai contoh, tanah di Kampung Limau Manis yang dihuni antara 80 hingga 100 keluarga juga dijual untuk membina kondo mewah.


"Harga sebuah kondo kalau ikut pasaran semasa sekitar RM250,000. Saya rasa tidak ada orang yang berpendapatan sederhana atau rendah mampu beli," katanya selepas menyampaikan Bantuan Sewa Rumah Penduduk Miskin Bandar di sini semalam.


Pada majlis itu, seramai 122 penduduk miskin bandar menerima wang tunai berjumlah RM1,448 sebagai bantuan sewa rumah selama setahun yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...