Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: March 2012

Pages

Thursday, March 29, 2012

CALON BARISAN NASIONAL BAKAL DIISI OLEH GURU DAN DOKTOR.

MELAKA - UMNO wajar membuat pertimbangan untuk membuka peluang kepada golongan profesional untuk dipilih sebagai calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peluang BN untuk menang dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang lebih cerah jika peluang menjadi calon BN dibuka kepada orang daripada luar parti.

''Apa salahnya ambil orang luar yang ada bakat yang tidak tercemar dengan rasuah dan sebagainya seperti doktor atau guru-guru sekolah, ia sepatutnya dialu-alukan.

''Dulu guru-guru menjadi barisan hadapan UMNO, tetapi sekarang ini terlalu ramai ahli perniagaan yang hendak menjadi calon kerana atas kepentingan diri.

''Kita mahu orang berbakat yang ada kebolehan, barulah kita boleh mendirikan kerajaan berwibawa seperti Datuk Seri Idris Jala, beliau bukan ahli UMNO tetapi dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Kebudayaan Global Menggalakkan Kesatuan Dunia anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.

Monday, March 26, 2012

BONGKAR..!!! MASALAH DALAMAN PAKATAN RAKYAT DALAM PEMILIHAN CALON DUN PRU13...?



Kamunting Central diberitahu oleh sumber dalaman sebuah parti ini yang dikenali Parti Cap Bulan yang mendedahkan bahawa parti ini sedang berusaha untuk meletakkan Calon Pas di DUN Changkat Jering di dalam Parlimen Bukit Gantang bagi mengantikan calon Pkr yang kian tidak mendapat sokongan dari pengundi baik dari dalam parti mahupun luar parti.

Masalah pemilihan calon ini juga turut dikuatkan lagi dengan pendedahan Blogger PR yang turut merungut walaupun senarai calon Pas dan Pkr telah diselesaikan di peringkat pusat, tetapi masalah kerusi DUN Changkat Jering tidak mendapat kata putus.

Blogger itu turut mengaitkan Nizar yg juga MP Bukit Gantang telah dinamakan sebagai Calon Utama bagi DUN Changkat Jering dan kerusi Parlimen. Walaupun belum mendapat kata putus dari pucuk pimpinan diatas, mereka tetap akan bertanding disitu. Kerusi DUN Changkat Jering Wajib diberikan kepada Pas.

Bagi KC pengundi di Parlimen Bukit Gantang harus sedar bahawa Calon yang bakal diletakkan adalah ORANG LUAR yang sudah pasti gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya kerana contohnya sudah ada, walaupun Nizar MP Bukit Gantang, gagal untuk turun padang sekerap orang tempatan.

Kemungkinan Nizar juga risau pertambahan pengundi di DUN Pasir Panjang yang dikhabarkan lebih 5000 pengundi baru hingga tak sanggup untuk bertanding di DUN Pasir Panjang dan lebih rela bertanding di DUN Changkat Jering.

Walau apapun, tahniah kepada kepimpinan Barisan Nasional Parlimen Bukit Gantang yang bertungkus lumus memastikan kehendak rakyat di Bukit Gantang dipenuhi walaupun Parlimen Bukit Gantang dikuasai oleh Pas. SYABASSS....

Friday, March 23, 2012

PERHATIAN!!! KEPADA WANITA YANG NAIK KOMUTER.

MUKA KAKI RABA DI DEDAHKAN

Hati-hati pada sesiapa yang naik komuter, terutama tren ke Rawang. Plez beware ngan or…g ni (gambar di atas). Saya baru je pas buat repot cover utk kes cabul td…citenye gini…

Selasa baru2 ni..saya tunggu tren mcm biasa kat platform 4 kl sentral..tgh2 tgu tu ada la mamat yg dlm gambar tu dtg dari blkg dan rapat blkg saya..sbb x selesa saya pun pandang blkg n tgk kat blkg dia x de org pun…tp dia masih nak rapat lg..saya cube elak ke kiri n kanan..tp masih dia ikut…saya pun pandang dia n mybe dia perasan n dia blah….


Apa yg sengal nye dia ni dgn pakaian yg sama dia muncul lg semalam dan beratur lg blkg saya..saya elak n dia x bejaya nak buat kat saya dia tp dia try kat sorg budak ni…sian dia…

Dlm tren dia buat keje tu…dia mmg bergesel dgn bdk pompuan ni dr KL sentral smpai la stesen sg buloh…bayang kan la dlm tren tu betapa ramai org mmg x leh nk ckp la..sampai je stesen sg buloh kami (saya ngan akak sorg ni) perasan yg kat seluar dia basah…saya pun trun n cari budak pompuan td nk tanye ape tejadi kat dia….bdk ni cite yg mmg dia ada rase 'something; kat punggung dia…tp dia x tau ape bendenye…mmg saya tgk kat seluar bdk tu pun ada kesan "air'dia …mmg kurang ajar org ni…dgn muka puas dia tersenyum mase kluar dr tren…saya ada buat laporan kat KTM staff tp diorg ckp dia x de kuase nak tangkap…hampeh betul…kalu ikutkan smlm dah tertangkap dia ni…masalahnye time tu x de plak polis kat sg buloh station…

So if u all ada terserempak ngan dia ni hati2…sbb dia ni x kan berhenti memburu n buat keje x senonoh tu..dah la bau busuk…@%^$&%*&^.. Mmg dia taget penumpang2 tren ni sbb dia x kan kemana bila dah turun, dia akan naik tren semula n cari mangsa2See More

(Bahasa rencana adalah seperti yang digunakan oleh penulis asal)

SUMBER mynewshub

Tuesday, March 20, 2012

SIAPA KATA PULAU PINANG MAJU KERANA DAP..??

