Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: TERKINI : PARTI KITA SAH!!!

Pages

Thursday, February 17, 2011

TERKINI : PARTI KITA SAH!!!

Akhirnya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang dilancarkan pada 19 Jan lepas, sah sebagai parti politik berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Laporan dari BERNAMA menyebut Setiausahanya Abdul Latif A Tambi berkata parti itu menerima surat daripada ROS menyatakan semua pindaan perlembagaan yang dibuat pada mesyuarat agung luar biasa pada 15 Dis lepas diluluskan.

"Surat itu juga merujuk bahawa parti KITA sah berdaftar di bawah ROS," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata parti itu yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) membuat pindaan yang menyeluruh bagi membolehkan pelbagai kaum menyertainya, berbeza dengan perlembagaan lama parti.Katanya,keseluruhan permohonan untuk mendaftarkan parti KITA memakan masa kira-kira dua bulan.

Pada 15 Dis lepas,Datuk Zaid Ibrahim bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan dan meletakkan jawatan selepas itu, dilantik sebagai ketua baru KITA pada satu mesyuarat yang turut menyaksikan nama parti ini ditukar menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air.

Sementara itu, Abdul Latif berkata KITA akan membantu mana-mana parti yang sealiran dengan perjuangannya pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

"Sebagai contoh kita akan bantu SNAP (Parti Nasional Sarawak). Kita ada persefahaman dengan parti itu dengan apa cara yang diperlukan mereka," katanya.

Beliau berkata KITA juga tidak bertanding pada pilihan raya itu (Sarawak) kelak.

ADAKAH PARTI INI SAMA DENGAN PARTI PEMBANGKANG ??? KITA LIHAT DAN SAKSIKAN AGENDA PARTI KITA AKAN DATANG !!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...