Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANASS : HAJI HADI SANGGAH KENYATAAN ANUAR.

Pages

Monday, February 13, 2012

PANASS : HAJI HADI SANGGAH KENYATAAN ANUAR.

Kesian pulak KC tengok Haji Hadi cuba mempertahankan Islam sorang-sorang , sebab katanya "Haram terima kewujudan Israel" tapi lain pulak si Anuar pula sokong usaha keselamatan pendudukan yahudi yakni Israel di Palestin ( anwar berani menidakkan di twitter itu pun apabila disoal. MEDIA UMNO FITNAH.) Itulah jawapannya. Takat tu je dia ada berani.

Kenyataan penuh dari Hadi Awang :

Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.

Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya' dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat.

Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra' dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.

Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka.

Sejarah membuktikan hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...