Lim Guan Eng kata Penang semakin maju sejak Dap berkuasa. Mari kita semak fakta sebenar. Pulau Pinang adalah kawasan bukit dan lembah. Ada pulau, laut dan darat, ada orang kaya, sederhana dan melarat. Ekonomi Pulau Pinang telah berkembang dengan pesat.

Dahulu kawasan pertanian dan perkhidmatan interport, sekarang pula berkembangnya industri sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sebelum merdeka, daripada 10 orang, tujuh atau lapan orang golongan miskin di kampung bertani berbanding nelayan. Cuma dua atau tiga orang bergaji tetap seperti guru, kerani dan pekerja am.

Hanya dalam masa 50 tahun, kerajaan BN berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat di Pulau Pinang. Kalau daripada 10 orang, masih terdapat satu atau dua orang susah dan miskin, tetapi lapan orang lagi telah hidup selesa sederhana atau keluar daripada paras kemiskinan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pulau Pinang untuk 1970 hanyalah RM1.25 bilion meningkat ke RM17 bilion pada 2002, yakni dalam masa 30 tahun. Ia meningkat 30 kali ganda kepada RM32 bilion pada 2008 di bawah kerajaan BN. Bukan mudah memacu pertumbuhan ekonomi - 30 kali ganda dalam 40 tahun. Kalau kita tengok pelaburan asing, tahun 80-an > RM4 bilion, 90-an > RM20 bilion, tahun 2000 hingga 2008 > RM 40 bilion.

Sejak 1995, Pulau Pinang mencatat kedudukan antara 10 bandar raya terbaik Asia untuk didiami - bukan mudah nak dicapai tahap ini. Di bawah BN, ia berusaha selama 12 tahun tidak henti2 sebelum mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai bandar raya Warisan. Ini adalah hasil daripada kejayaan menyediakan infrastruktur untuk kemudahan rakyat dan perniagaan. Di Pulau Pinang, kedapatan lapangan terbang dan pelabuhan bertaraf antarabangsa, pengangkutan darat yg cukup baik dengan lebuh raya.

Demikian juga dengan jambatan Pulau Pinang dan jalan2 negeri dan persekutuan yg meliputi semua kawasan dan pasaran pekerja tempatan yg baik dan mudah didapati. Adakah ini semua atas daya usaha Dap atau Lim Guan Eng yg baru berkuasa tak sampai satu penggal?

Sunday, March 18, 2012

GUAN ENG RISAU PULAU PINANG BAKAL TUMBANG..?

Lim Guan Eng semalam menyatakan kerisauannya yg Pulau Pinang mungkin tidak mampu dipertahankan oleh DAP dalam pilihanraya umum akan datang. KM yg dipaliti dengan pelbagai skandal salahguna dan rasuah itu, menyatakan hal ini kepada akhbar harian cina, Nanyang Siang Pau yg kemudian menyiarkannya sebagai berita utama di halaman 6.

Beberapa hari lepas pula, Lim Guan Eng dipetik akhbar sama, menyatakan bahawa isterinya, Betty Chew yg kini juga ADUN Kota Laksamana, Melaka tidak akan mempertahankan kerusi tersebut, malah tidak akan bertanding pun dalam PRU akan datang.

Semua ini menunjukkan ketidakyakinan Guan Eng mempertahankan kerusi DAP sedia ada dalam PRU akan datang, disamping baru 'tersedar' bahawa tindakan mencalonkan isteri sendiri itu adalah tindakan berbentuk nepotisme. Ini ada kaitan dengan pelbagai berita penyalahgunaan kuasa DAP di Pulau Pinang yang seboleh2 cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.
Paling mencuri tumpuan, sudah tentulah skandal Bayan Mutiara bernilai berbilion ringgit yg sedang menunggu jawapan dari Guan Eng. Itu belum lagi disebutkan tentang projek tempat letak kereta di Bukit Bendara bernilai RM 5 juta yg gagal disiapkan mengikut spesifikasi sepatutnya oleh anak syarikat kerajaan negeri, PDC Properties yg bertindak sebagai pemaju sehingga dicadangkan untuk diruntuh dan dibina yg baru oleh Guan Eng.

Begitu juga halnya dengan pembohongan DAP selama ini dalam isu tanah Tan Hak Ju yg menjadi isu terbesar DAP untuk menyerang pentadbiran terdahulu dengan tuduhan rasuah tetapi dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan yg menolak keputusan oleh Mahkamah Tinggi terdaulu.

Dan sudah tentulah yg paling membingungkan kes moral membabitkan anak Guan Eng yg didakwa meraba buah dada seorang pelajar perempuan di sekolahnya sehingga sejumlah wang terpaksa dikeluarkan oleh keluarga Guan Eng untuk menutup kes tersebut dari menjadi isu besar.

Semua ini menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang, yg penulis percaya mendesak Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Tapi sudah tentulah bila bercakap tentang pembangkang seperti DAP, dia tidak akan melihat kesalahannya sendiri, sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada BN.

Inilah yg kita katakan Ketua Menteri bekas banduan ini otak benak. Dia tidak boleh membezakan keputusan rakyat dengan pengaruh wang. Seolahnya, kalau hak yg DAP menang itu sebab kuasa rakyat, kalau yg BN menang, itu kuasa wang.

