Gara-gara menyampaikan ceramah politik yang berbaur hasutan semasa kempen PRK Hulu Selangor tempohari, tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Laporan dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.

Nizar secara terang-terangan dengan sengaja meniupkan api perkauman yang mana selama ini semua masyarakat pelbagai kaum menjaganya dengan penuh berhemah. Pemimpin yang menjaga kementerian ini perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya ianya tidak menjadi contoh kepada puak-puak yang inginkan menjadikan Malaysia ini tidak aman bagi memenuhi tuntutan peribadi mereka.
No comments:
Post a Comment