Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #PAU 2012: Taktik Pembangkang Sebar Maklumat Palsu Dalam Laman Sosial di Luar Negara Didedah.

Pages

Wednesday, November 28, 2012

#PAU 2012: Taktik Pembangkang Sebar Maklumat Palsu Dalam Laman Sosial di Luar Negara Didedah.



Kelab Umno Luar Negara hari ini mendedahkan kegiatan pembangkang yang sering mengeluarkan maklumat salah terhadap Umno dan dasar-dasar kerajaan persekutuan dalam laman web sosial dan laman blog.


Perwakilan Kelab Umno luar negara yang berpusat di Pennsylvania, Amerika Syarikat, Muhammad Haziq Syamin Abd Halim berkata, beliau sering melayari laman web sosial dan media dalam talian untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai Malaysia.


"Melalui pemerhatian saya, terdapat banyak media online (dalam talian) dan laman web sosial yang dipercayai milik pembangkang sering melaporkan bahawa Umno parti yang tidak menegakkan Islam sebenar dan Islam di Malaysia dalam persengketaan," katanya kepada Bernama di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.


Haziq Syamin berkata, beliau mendapat tahu hal sebenar yang berlaku di Malaysia setelah pulang ke tanah air untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno tahun ini.


"Sikap pembangkang yang mengeluarkan penipuan semata-mata untuk mempengaruhi anak muda (penuntut) di luar negara mencerminkan bahawa parti pembangkang ini sememangnya tidak boleh dipercayai," katanya.


Beliau berkata, terdapat tujuh cawangan Kelab Umno Luar Negara di sekitar Amerika Syarikat, dengan yang terbesar berpusat di bandar New York dan Chicago.


"Peranan kami adalah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan juga penduduk tetap warga Malaysia di situ selain menyebarkan maklumat tentang dasar-dasar kerajaan Malaysia," katanya.


Sementara itu, perwakilan Umno luar negara yang berpusat di Lancaster, Dir Kheidhrein Kamaruddin berkata seorang pemimpin pembangkang pernah ke kawasan di sekitar United Kingdom tahun lepas untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.


"Pemimpin pembangkang itu turut menyatakan bahawa partinya akan menjadikan Malaysia negara kebajikan untuk cuba mempengaruhi anak-anak muda.


"Mereka menyebarkan ideologi songsang kerana pada pendapat mereka kumpulan pelajar ini mampu mempengaruhi landskap pemerintahan negara pada masa depan, namun kami yang peka dengan perkembangan politik semasa di tanah air tidak termakan umpan mereka," katanya. - Bernama



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphon









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...