Nampak sangat tindakan itu (menuduh BN menggunakan wang untuk menarik sokongan) adalah terdesak dan tidak keruan oleh seorang pemimpin yg mendakwa dirinya cekap dalam segala hal dan membawa 'perubahan' besar di Pulau Pinang, hanya dalam tempoh sepenggal menjadi Ketua Menteri.

Yg nyata, tindakan sistematik DAP 'mengusir' orang Melayu keluar dari bahagian pulau Pulau Pinang, akan menyebabkan protes besar2an yg membawa kepada tumbangnya kerajaan DAP. Ia tidak langsung berkaitan dengan wang atau apa sahaja yang dituduhkan DAP kepada UMNO dan BN.
Ptuiihhh.

Friday, March 16, 2012

Ekslusif - Dokumen Sulit Modus Fitnah PKR Didedahkan. Pemimpin BN Tolong Alert!

Agenda memusnahkan kepercayaan rakyat keatas kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO terus diperhebatkan oleh pakatan pembangkang terutama melalui Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim. Serangan hebat akan berterusan menjelang PRU 13 yang semakin terasa bahangnya.

Dokumen diatas merupakan dokumen SULIT milik PKR yang telah digarap oleh Anwar Ibrahim dan pakar Staratgei PKR (CIA) dalam membinasakan kepercayaan rakyat keatas UMNO. Dokumen yang Sahih dan bukan satu rekayasa palsu dalam menfitnah PKR ataupun Anwar Ibrahim.Dalam gambar diatas kita dapat lihat beberapa Isu yang akan diketengahkan oleh pihak PKR dalam memainkan sentimen kebencian keatas pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional.

Melayu sudah beralih arah menyokong UMNO maka PKR merasakan perlu untuk memperbodohkan orang Melayu sekali lagi dengan menyokong pakatan PAS,DAP dan PKR pada PRU 13 kelak. Kuasa Melayu ditagih oleh puak PKR diketuai Anwar Israel Jahanam ini.

Isu Keronisme dan Rasuah akan dimainkan pihak pembangkang selepas ini sehingga kepada tarikh pilihanraya dan ini semua pekara yang sama digunakan pada PRU ke 12 yang lepas yang mana mengakibatkan Rakyat termakan hasutan pihak pembangkang.

Ironinya mereka Pakatan pembangkang seringkali menyatakan UMNO Korupsi dan Rasuah walhalkan jika kita lihat setakat penggal ini selepas PRU12 Kepimpinan pakatan lah yang banyak mengamalkan Korupsi dan Rasuah dalam pembahagian tender, Kontrak dan sebagainya. Sampaikan Tender Kontrak Sampah pun mereka kaut sehingga menyebabkan rakyat Selangor mendapat kesan hasil sampah yang tidak dikutip.

Rakyat Malaysia diminta peka akan hal ini yang mana pakatan akan terus terusan menipu anda dengan kehebatan mereka menyebarkan propaganda dan Fitnah jahat keatas Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Banyak usaha yang diakukan kerajaan BN selepas PRU12 yang lepas dan jika kita sendiri peka sudah pasti kita dapat lihat banyak Tranformasi yang dibawa kerajaan khas buat rakyat dengan pelbagai kemudahan dan sebagainya. Kedai rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, Subsidi itu ini, Boucer buku sekolah, Bantuan rm500 bagi yang layak malah bermacam macam faedah demi rakyat Malaysia diberi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Pakatan PAS, DAP,PKR? cuba anda tanya dimana kebajikan yang mereka beri kepada anda. Mereka tadbir Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dan tanya apa yang diberikan dalam menjaga kebajikan buat rakyat?

Pemimpin Barisan Nasional juga diminta peka dengan modus operandi yang bakal dilakukan pihak Pakatan Pembangkang melalui ketua umumnya Anwar Ibrahim. Sudah sampai masaanya pemimpin BN perlu lebih tegas dan berani membalas fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang. Kita tampil apa sahaja Keronisme dan juga Rasuah serta salahgunakuasa yang berlaku dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan dan juga pemimpin mereka.

Fitnah mereka Pakatan Pembangkang semakin berleluasa dan diharapkan rakyat Malaysia tidak terus diperbodohkan oleh mereka. Ayuh kita ramai ramai tolak Pakatan PAS, DAP, PKR pada PRU 13 ini.

Akan ada lagi dokumen bakal menyusul selepas ini dalam membogelkan apa sahaja pekara SUMBANG yang dilakukan pakatan PAS,DAP dan PKR. Rakyat Malaysia perlu mengetahui kebenaranya, dan Gomo serta rakan seangkatan yang lain akan mendedahkan nya satu persatu sehingga tiba hari pembuangan undi.

Nantikan......

Kredit to papagomo.com

Sunday, March 11, 2012

SIAPA HOSLAN HUSSAIN (IMAN BALING SELIPAR/AHLI PAS SEUMUR HIDUP) YANG SEBENAR!!!!

Ramai di kalangan rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh Hj Hoslan Bin Hj Hussain setelah beliau membuat kegemparan dengan membaling kedua-dua seliparnya kepada ketiga-tiga Hakim yang mengendalikan kesnya.

Siapa dia Hoslan Hussein yang sebenarnya yang dianggap oleh beberapa pihak terutamanya dari parti pembangkang sebagai seorang "hero" yang menegakkan keadilan.

Maka pihak masjid terpaksa menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Hoslan Husain bagi menjaga nama baik Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang sudah dicalarkan oleh manusia durjana ini dengan menjaja-jaja keburukan pihak masjid.

Hoslan Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan. Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar, seorang yg. sering berulang-alik berjemaah di Masjid Ar-Rahimah.

