Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: ANUAR DIKECAM DI INDONESIA.

Pages

Tuesday, February 7, 2012

ANUAR DIKECAM DI INDONESIA.

Tindakan Anwar yang memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam seluruh dunia.

Sehubungan itu, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan yang sangat melulu dan melampau berhubung perkara berkenaan.

''Sokongan Anwar ini boleh menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam di seluruh dunia ketika dunia antarabangsa menyeru serta mendukung perjuangan rakyat Palestin melepaskan diri daripada penjajahan Israel,'' katanya.

Beliau dipetik berkata demikian dalam akhbar Rakyat Merdeka, Indonesia yang disiarkan hari ini.

Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan anwar itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Hery seterusnya secara terbuka menyifatkan tindakan Anwar itu bermotifkan politik bagi meraih simpati dan sokongan Amerika Syarikat (AS) serta negara-negara Barat.

Namun tegas beliau, langkah Anwar tersebut terlalu berisiko, khususnya bagi umat Islam di Malaysia mahupun antarabangsa.

''Rakyat boleh sahaja menilai Anwar mencari simpati untuk kepentingan politik jangka pendek, iaitu bagi meraih kejayaan dalam pilihan raya umum Malaysia tidak lama lagi,'' katanya.

Kata Hery, tindakan Anwar membuat kenyataan sedemikian dalam isu melibatkan Palestin dan Israel hanya akan menguntungkan kerajaan Zionis tersebut.

''Saya berharap Anwar akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kepada media kerana tindakan boleh menyebabkan simpati rakyat kepada beliau boleh berubah sebaliknya,'' katanya.

2 comments:

  1. Lebih berhati hati? Mau harimau sorok kukunya macam kucing? Tetap dia binatang yang bahaya juga bung! Mau dia buat muka cantik depan kamu?

    Hery Sucipto tak buat homework. Nampak macam sekolah tinggi. Tapi lalai.

    Dia pun perlu berhati hati buat kenyataan kerana dia tidak tau binatang jenis apa yang dia sedang komen. Kalau dia kenal, dia pun tak mahu sekandang dengan binatang ini. Paling paling duduk semeja pun dia tak mau.

    ReplyDelete
  2. Anwar hanya mahu sokongan barat, dan sedikit dana mungkin. Setakat yang kita tahu, Anwar sanggup buat apa saja.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...