Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: SIAPA PAS HENDAK TENTUKAN HUKUM MASUK SYURGA ATAU TIDAK???

Pages

Saturday, October 13, 2012

SIAPA PAS HENDAK TENTUKAN HUKUM MASUK SYURGA ATAU TIDAK???

Penentuan seseorang muslim masuk ke syurga atau sebaliknya adalah ketentuan Allah bukannya ditentukan manusia, dan hanya mereka yang jahil sahaja akan menyatakan sebegitu.


Prof. Madya Dr. Zainab Ismail, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM menyifatkan mereka yang membuat dakwaan jika menyokong mana-mana pihak boleh masuk ke syurga adalah suatu kejahilan dan membawa kepada kesesatan.


"Syurga adalah balasan Allah kepada manusia yang mengikut dan mematuhi segala perintah dan meninggalkan apa yang dilarang, ia bukannya menjadi hak atau kuasa kepada manusia untuk menentukan ia sama ada memasuki syurga atau sebaliknya.


"Siapalah kita untuk menentukan itu semua, sedangkan diri kita sendiri tidak kita ketahui dimanakah akan kita ditempatkan di hari akhirat nanti, jangan kerana sesuatu perkara kita sanggup mengiyakan hanya untuk dapatkan sokongan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.


Dr Zainab berkata, hanya Allah sahaja yang tahu segala-galanya termasuk apa yang berlaku di atas dunia ini termasuk membabitkan soal mati dan kehidupan setiap manusia.


"Kita sendiri tidak tahu mengenai nasib kita bagaimana kita boleh menentukan nasib seseorang, apakah kita ingin menyamai dengan agama lain yang boleh menyucikan diri dengan hanya bertemu dengan ketua agama mereka.


"Dalam al-Quran juga sudah dinyatakan bahawa setiap manusia akan dihisab, mereka akan ditentukan berdasarkan kepada amalannya di dunia dan Allah maha mengetahui pada setiap perbuatan hambanya," katanya.


Beliau mengingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan apa jua perkara yang menjanjikan sesuatu diluar kemampuan manusia
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...