Disebabkan kekerapan Hj Hussain berjemaah di masjid, maka beliau sering membantu untuk melaungkan azan di kala tidak ada Muazzin di Masjid. Akhirnya Hj Hussain memohon jawatan sebagai Bilal.Dalam pada itu juga, Hj Hussain akan menjadi Imam jika sewaktu itu Imam Masjid mempunyai keuzuran dan tidak dapat hadir.

Peluang ini juga diambil oleh Hj. Hussain (bapa Hoslan) untuk memohon pula jawatan sebagai Imam, maka dijadikan sebagai Imam Kariah atau dipanggil juga Imam Rakyat.Imam Kariah hanya boleh menjadi Imam untuk Solat Fardhu biasa dan beliau tidak berkelayakan untuk membaca khutbah Juma'at dan menjadi Imam untuk Solat Jumaat.

Sementara bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali sebagai "Mat Rempit" di Kg. Pandan.Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji.

Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana sahaja dia pergi. Hoslan mengikuti jejak ayahnya Hj Hussain, berjemaah di Masjid Ar-Rahimah yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari kediamannya di rumah setinggan Kg Pandan.

Pada satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut, maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya diterima.Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan masjid.

Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain.Hoslan cuba juga memohon jawatan sebagai Imam tetapi permohonannya ditolak disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.Difahamkan daripada Hoslan sendiri, beliau hanyalah belajar membaca Al-Quran daripada seorang Imam yang bernama Hj Salleh.(Allahyarham)

Sebagimana lazimnya seperti juga yang terjadi di masjid-masjid yang lain, Ahli Jawatankuasa Masjid sering tidak sefahaman di antara satu sama lain dalam beberapa isu.Ketidaksefahaman mereka ini disebabkan mereka berpuak-puak dalam menjalankan sesuatu program dan bermulalah episod tuduh menuduh beberapa isu di antara mereka.

Perkara ini akhirnya sampai ke pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di mana akhirnya kesemua AJK dibubarkan dan JAWI sendiri mengambil alih pentadbiran masjid pada tahun 2006-2009. Untuk itu, pihak JAWI menghantar seorang Ketua Imam bernama Fathul Amin bagi mentadbir masjid dalam beberapa hal.Namun begitu Fathul Amin gagal dalam menjalankan tanggung-jawabnya dan sering sahaja tidak berada di masjid, maka pihak JAWI menghantar pula seorang pembantu, Ustaz Asri yang sebelum ini bertugas di masjid Alam Shah Jalan Pasar, K.L.

Kelemahan yang terdapat pada Fathul Amin, membuatkan Hoslan mengambil kesempatan untuk memohon jawatan sebagai Imam Rawatib apatah lagi Hoslan seringkali menjadi "cover-up" untuk Fathul Amin.Dengan kuasa perlantikan yang ada kepada Fathul Amin, maka Hoslan pun berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan sebagai Imam Rawattib.

Masalah disiplin Fathul Amin, Ketua Imam akhirnya sampai ke pengetahuan pihak JAWI dan akhirnya Fathul Amin ditukarkan ke Masjid Sg. Penchala dan tempatnya diganti oleh Ustaz Asri (pembantunya sebelum ini).Namun Fathul Amin tetap tidak berubah dan akhirnya JAWI terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai Imam di Masjid Sg Penchala.

Ketua Imam yang baru, Ustaz Asri (kini bertugas di Masjid Besi Putrajaya), seorang yang begitu tegas dalam menjalankan amanahnya.Sedikit demi sedikit, masalah yang ditimbulkan oleh petugas-petugas masjid diperbetulkan dan Ustaz Asri jugalah yang bertanggung-jawab menyediakan uniform untuk Imam-Imam sebagaimana yang dipakai oleh Imam-Imam masjid yang lain.

Hoslan tidak senang dengan ketegasan Ustaz Asri kerana Hoslan sering ditegur kerana selalu ponteng tugas (di cover oleh ayahnya), dan selalu melarikan diri setiap program yang dianjurkan oleh masjid. Hoslan juga ingkar agar diwajibkan semua Imam-Imam dan Bilal memakai pakaian rasmi sewaktu Solat Jumaat kerana Hoslan lebih suka dengan penampilannya.

Sewaktu Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at, terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat dari segi Tajwid tidak betul.Malah beberapa jemaah juga tidak senang apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu membaca Khutbah.

Daripada rungutan jamaah tersebutlah, maka pihak masjid mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan menjadi Imam bagi Solat Juma'at. Hoslan juga dinasihati agar mendalami ilmu Tajwid kerana masjid juga mengadakan pengajian Bertalaqi al-Quran bertajwid yang dibimbing oleh Ustaz Khalid Isa. Namun Hoslan tetap dengan pendiriannya untuk tidak belajar dengan berkata, bahawa beliau hanya menyerahkan bacaannya kepada Allah swt.

Masjid Ar-Rahimah sebagaimana lazimnya juga menjemput penceramah untuk menyampaikan Tazkirah Juma'at. Pada satu Juma'at sekitar tahun 2008, seorang Pegawai Jakim datang menyampaikan Tazkirahnya dan seterusnya akan menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menjadi Imam Solat.

Hal ini tidak disenangi oleh Hoslan yang akhirnya beliau sendiri naik ke atas mimbar untuk berkhutbah dan sudah tidak dapat dihalangi lagi.Sebelum itu, berlaku sedikit pertengkaran di dalam bilik Imam di mana Hoslan memanggil semua Imam-Imam kecuali ayahnya sebagai syaitan. Perbuatan Hoslan menaiki mimbar membuatkan pihak JAWI memanggil beliau untuk diberi kaunseling yang diketuai oleh Ustaz Syed Abdullah.

