Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANAZZ : LAGI LAPORAN POLIS HINA MELAYU

Pages

Sunday, February 20, 2011

PANAZZ : LAGI LAPORAN POLIS HINA MELAYU

Dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta seorang individu membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah My Balik Pulau.

NGO tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang dan Gerakan Belia 4B negeri manakala individu berkenaan ialah Firus Che Man, 37.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini kira-kira pukul 10 pagi oleh Firus bersama Naib Yang Dipertua Perkasa negeri, Sheikh Harun Narashid dan Bendahari Gerakan Belia 4B Pulau Pinang, Anuar Omar.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 20 laporan polis sudah dibuat oleh pelbagai pihak di Pulau Pinang berhubung pengedaran risalah kontroversi itu.

Firus yang mewakili kumpulan tersebut memberitahu, risalah berkenaan sarat dengan unsur-unsur penghinaan yang mengguris perasaan orang Melayu terutamanya di Balik Pulau.

"Bahan dalam risalah ini seolah-olah mempunyai syak dan keinginan untuk menghina kaum tertentu melalui ilustrasi serta fakta-fakta yang terpesong daripada kebenaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengedaran risalah My Balik Pulau yang diedarkan secara percuma termasuk di sekolah-sekolah sejak sebulan lalu mencetuskan kontroversi apabila isi kandungannya didapati mengandungi fakta sejarah yang tidak tepat serta diragui kesahihannya.

Ia didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.

Firus menambah, pengedaran risalah seumpama itu boleh menjejaskan agenda nasional untuk mengukuhkan ikatan perpaduan antara masyarakat apabila ia menyentuh sensitiviti sesuatu kaum.

"Kita ambil contoh, terdapat ilustrasi dalam risalah ini yang menunjukkan orang Melayu terpaksa meminjam wang daripada ceti haram untuk adakan majlis kenduri, apa yang cuba disampaikan oleh penerbit risalah ini?

"Malah, gambar orang Melayu pula digambarkan selekeh, tidak memakai kasut dan sugul berbanding kaum-kaum lain. Risalah tersebut seolah-olah mempunyai syak dan keinginan untuk menghina orang Melayu," dakwanya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...