Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANAZZZ : HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH SERTAI UMNO - LAGI ARTIS MASUK UMNO.

Pages

Sunday, April 24, 2011

PANAZZZ : HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH SERTAI UMNO - LAGI ARTIS MASUK UMNO.

Majlis JOM SERTAI UMNO yang berlangsung di sebuah Restoran Simpang Tiga jam 9.00 malam tadi, di Bandaraya Ipoh yang dianjurkan oleh UMNO Ipoh Barat mendapat sambutan yg boleh dibanggakan.

Tahniah dan syabas dikalungkan kepada Dato' Sam dan Brother Putra dan orang-orang kuatnya yang bekerja keras menjayakan program seperti ini. KC kagum dengan Bro Putra ni kerana di antara program-program besar yang diadakan khususnya di Ipoh amnya di Perak adalah antara hasil usahanya bersama rakan-rakannya yang lain.

Majlis penyerahan borang keahlian UMNO seramai 500 ahli baru itu turut disertai Pengarah terkenal Drama & Filem Negara, Sdr Mamat Khalid ( Pengarah Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ) yang turut juga menyertai UMNO.

Kagum dengan ucapan beliau yang penuh bersemangat semasa program, Mamat Khalid bukan saja pandai menghasil Filem dan Drama dalam pelbagai bentuk genre komidi, Patrotik dan sejarah tetapi juga jiwa Mamat Khalid seperti seorang pejuang sebagaimana drama yang dihasilkan.

Tidak ketinggalan juga Pengacara Akedemi Fantasia yang juga pelakon, pelawak,penyanyi, Dato AC MIZAL dan isteri, Emeilda juga menarik perhatian kerana kesungguhan mereka dalam menyertai UMNO Bahagian Ipoh Barat. Bak kata pepatah Sirih pulang ke ganggang, mungkin ramai yang tidak ketahui sebenarnya Emeilda adalah anak kelahiran Ipoh.

Dato AC MIZAL dalam ucapannya berkata, Saya sebelum ini telah dilamar dan diajak oleh Pembangkang untuk menyertai Parti mereka, tetapi disebabkan perjuangan yang songsang KC percaya Dato AC tidak akan perjudikan nasib anak-anak bangsa demi meraih populariti.

Perjuangan politik telah banyak menyedarkan pelbagai golongan termasuk artis-artis yang sudah sanggup turun padang dan menyertai parti Politik di atas kesedaran perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Ini adalah tamparan hebat kepada pembangkang bila sebelum ini bagai nak kecoh satu dunia bila Bob Lokman menyertai PAS dan mencanang kononnya artis seluruh Malaysia menyokong perjuangan pembangkang terutamanya PAS.

Hahaha.. kita nantikan siapa pulak yang akan menyertai UMNO selepas nie. Psstttt.. Dengor citer Ucop Wheelchair pun ada?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

  1. Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya. - bernama

    takde cakap dia join umno pun?
    http://semutmalaysia.blogspot.com/2011/04/ac-mizal-dan-mamat-khalid-join-umno.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...