Hoslan yang menjadi Imam Rawatib ditawarkan rumah wakaf kepunyaan masjid tetapi di atas nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, rumah tersebut tidak sesuai didiami kerana terlalu hampir dengan jalanraya. Maka pihak masjid mengarahkan Hoslan menduduki kuarters yg. terletak di dalam masjid di mana kuarters tersebut telah dikosongkan oleh Imam Zakaria@Zubir.

Imam Zakaria sebagai pendaftar nikah, berpindah pula ke kuarters masjid yang lebih selesa kerana dikosong oleh Imam Zahid Ya'acob. Imam Zahid ditukarkan ke Masjid At-Tarmidzi Taman Sentosa Jln kelang Lama yang baru siap dibina. Disebabkan tidak sabar untuk Hoslan menduduki kuarters yang berjiran dengan ayahnya, maka Hoslan memecah masuk kuarters tersebut tanpa memaklumkan kepada Ustaz Asri, Ketua Imam. Perbuatannya itu ditegur oleh Ustaz Asri dan Hoslan mula menaburkan fitnah dengan mengatakan Ustaz Asri datang ke rumahnya seperti gengster.

Penamatan jawatan Imam Hj Hoslan berlaku, apabila Hoslan sekali lagi bertindak menaiki mimbar untuk berkhutbah walaupun dilarang.Kali ini Hoslan tidak memakai jubahnya dan berserban tetapi memakai baju Melayu sepasang, bersampin dan memakai songkok.Beberapa jemaah yang melihat Hoslan, ketawa dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Hoslan.Maka sekali lagi pihak JAWI memanggilnya dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya setelah diberi nasihat, kaunseling dan amaran berkali-kali.

Dengan itu Hoslan juga diminta agar mengosongkan kuarters yang didiaminya kerana ia untuk digunakan juga oleh pegawai-pegawai masjid yang hanya menumpang di kuarters2 pegawai yang lain. Hoslan tetap berkeras tidak mahu pindah walaupun pihak masjid dengan begitu baik memohon untuknya Pangsapuri PPRT di Jalan Chocrane. Kedegilan Hoslan membuatkan pihak masjid terpaksa memotong bekalan api dan air di kuarters tersebut, namun Hoslan bertindak pula menyambung getah dengan mengambil air dari pili masjid, sementara bekalan elektrik diambil dari rumah ayahnya dengan menyambung wayar.

Akhirnya pihak masjid tidak ada pilihan selain daripada mengambil tindakan mahkamah ke atas Hoslan dan bermulalah kes Hoslan di mahkamah. Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, Khatib sedang membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamirkan baju Bersih yang ada di dalam jubahnya.

Disebabkan perbuatnnya itulah, pihak polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya.Hoslan yang cuba merayu dengan membangkitkan beberapa isu yang tidak berkaitan, membuatkan Hakim terpaksa menolak rayuannya.Sebagaimana sikapnya yang keras hati, itulah yang ditunjukkannya kepada semua masyarakat sehingga sanggup membaling kedua-dua seliparnya ke arah ketiga-tiga Hakim.

Kemudian sebagaimana lazimnya, Hoslan akan menjaja-jaja kepada umum sambil mempamirkan kewarakkannya untuk meraih simpati tentang keburukan mahkamah pula.Akhirnya di atas kebijaksanaan Hakim-Hakim, maka Hoslan terpaksa didiamkan dan dipenjara selama setahun di atas perbuatannya yang keterlaluan menghina Instituti Kehakiman.

Buat pengetahuan umum. bapanya Hj Hussain jiga ditamatkan perkhidmatannya sebagai Imam Kariah kerana faktor usia.Ini memandangkan pihak JAWI mengambil berat dari segi bacaan dan lain-lainnya.Namun begitu pihak JAWI dan masjid, begitu bermurah hati memeberi keizinan untuk ayahnya terus menduduki kuarters masjid disebabkan beliau tidak mempunyai kediaman yang tetap.

Kami berharap, dengan pendedahan ini akan membuka mata semua masyarakat tentang perkara yang sebenarnya berlaku.Hoslan dipecat di atas perangi buruknya sendiri dan pemecatan dilakukan oleh pihak JAWI dan tidak ada unsur-unsur keterlibatan orang-orang politik seperti yang dijaja-jaja olehnya.

Ahli Kariah Masjid Ar-Rahimah.

HALATUJU DAP DAN KEPENTINGAN MELAYU..?

Menjelang PRU-13 ini, kita suka berpesan kepada bangsa Melayu kita, yg kelihatannya semakin hilang arah dalam menentukan hala tuju negara.

Coba kita renungkan kembali kenyataan bekas calon DAP Pulau Pinang, A. Rahman Manap beberapa bulan lalu. Menurut beliau, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini.

Katanya, walaupun KM Pulau Pinang sering menyatakan bahawa DAP hanya memusuhi UMNO tetapi realitinya parti itu bersikap anti-Melayu. Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat mereka mencapai cita2 politik.

Rahman menjadi aktivis DAP pada dekad 90-an dan telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu. Antara jawatan yg pernah disandang ialah AJK DAP Bayan dan Exco DAP Pulau Pinang. Beliau pernah bertanding atas tiket parti itu di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum 1995 tetapi tewas.

