Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PAS GADAI MARUAH & PRINSIP ISLAM.

Pages

Wednesday, February 16, 2011

PAS GADAI MARUAH & PRINSIP ISLAM.

KLANG 14 Feb. - Pemimpin dan ahli Pas perlu segera menghentikan perbuatan menggadaikan maruah serta prinsip Islam semata-mata mahu berkuasa atau untuk kepentingan sendiri.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, parti itu tidak seharusnya terlibat apatah lagi membiarkan ia dipergunakan untuk menjayakan agenda peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Merujuk tindakannya keluar PKR pada Disember 2006, Mohamad Ezam mendakwa dipelawa untuk menyertai Pas selain pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin parti pembangkang itu.

Jelasnya, beliau bagaimanapun menolak pelawaan tersebut kerana merasakan Pas tidak mampu memimpin negara ini lebih-lebih lagi dalam menegakkan prinsip serta perjuangan Islam.

"Saya keluar PKR pada Disember 2006, selepas itu saya tidak lagi menyertai mana-mana parti politik sehinggalah saya buat keputusan sertai UMNO pada 28 Mei 2008, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Sebelum saya membuat keputusan itu, saya ada jumpa beberapa pemimpin Pas termasuk timbalan presidennya. Masa itu, ada pelawaan supaya saya bersama-sama dengan Pas ekoran keputusan PRU yang memperlihatkan kedudukan UMNO yang begitu teruk.

"Saya nyatakan kepada mereka (pemimpin Pas), saya sedia sertai Pas sekiranya parti itu boleh lepaskan kerjasama mereka dengan Anwar atas prinsip menegakkan Islam. Namun, mereka tidak boleh beri jaminan itu," katanya.

Beliau berucap pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di Kampung Johan Setia, di sini malam semalam.

Tambah Mohamad Ezam, selain terus bersekongkol dengan Anwar, Pas juga tidak mampu memberikan jaminan bahawa parti itu akan mengetuai pakatan pembangkang selain memastikan pelantikan menteri besar daripada kalangan pemimpin Pas, bukannya PKR.

"Jadi, buat apa saya sertai Pas? Masuk politik, berjuang habis-habisan tetapi Pas tak mampu beri jaminan itu sedangkan Rasulullah SAW ajar kita berpegang kepada prinsip dan menegakkan panji-panji Islam.

"Sekarang ini, Pas nak pertahankan oal larangan arak di Selangor pun tidak mampu dan boleh tunduk kepada Exco Ronnie Liu sehingga menggadaikan prinsip Islam.

"Maka sebab itu saya buat keputusan sertai UMNO. Saya akui bahawa UMNO ini bukan sempurna kerana kita bukannya maksum atau malaikat, tetapi sekurang-kurangnya UMNO tidak pernah mengkhianati prinsip agama, bangsa dan negaranya sendiri," jelasnya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan merelakan segala-galanya hanya kerana Anwar memberikan jawatan seperti Exco, ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya sedangkan kemungkaran terus berlaku di hadapan mata mereka seperti isu arak, rumah urut dan sebagainya.

"Saya bertanggungjawab di atas setiap patah perkataan yang saya keluarkan," tegas beliau.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...