Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANAS!! NIK ABDUH TIBAI NURULIZZAH #IzzahPlural

Pages

Monday, November 12, 2012

PANAS!! NIK ABDUH TIBAI NURULIZZAH #IzzahPlural

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan seseorang yang beragama Islam tidak berhak menukar agama lain atau murtad.


Jelasnya lagi, istilah 'tiada paksaan dalam beragama' hanya kepada bukan Islam.


Dalam mengutarakan pendirian itu di dalam blognya, Nik Abduh berkata sekiranya mana-mana pihak yang kurang faham tentang hukum Islam, maka ia perlu dirujuk kepada pihak yang sepatutnya agar tidak berlaku kekeliruan.


"Justeru seorang Muslim semenjak lahir tidak berhak menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya.


"Jika dia keliru dan was-was dengan agamanya akibat sebab-sebab peribadi dan tertentu yang boleh menyebabkannya menyimpang daripada landasan istiqamah masyarakat Islam di sekelilingnya, maka dia mestilah merujuk atau dirujuk kepada masyarakatnya itu yang diwajibkan oleh agama untuk berperanan dan bergandingan menjaga agama dan iman setiap individu Muslim di kalangan mereka," kata Nik Abduh.


Justeru tegas beliau, kebebasan beragama merujuk kepada bukan Islam.


"Ayat tiada paksaan dalam beragama adalah merujuk kepada hak bukan Muslim untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya.


"Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih agama masing-masing. Tiada pemerintah Muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa bukan Muslim untuk memeluk agama Islam," katanya.


Polemik kebebasan beragama tercetus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar didakwa sebagai berkata kebebasan beragama harus turut diberi kepada orang Melayu dan bukan terhad untuk bukan Islam sahaja.


"Tidak ada paksaan di dalam Islam. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf...ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum)," kata Nurul Izzah dalam program anjuran sebuah gerakan Kristian di Subang Jaya pada 3 November lalu.


Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib dalam kenyataannya semalam berkata, terserah kepada masyarakat untuk menilai pendirian Nurul Izzah bersabit perkara itu.


Malah kata beliau, Nurul Izzah sebagai individu beragama Islam tahu menilai keperluan untuk menarik semula kenyataan tersebut memandangkan dirinya sendiri tahu mengenai ketepatan sebenar pandangan yang diutarakan.


"Kalau dia rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataan itu. Tapi kalau dia rasa tak bersalah, itu hak dia kalau tidak mahu tarik balik (kenyataan)," kata Harun.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...