Beliau mengaku digunakan untuk berdepan dengan orang Melayu dan pegawai kerajaan. ''Mereka akan terus berlakon kononnya boleh menerima orang Melayu tetapi hakikatnya mereka mahu melihat Melayu lemah dan tidak bermaya. Kadang-kadang mereka sanggup melakukan sesuatu yg lebih baik daripada pemimpin Melayu hanya mahu memperdayakan pemikiran Melayu," itulah antara luahan beliau. Menurut Rahman, beliau membuat pendedahan tersebut kerana tidak mahu orang Melayu tertipu dengan segala muslihat DAP.

Kita harap ia menjadi renungan orang Melayu dan umat Islam. Lebih2 lagi DAP kini memperhebatkan usaha untuk menarik sokongan Melayu termasuk menjanjikan peluang menjadi calon pilihan raya dan pelbagai jawatan.

Strategi DAP untuk terus mendampingi orang Melayu antara lain kerana tidak mahu bergantung kepada Pas dan PKR. Mereka bimbang Pas akan berpaling tadah daripada pakatan. PKR pula dilihat semakin goyah.

Sesungguhnya DAP adalah parti paling rasis di dunia. Ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa2 ancaman sekalipun yg pernah dihadapi dalam sejarah tanah air.

Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar. Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yg akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik.

Apakah itu yg kita mahu?

Thursday, March 8, 2012

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Mohd Najib, turut mengumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Mohd Najib, turut mengumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Suatu lagi anisiatif kearah mengutamakan Rakyat Dan peningkatan Pencapaian...

ISU BR1M : BLOGGER PR MEROYAN MACAM ANAK MURIDNYA.


Macam budak sekolah jer perangai sorang blogger PR nie. Ada ker patut dikatanya YAB MB Perak menfitnah pulak ( KLIK ). Masalahnya sekarang adakah Cikgu Din nie faham "MENGULAS" dari blog... "DITANYA OLEH WARTAWAN".."MERUJUK SURAT". Buat malu anak murid dan orang Bukit Gantang jer Blogger Cikgu Din membuat tuduhan seperti tue. 

Ucapan tahniah kepada Blogger Taiping Central kerana sebenarnya isu BR1M ini telah membuatkan kepimpinan pas terutama sekali Pesuruhjaya Pas Perak Bakar Husin terperangkap sehingga mendedahkan kepincangan Pas itu sendiri. Kalau tidak sejak dari awal lagi Bakar Husin nafikan.

Rupa-rupanya dah macam-macam perkara pas nie buat untuk menyusahkan rakyat. Perlu diingat kakitangan kerajaan sebahagian besarnya juga adalah penerima BR1M yang kebanyakkan berpendapatan isi rumah kurang RM 3000.

Jom kita tengok penjelasan dari Blog Taiping Central. ( KLIK )

 

Wednesday, March 7, 2012

'SUMPAHAN' DR.MAHATHIR BAKAL BERAKHIR.

Teringat kisah 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan. Kini sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan. Dan PRU-13 adalah yg pertama setelah tempuh yg diberikan Tun.M itu tamat, & ini juga bermakna tinggal beberapa bulan saja lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan menjelang PRU akan datang.

Kini anak2 didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yg berjiwa baru. Tinggal beberapa bulan lagi, kata2 ( sumpahan?) Dr Mahathir akan berakhir. Maaf, saya tidak percaya "sumpahan" Mahathir itu benar. Cumanya terfikir juga mengapa beliau ucapkan kata2 tersebut. Barangkali 2 perkara yg Mahathir fikirkan ketika itu :

1) Zaman golongan veteran UMNO telah berlalu. Karier politik Anuar Musa, Awang Adek, Mustafa Mohammad bakal berakhir. Mereka akan diganti Generasi KEMAS tahun 1990.

2) Umur TG Nik Aziz semakin tua. Jawatan MB akan menjadi perebutan sesama pimpinan PAS.

Melihat pelbagai peristiwa yg "terhidang" setiap hari mengenai politik Kelantan akhir2 ini, mungkin mengiyakan kata2 Dr Mahathir 19 tahun dulu. Lagi pun TG Nik Aziz menganggap Mahathir seorang yg cerdik dan bijaksana. Cumanya beliau seorang berfikiran sekular. Sama2lah kita lihat kebenaran kata2 Tun Dr.M ini, kerana selalunya telahan & jangkaan beliau tidak pernah salah. Semoga sinar baru akan terbit di Kelantan dalam tahun 2012 ini …. Amin …

TERKINI TUN M DEDAH - US SIAP SEDIA 'SERANG' NGRA. JIKA BN KEKAL MENANG PRU13.!!

Semalam bekas Bapa Angkat Anwar Ibrahim yang juga merupakan mantan PM Tun Mahathir telah mendedahkan sokongan yang bakal diberikan Kerajaan Amerika Syarikat terhadap Anwar untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Najib Tun Razak.

Menerusi blog Tun M yang bertajuk 'Peperangan Mesir Melawan NGO', beliau telah menjelaskan apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap negara Arab akan dilakukan juga di Malaysia.

"Campur tangan Amerika dalam gerakan bagi menjatuhkan kerajaan negara yang tidak sependapat dengannya amat jelas," katanya.

Menurut Dr Mahathir dalam usaha mengangkat Anwar menjadi PM, bantuan dari segi kewangan dan media turut diberi oleh negara itu kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat cenderung menghasut dan memburukkan Kerajaan Pusat.

Sememangnya beberapa Pemimpin US telah memberi bantuan Kewangan secara belakang tabir terhadap Anwar dalam merancakkan beberapa misi Latihan dan Program2 Politik beliau. Bantuan tersebut disalurkan menerusi beberapa NGO seperti Bar Council pimpinan Ambiga, SUARAM yang diantara pendukung tulang belakang adalah Irene Fernandes dan beberapa NGO2 lain.

