Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Guru Agama Sesat Mengaku Nabi, Tiduri Isteri Pengikut Untuk Disucikan.

Pages

Friday, December 14, 2012

#Guru Agama Sesat Mengaku Nabi, Tiduri Isteri Pengikut Untuk Disucikan.


Polis di timur Kalimantan menahan seorang guru agama yang mengisytiharkan dirinya sebagai nabi dan memperdaya pengikutnya agar memberikan dia wang serta membenarkannya melakukan hubungan seks dengan isteri mereka.


Kira-kira 50 orang menjadi pengikut Bantil, 48, yang tinggal di sebuah desa di Kutai Timur.


Polis mendedahkan, pengikut Bantil diberitahu mereka perlu membayar zakat kepadanya untuk menyucikan diri daripada dosa.


Pengikut yang tidak mampu berbuat demikian diarah agar membenarkan dia meniduri isteri mereka sebagai kaedah lain penyucian.


"Kami menahan suspek selepas menerima laporan penduduk," kata Ketua Polis Kutai Timur, Adjutan Komisioner Kanan Budi Santoso kepada Jakarta Globe.


"Setakat ini, hanya seorang pengikut dilaporkan diperdaya oleh penipu itu apabila menyerahkan 170 juta rupiah (RM53,949) untuk menyucikan dosanya.


"Kami mengesyaki puluhan isteri pengikutnya tidur dengan suspek untuk disucikan. Kami masih melakukan siasatan lanjut mengenainya," katanya.


Bantil mengakui meniduri isteri pengikutnya untuk menyucikan dosa mereka sejak 2006. - JG
Sent by kamuntingcentral.blogspot.com from Perak Cycber Troopers

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...