Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HAJI : ARAB SAUDI LARANG PERHIMPUNAN BERMOTIFKAN POLITIK.

Pages

Friday, October 5, 2012

HAJI : ARAB SAUDI LARANG PERHIMPUNAN BERMOTIFKAN POLITIK.

Ketua keselamatan Arab Saudi semalam menegaskan kerajaan negara ini tidak akan bertolak-ansur terhadap sebarang percubaan untuk mengeksploitasi musim haji tahun ini bagi mengadakan himpunan bermotifkan politik.

Amaran tersebut dikeluarkan oleh komander pasukan keselamatan jemaah haji, Jeneral Saad al-Khelyawi ekoran pengalaman sebelum ini membabitkan pertempuran antara rakyat Iran dengan polis yang sering menyebabkan kematian.

Kami tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan yang tidak berkaitan dengan rukun haji.

Sebarang cubaan yang dilihat mengancam keselamatan jemaah haji akan dikenakan tindakan tegas," katanya.

Pasukan keselamatan Arab Saudi sebelum ini terpaksa berdepan dengan jemaah dari Iran yang berdegil mengadakan bantahan anti-Israel dan anti-Amerika Syarikat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...