Maka tidak hairanlah pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan 'Regime Change' (pertukaran pemerintah).

Tun M yang telah sekian lama menyelidik agenda jahat ini turut mendedahkan beberapa NGO menggunakan beberapa isu kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan mengenai hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapus institusi perkahwinan dan kekeluargaan, dan liwat).

"Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika agar Malaysia dapat menjadi alat mereka," kata Dr Mahathir.

Namun jika dilihat Tun M telah memberi 'kata kunci' buat kesemua rakyat Malaysia terutamanya pengundi sebelum memilih parti yang bakal dipilih bagi setiap kawasan Parlimen/DUN masing. Ini kerana, satu undi yang memihak kepada mereka bakal memusnah Negara. Ini fakta jelas.

Misi utama US menduduki takhta Anwar untuk memegang jawatan PM tidak akan menjadi realiti jika Pembangkang tewas pada PRU13.

Maka ada usaha untuk membawa beberapa pemerhati dari Negara Barat itu untuk memantau dan mencampuri urusan Proses Pilihan Raya di Negara ini. Malah apa yang lebih dikhuatiri, Anwar bakal mengheret campurtangan US jika benar sasaran beliau keputusan PRU13 memperlihatkan majoriti yang amat tipis dan tidak stabil di antara jumlah Parlimen BN dan Pembangkang.

Dan ketidakstabilan tersebut berlaku apabila sasaran Anwar yang mahu melihat keputusan PRU13 membuktikan berlakunya undi perkauman yang paling buruk pernah berlaku dalam sejarah PRU Malaysia sejak kemerdekaan.

Dan campurtangan US inilah yang disebut 'SERANGAN PSYCHOLOGY' yang berperang dengan eksploitasi Undang2 dan ianya bakal memberi jalan buntu  yang dikhuatiri bakal menerima padah kejatuhan kesemua Industri Negara sepertimana yang telah berlaku pada beberapa Negara2 Dunia Ketiga.

Apa pelan dan strategi UMNO dan BN bagi menyahkan malapetaka ini berlaku?

SIAPA DAN DI MANA NURUL ADHIRAH?

Kanak-kanak berusia 5 tahun, Nurul Adhirah binti Abdullah, ini hilang dan dipercayai diculik pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak malang ini, hubungi Noor Rubeena Baharuddin ditalian 012-5997705 atau Hotline Kontinjen Johor ditalian 07-2254422. Semoga Allah memelihara anak ini dan mengembalikannya ke pangkuan keluarganya. Amin.

Mohon sebarkan.

Dipetik dari blog Cucu Tok Selampit

Tuesday, March 6, 2012

PANASS : SKANDAL 10 BILLION KHALIFAH GUAN ENG, TERBUKTI BERLAKU RUNDINGAN TERUS.

Pengumuman yang dibuat oleh Ivory menimbulkan tanda tanya apabila mereka menyatakan berlaku runding terus selepas memenangi tender?

Ini amat berbeza dengan kenyataan Guan Eng yang menyatakan ia adalah tender terbuka sedangkan ia adalah RFP(request for proposal) . Guan Eng harus jawap ,adakah ini "Tender by invitation only" atau pun "Closed Tender"

Yang dikatakan sebagai tender terbuka sebenarnya adalah RFP,tarikh akhir ditutup adalah 31 Dec 2010,tetapi yang peliknya kenapa Ivory menyatakan mereka telah menghantar tender pembelian tanah pada 3hb March 2011

Kalau korang nak tahu,dalam sistem tender terbuka,selepas tarikh tutup tender,hanya berlaku proses penerangan mengenai tender,tidak ada proses perundingan.Nampaknya Ivory dan Guan Eng telah mendedahkan sendiri pekong mereka apabila berlakunya runding terus bukannya seperti tender terbuka.

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1oKkySmH5

Monday, March 5, 2012

PANASSS : HARAM BAGI PAS AMBIK 10% BR1M.

KC terpanggil untuk mengulas isu yang diutarakan oleh Blogger Taiping Central [ http://taipingcentral.blogspot.com/2012/03/bukti-photo-pas-taiping-kerah-ahli.html?m=1 ] kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat. Kerana bagi KC sepatutnya PAS berasa malu untuk meminta ahlinya menyerahkan 10% duit BR1M kepada PAS kawasan bagi kegunaan PRU 13.

Kalau sebelum ini segala macam tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan BN berhubung pemberian BR1M kepada rakyat [ http://mymassa.blogspot.com/2011/12/fatwa-baru-pas-br1m-haram.html ] sehingga mengHARAMkan kepada sesiapa yang menerimanya, hari ini PAS semacam menukarkan fatwanya untuk kepentingannya sendiri.

Berikut kenyataan Media oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pemimpin No.1 Perak:

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Pas meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang sangat tidak wajar.

Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.

"Pas tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 pada Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Beliau mengulas entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.

Surat bertarikh 1 Disember 2011 itu bertajuk 'Rayuan sumbangan derma one off RM50 atau 10 peratus daripada ganjaran pemberian daripada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) sebanyak RM500 kepada mereka yang bekerja dan berpencen pada bulan Disember 2011 untuk 'tabung pilihan raya N16 Kamunting'.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain tidak menafikan perkara tersebut dan menyatakan ia mungkin sebahagian daripada cara Pas Cawangan Kamunting untuk menggalakkan ahlinya bersedekah.

Abu Bakar turut menegaskan, tidak wujudnya paksaan untuk ahli cawangan itu menyerahkan wang bantuan tersebut.

