Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: 'Kalau Sudah Jodoh Saya Dengan Rozita Che Wan, Takkan Saya Tolak?'

Pages

Tuesday, November 27, 2012

'Kalau Sudah Jodoh Saya Dengan Rozita Che Wan, Takkan Saya Tolak?'



PETALING JAYA: Pelakon kacak Zain Saidin berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktres Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.


Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, dia menyuarakan hasrat itu kerana hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.


"Dia seorang wanita yang baik dan ikhlas. Jika tertulis ada jodoh antara kami, saya tidak menolak.


"Saya akui memang menyukai Che Ta tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen," luahnya ketika dihubungi mStar Online, baru-baru ini.


Ujar Zain, walaupun gosip yang mengaitkan mereka seolah tidak pernah berakhir, hubungan mereka pada waktu ini masih lagi sekadar teman biasa.


"Memang saya mahu dan tertarik pada dia tetapi kami hanya berkawan pada masa ini. Saya tidak nafikan mahu menjalin hubungan melebihi apa yang kami lalui sekarang.


"Kalau benar ada sesuatu yang terjalin antara kami, sudah tentu saya akan berkongsi dengan khalayak," terangnya.
Rozita terus dikaitkan dengan pelbagai kontroversi dan lelaki termasuk yang terbaru Shah Iskandar.


Mengenai perkembangan kerjaya, Zain berkata, dia bakal terbang ke India selama tiga minggu untuk penggambaran drama bersiri Cinta Agra tidak lama lagi.


"Drama itu akan menjalani penggambaran di Malaysia dan India tetapi saya belum pasti bila jadual penggambaran di sana akan bermula.


"Pada masa ini, saya masih menjalani penggambaran drama bersiri KL Drift The Series di bawah Skop Productions.


"InsyaAllah, selepas itu penggambaran drama Oh My English bagi musim kedua pula menyusul pada Januari depan," tuturnya.


Terbaru, aktor berdarah kacukan itu didakwa berasa cemburu ekoran keintiman Rozita dengan pelakon baru, Shah Iskandar di lokasi penggambaran.

mStar




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...