Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANAZZ : DS SHAFIE APDAL MENTERI KKLW MENGAMUK!!!

Pages

Friday, May 6, 2011

PANAZZ : DS SHAFIE APDAL MENTERI KKLW MENGAMUK!!!



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengamuk dan menempelak Kerajaan Pas Kelantan yang tidak serius menjaga hak dan kepentingan Orang Asli terutama membabitkan isu Ladang Rakyat.Beliau juga turut kesal dengan kerajaan negeri kerana bantuan yang disalurkan kepada masyarakat pribumi itu tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

"Kita kesal kerana Kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja tidak membantu menaik taraf kehidupan Orang Asli malah gagal membantu mereka dalam isu Ladang Rakyat.Ia berbeza dengan Orang Asli di negeri lain.Walaupun kita sedar masih terdapat isu yang belum diselesaikan namun kita tetap memberi bantuan dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat itu," katanya.

BERNAMA melaporkan Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu membabitkan tanah Orang Asli di Gua Musang,Kelantan selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Isu Tanah Orang Asli di Wisma Darul Iman di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said.

Isu Ladang Rakyat telah membangkitkan kemarahan Orang Asli di kawasan Gua Musang apabila mereka mendakwa tanah yang diusahakan sejak sekian lama diambil oleh Kerajaan Pas Kelantan untuk dijadikan Ladang Rakyat yang diusahakan pihak swasta.ekoran tindakan membangunkan Ladang Rakyat,kementerian terpaksa menanggung kos jutaan ringgit untuk membaik pulih infrastruktur yang terjejas di kawasan terbabit.

"Kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak swasta itu menyebabkan saliran air di kawasan tersebut pecah sehingga mengakibatkan bekalan air bersih terputus.Untuk mengelakkan penduduk Orang Asli terjejas, kita pula terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk membaiki saliran tersebut, jika tidak mereka tidak mempunyai bekalan air bersih," jelasnya.

Selain itu katanya,masyarakat Orang Asli semakin berada dalam arus perdana negara apabila lebih 1,000 orang daripada mereka menjadi penjawat awam di 144 agensi kerajaan ketika ini.Beliau berkata, ia merupakan salah satu petunjuk bahawa taraf hidup dan pencapaian mereka sudah banyak berubah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...