Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: TERKINI : HARGA PETROL MUNGKIN NAIK?? KERAJAAN SEDANG BERGELUT UNTUK PERTAHANKAN..

Pages

Tuesday, February 22, 2011

TERKINI : HARGA PETROL MUNGKIN NAIK?? KERAJAAN SEDANG BERGELUT UNTUK PERTAHANKAN..

Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.

Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.

KC : Tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional yang sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Walaupun begitu, kita sebagai rakyat yang sentiasa positif perlu sentiasa yakin dan bersedia apa pun kemungkinan sekiranya kenaikan harga minyak tidak dapat dibendung.

Disini KC perturunkan tips Penjimatan Penggunaan Minyak kepada rakan2...:

1.Pastikan angin tayar kereta/kenderaan sentiasa mencukupi, bila tayar kereta kurang atau tak stabil, ia menyebabkan banyak tenaga digunakan untuk menggerakkan kenderaan, sedikit sebanyak mengurangkan minyak kenderaan anda. Pastikan 'alignment' dan 'balance' tayar selalu diperiksa.

2. Pastikan enjin kereta/kenderaan anda diselenggara /'maintenance', kerana enjin kenderaan berada dalam keadaan baik akan mengurangkan pembakaran bahan api/gas. Pastikan anda menggunakan alat ganti tulen untuk kenderaan anda.

3. Jangan membawa muatan berlebihan dalam kereta anda kerana ia menyebabkan penggunaan tenaga yang maksima. Bawa barangan keperluan/ kecemasan sahaja dalam kenderaan anda.

4. Kenalpasti minyak yang sesuai bagi kereta anda sama ada sesuai atau tidak. (Minyak Petrol RON95 atau RON 97). Biasanya, pengeluar kereta anda lebih arif tentang jenis minyak yang sesuai untuk kereta anda.

5. Memandu secara berhemah dan tidak tergesa-gesa menghidupkan enjin atau memberhentikan kenderaan secara mengejut. Jangan terlalu lama memanaskan enjin kereta anda kerana anda telah membazirkan sedikit sebanyak minyak kereta anda. Pecutan kenderaan secara berperingkat-peringkat dengan penggunaan gear yang betul juga dapat menjimatkan penggunaan minyak.

6. Memandu secara perlahan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak.Lagi laju pecutan kereta lagi banyak penggunaan tenaga/minyak untuk kereta anda.

7. Rancang perjalanan anda sebelum memulakan perjalanan, kerana anda tidak perlu lagi berpatah balik dan ini menjimatkan masa dan wang anda.Penggunaan GPS juga boleh menjimatkan masa dan wang untuk kereta anda.

8. Pilih dan beli kereta/kenderaan yang dapat menjimatkan penggunaan minyak dan dapat mengurangkan budget bulanan untuk kos penggunaan minyak.

9. Buka hawa dingin kereta dan tutup tingkap kereta untuk perjalanan biasa ,semasa di lampu isyarat atau kesesakan lalulintas,tutup seketika hawa dingin kereta anda dan buka tingkap untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Penggunaan hawa dingin secara kerap akan mengurangkan penggunaan minyak/bahan api kenderaan anda.

10. Jangan biarkan tangki kenderaan anda kering langsung, baru nak isi minyak kerana ia menyebabkan penggunaan gas yang banyak untuk memenuhi ruang dalam tangki minyak anda.

p/s,  selalulah tumpang kereta kawan anda (kongsi kereta) untuk ke mana-mana..jimat sikit duit..hehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...