Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: GEMPAR!!! 2 MUFTI DESAK NIK AZIZ LETAK JAWATAN

Pages

Wednesday, February 9, 2011

GEMPAR!!! 2 MUFTI DESAK NIK AZIZ LETAK JAWATAN

2 Mufti bersuara. Mendesak Nik Aziz hentikan serta merta laungan perdebatan. Akan tetapi jika hendak diteruskan, beliau mesti meletak jawatan terlebih dahulu. Mufti Selangor(gambar atas) dan Johor lantang menolak sebarang perdebatan sesama pemimpin Islam semata2 mahukan populariti murahan.

"Kita perlu ingat pesan Rasullullah saw bahawa apa jua masalah timbul tentang Islam perlu dilakukan secara rahsia dan tertutup". Itu antara pandangan Penasihat Agama Islam Johor, Datuh Noh Gedut(gambar bawah) mengenai isu debat yang dicanang Diktator PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Beliau juga mendesak Nik Aziz dan mana2 pemimpin politik yang ingin mengadakan perdebatan sebegini meletakkan jawatan serta merta.

Datuk Noh Gedut mendakwa, Debat yang dicanang Menteri Besar Kelantan ini bukan hanya akan memecahbelahkan umat Islam di Malaysia, malah ianya akan menimbulkan pandangan negatif mengenai wadah perpaduan Islam yang menjadi pegangan Agama.

Sebarang permasalahan yang berlaku mestilah mengamalkan sistem musyawarah dan diadakan secara tertutup dan rahsia. Budaya yang cuba dibawa Nik Aziz ini menampakkan ketamakan kuasa dan populariti murahan demi kepentingan diri sendiri.

Pandangan Datuk Noh Gedut ini turut mendapat reaksi positif dari Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyeas Abdul Wahid yang berkata, istilah debat tiada dalam Islam sebaliknya musyawarah adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit.

Mufti Selangor berharap agar Nik Aziz menghentikan serta merta keegoan beliau yang mahukan perdebatan secara terbuka kerana ianya menunjukkan keperibadian beliau yang angkuh dan rakus untuk mengekalkan kuasa. Islam dijadikan alat dan Agama suci ini akan terus tercemar.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...