Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #PAU2012 - Angkat Martabat Ulama Umno 'Sebaris Presiden'.

Pages

Saturday, December 1, 2012

#PAU2012 - Angkat Martabat Ulama Umno 'Sebaris Presiden'.




Demi memartabatkan agama Islam di negara ini, Umno Pulau Pinang mencadangkan para ulama Umno diangkat kedudukan mereka sebaris jawatan presiden dan timbalan presiden.


Ketua Pemuda Umno Tanjong, Mohd Shaharudin Mohd Hassan Tajudin berkata, pengiktirafan tersebut akan memberi nilai tambah terhadap parti teras Barisan Nasional (BN) itu.


"Ulama orang penting. Berilah tempat terbaik demi melihat parti kita lebih teratur.


"Ia secara tidak langsung menjadi tunjang untuk mereka memantau pergerakan parti," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini.


Selain itu, Mohd Shaharudin turut membawa tujuh lagi cadangan termasuk pengukuhan Islam sebagai sebagai agama persekutuan di negara ini, memasukkan kefahaman mengenai syiah, ajaran sesat pluralisme dan LGBT dalam silibus pendidikan pelajar tingkatan empat hingga enam, dan pendidikan ulul albab diperluaskan ke pondok-pondok dan universiti tempatan.


"Subjek ini akan dapat menjadikan mereka menjadi ikon seterusnya memberi manfaat kepada semua," katanya.


Antara lain beliau turut mencadangkan agar diadakan Madrasah 1Malaysia dan Tanah Wakaf 1Malaysia.


"Seperti yang sedia maklum, pendidikan al-Quran perlu diberi penekanan. Madrasah ini nanti boleh mengambil modul pendidikan seperti yang dilakukan madrasah di Johor.


"Tanah wakaf perlu didaulat dan dikendalikan Jabatan Perdana Menteri," katanya.


Mohd Shaharudin turut memberi cadangan supaya mengiktiraf perubatan mukjizat al-Quran dan dijadikan subjek di institusi pengajian tinggi awam.


"Perubatan ini juga boleh diperluas dan dijadikan perubtan alternatif di hospital-hospital negara ini," katanya.


Katanya, Islam tidak pernah meminggir mana-mana pihak dan kerana itu beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan institusi pemulihan untuk 'mak yah dan 'pengkid'.


"Umno tidak meminggirkan siapa-siapa. Jadi dengan golongan ini, ayuh kita dekati mereka.


"Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita boleh bersama-sama mengubah mereka. Bantulah mereka," katanya.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...