

Sempena dengan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei yang lalu, KC mendapat khabar berita bahawa Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh YAB DS Dr Zambry Abd Kadir telah menghantar kad-kad ucapan kepada guru-guru di Perak. Tahniah kepada DS Dr Zambry yang selalu menghargai segala pengorbanan guru yang menabur bakti demi anak bangsa.
Niat yang murni dibalas dengan perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan oleh insan yang layak digelar guru. Dari 40,000 kad yang dihantar, terdapat sejumlah kecil kad yang telah dipulangkan kembali dengan coretan kata-kata yang kalau boleh digambarkan sebagai tidak mengenang budi atau lebih tepat BANGSAT!!!
Inilah perbuatan sebilangan kecil juak-juak PAKATAN ROSAK yang menjadi guru tetapi tidak menunjukkan nilai yang mulia seperti DS Dr Zambry. KC peroleh isu ini di Blog SP yang kalau bisa dikatakan sifat-sifat yang tidak bertamadun langsung.
Akan tetapi, KC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sebilangan besar guru-guru di Negeri Perak ini yang masih lagi menpunyai nilai jati diri yang cukup tinggi. Terimalah ucapan penghargaan dari DS Dr Zambry ini sebagai pemangkin kearah usaha demi memartabatkan anak-anak bangsa ke satu tahap yang lebih tinggi. SELAMAT HARI GURU...... KC