Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANAZZ : KRONOLOGI VIDEO SEKS ANUAR IBRAHIM.

Pages

Tuesday, March 22, 2011

PANAZZ : KRONOLOGI VIDEO SEKS ANUAR IBRAHIM.

Pendedahan terbaru video seks yang riuh dan pada mulanya hanya sebut 'tokoh pembangkang' mengegarkan Negara. Pada mulanya ramai yang tidak mengetahui sehinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri buat sidang media nafi beliau 'lelaki dalam video' itu.

Cerita bermula pagi Isnin, apabila kebanyakan 'senior editors' akhbar telah dijemput untuk menyaksikan klip video tersebut oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk T.

Lokasi tayangannya adalah di hotel Seri Carcosa Negara di Kuala Lumpur. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Media melaporkan, wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut. Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai “Datuk T”.

Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.

Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi.

Sementara itu, dalam sidang medianya Anwar Ibrahim mengatakan bahawa beliau berada di rumah ketika kejadian didakwa berlaku.

Berdasarkan rakaman video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.

Manakala isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR berkata, tiada sebab untuknya berundur dari jawatannya sekarang.

Sebelum ini Datuk T memberi tempoh seminggu kepada 'pasangan' pemimpin pembangkang itu meletak jawatan atau akan mengedarkan klip video terbabit kepada kumpulan NGO untuk dibuat analisis forensik mengenai kesahihannya.

1 comment:

  1. Salam,

    Kita berasa pelik kerana Nuar Berahim kelamkabut mengadakan sidang media dan secepat kilat membuat aduan polis. Baguslah kerana dia yakin pihak Polis dan Mahkamah adalah tempat untuk mendapatkan keadilan baginya.

    Cuma kita berasa hairan mengapa dia terlupa menyerahkan DNAnya untuk membantu mahkamah mencari kebenaran dan menegakkan KEADILAN.

    Sedangkan Rakyat tahu dia adalah Penasihat parti KEADILAN,
    Isterinya Presiden KEADILAN dan
    anaknya Naib Presiden KEADILAN.

    Pelikkan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...