Menurut Zambry, rakyat perlu menilai perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan konsep negara berkebajikan tetapi tergamak mengambil kesempatan terhadap golongan miskin demi kepentingan politik.

Tindakan Pas Kamunting itu jelas beliau, menunjukkan parti itu dalam keadaan terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum sehingga sanggup mengambil wang yang diberikan kerajaan kepada golongan miskin untuk menampung agenda politik.

"Mereka sudah tiada jalan lain. Jadi, mereka gunakan orang miskin yang kita bantu bagi tujuan kepentingan politik mereka dan apabila minta komen, katanya Pas menggalakkan ahlinya bersedekah dan mereka tidak ada rasa bersalah langsung," katanya.

Berikut pula adalah Kenyataan Media YB Dato Mohamad Zahir Dato Khalid, ADUN Kamunting :

"Isu PAS Taiping minta ahli yg terima BR1M beri 15% kpd parti ialah "BN dari dulu lagi jalankan dasar bantu & beri sumbangan kpd org susah/miskin tanpa mengira latar belakang politik. PAS pula yg beriya-iya nak tubuhkan negara berkebajikan laksanakan "cukai" atas org susah (penerima BR1M). Rakyat umum termasuk ahli Pas patut merenung & ambil iktibar perkara ini."

Oleh itu, peringatan KC kepada pengundi di DUN Kamunting khususnya dan seluruh Malaysia amnya, TEPUK DADA TANYA SELERA.

Saturday, March 3, 2012

GENDANG PERANG DENGAN PAS TELAH BERMULA...

Bekas EXCO kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah memalukan gendang perang dengan PAS apabila mengatakan bahawa pemecatan beliau sebagai ahli PAS merupakan punca kekalahan parti tersebut pada pilihanraya akan datang.

Beliau berkata demikian apabila ditemuramah oleh wartawan di kediaman beliau di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata lagi gelombang pemecatan beliau serta isu kristianisasi serta Israel akan membuatkan pengikut PAS befikir semula untuk memilih calon PAS pada pilihanraya akan datang.

Beliau memerhatikan dari sudut jumlah kehadiran yang datang dalam setiap ceramah beliau dalam roadtour JATI.

Dalam bercakap tentang isu Mahfuz Omar yang mengatakan beliau mendapat dana dari Kementerian Belia sebanyak 30 juta pula, beliau berkata akan menyaman 'kuda tunggangan parasit PAS' itu.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak perlu terlibat dalam mana-mana perundingan dengan pihak kementerian belia dan sukan untuk membincangkan program latihan seperti dituduh ahli parlimen Pokok Sena itu.

Apa bila ditanya jumlah saman yang akan dikemukakan, beliau berkata mungkin 50 juta atau lebih.

Beliau juga berkata bahawa beliau akan membongkarkan cerita pembaptisan kristian terhadap orang Islam dalam masa terdekat.

Friday, March 2, 2012

ANUAR KANTOI KESEKIAN KALINYA.

Hamas hari ini menafikan pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.

"Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel. Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu," katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam ini.

Kenyataan itu dianggap satu tamparan kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.

Jelas Mousa, pendirian Hamas berhubung Israel tidak pernah berubah kerana apa pun alasannya pertubuhan tersebut tidak akan mengiktiraf negara rejim zionis berkenaan.

"Kewujudan negara Israel mengganggu sistem pengurusan, menggugat keadaan Masjid Al-Aqsa dan kesuciannya. Ketamakan serta kerakusan Israel tidak pernah berhenti, mereka tetap meneruskan matlamat untuk meluaskan jajahan di bumi Palestin.

''Sedangkan Hamas akan terus berjuang bagi memerdekakan Palestin tanpa ragu-ragu,'' katanya.

BONGKAR : PAS KERAH AHLI SERAH 15%@RM 75 DUIT BR1M KEPADA PAS KAWASAN

TERKEJUT KC APABILA MENDAPAT BERITA DARIPADA RAKAN BLOGGER TAIPING CENTRAL (KLIK SEBELAH) YANG MEMBERITAHU RUPA-RUPANYA PAS KAWASAN TAIPING MENGARAHKAN AHLINYA SUPAYA MENYERAHKAN 15% ATAU RM75 KEPADA KAWASAN. HAHAHA... PUNYA LA DENGKI KAT AHLI SAMPAIKAN RAMAI AHLI-AHLI KAWASAN MERUNGUT TIDAK PUAS HATI DISEBABKAN ARAHAN PAS KAWASAN.


YANG KELAKARNYA PULAK, MULA-MULA DULU KATA KERAJAAN BN BAGI GULA-GULA KEPADA RAKYAT LAH, KERAJAAN BAGI DUIT HARAM LAH, DUIT BR1M NIE KALAU AMBIK PUN HANYA NAK BELI UNTUK MAKANAN KUCING JER LAH.. HAH, YANG INI MACAM MANA PLAK???....

PESANAN KC KEPADA RAKYAT TERIMA LA DUIT BR1M DENGAN PENUH RASA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAN BN DAN PERLU DIINGAT DUIT BR1M INI UNTUK TUAN2 DAN PUAN2 YANG LAYAK MENERIMA DAN BUKAN UNTUK DISERAHKAN KEPADA PAS KAWASAN.... HAHAHAHA....



Thursday, March 1, 2012

RUPANYA HUBUNGAN SULIT BADROL SUDAH 6 BULAN..!!!?

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.

Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden. 

Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.

Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Menurut suami Zatiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat.

Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.

Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.

Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden - Sungai Rapat Online.

CCTV KES KHALWAT OSTAT BADRUL AMIN DIDEDAHKAN!

Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...