Saturday, November 17, 2012
PERWAKILAN PAS 'TIBAI' #HARAKAH.
Kredibiliti lidah rasmi Pas, Harakah terus dipertikai apabila bahan berita yang disiarkan akhbar itu didakwa hanya memberikan peluang kepada pihak tertentu menyebabkan banyak pandangan daripada golongan bawahan tidak disiarkan.
Perwakilan Terengganu, Azman Ibrahim berkata, perkara tersebut memberikan gambaran bahawa peranan Harakah sebagai media yang memantau parti sudah tidak relevan dan menjadi sebaliknya.
"Kepada lidah parti yang kita iktiraf telah banyak berjasa pada parti, Terengganu berpandangan tidak salah kalau pandangan yang diberikan oleh semua peringkat dipertimbangkan dengan saksama walaupun mungkin Harakah ada jawapan dan alasannya.
"Kita dengar ungkapan kita serang media sendiri, kita tumpulkan senjata sendiri di saat nak berdepan peperangan pilihan raya. Ada kita dengar ungkapan media mesti bebas dan tidak boleh dikawal dan ada kita dengar this is the power of media (ini adalah kuasa media).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment