Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Bibit-Bibit Sabotaj #UMNO Sudah Dikesan.

Pages

Tuesday, December 4, 2012

Bibit-Bibit Sabotaj #UMNO Sudah Dikesan.

Usaha melakukan sabotaj parti dalam kalangan ahli Umno di negeri ini sudah kedengaran, biarpun jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menangani masalah itu.


Ia disahkan sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang jelas kecewa dengan perkara itu apabila menjadi antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008 lalu.


Mohamad berkata, sebagaimana parti politik lain, sabotaj parti sememangnya isu penting dihadapi Umno yang kini sudah mula 'berputik' di Negeri Sembilan.


"2008 fakta jelas menunjukkan BN kalah banyak kerusi Dun disebabkan faktor sabotaj.


"Ketika ini, di Negeri Sembilan 'bunga' belum keluar tapi 'putik-putik' sabotaj parti telah mula nampak apabila kedengaran ada yang berkata, jika tidak dicalonkan, dia akan tutup bilik gerakan dan sebagainya," katanya.


Menurutnya, barisan kepemimpinan dari segenap lapisan termasuk ahli parti diminta mengambil iktibar atas kekalahan BN pada 2008 sehingga menyebabkan beberapa kerusi diambil pembangkang.


"Sebelum ini kita telah 'menjaringkan gol' kita sendiri, jadi sebab itu BN kalah. Sebenarnya pembangkang tidak kuat tapi ada orang BN yang mahu lihat kita kalah.


"Jika tiada kesedaran dari sekarang, kita akan tewas. Tewas bukan disebabkan parti lawan yang kuat, tapi disebabkan masalah dalaman dan sabotaj," katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Kesyukuran Projek Pembinaan Masjid Hussain Seremban 2, di sini, semalam.


Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, sebarang usaha menangani masalah itu memerlukan kesedaran semua ahli parti kerana tanpa perubahan dalam kalangan mereka, mustahil masalah dapat diselesai .


"Saya berharap cakap-cakap kurang sedap didengar berkaitan sabotaj parti ini tidak lagi kedengaran selepas semua jentera parti mendengar ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.


"Paling penting, jangan kita biarkan 'putik' itu berbunga," katanya.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...