Anak bekas mufti Perlis itu kemudiannya mengemukakan lima cadangan untuk berdepan dengan fitnah pembangkang, iaitu menyemarakkan budaya ilmu, mengamalkan politik kasih sayang, mengambil perkara baik yang diucapkan seseorang, mentaati pemimpin dan sepakat menolak budaya fitnah.
Memetik ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat, Fathul Bari berkata pernyataan ikhlas itu merupakan contoh terbaik seorang pemimpin kerana sikap mohon maaf dan memaafkan adalah satu daripada bukti politik kasih sayang.
Menyentuh dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno murtad, beliau berkata kenyataan itu merupakan satu tuduhan yang sangat berat yang perlu difahami secara bijak kerana menteri besar Kelantan itu tidak membuat pernyataan secara langsung, sebaliknya menggunakan kaedah ilmu mantiq.
"Kita kena hati-hati. Ini kenyataan bijak sebab beliau tidak menyebut secara langsung Umno itu murtad. Ini ilmu mantiq, ada mukadimah dan natijah.
"Dia kata perlekeh Islam murtad dan dia kata Umno perlekeh Islam tanpa menyebut natijah sedangkan ia sangat jelas. Dia hukum Umno murtad," katanya yang turut menayangkan video doa Pas dan kenyataan Nik Abdul Aziz itu. - Bernama
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment