Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: GEMPARR : SAHIH BARISAN NASIONAL BAKAL HADAPI SITUASI SUKAR DI MERLIMAU

Pages

Wednesday, February 9, 2011

GEMPARR : SAHIH BARISAN NASIONAL BAKAL HADAPI SITUASI SUKAR DI MERLIMAU

Badan Perhubungan UMNO Melaka melancarkan gerakan mengesan kira-kira 1,594 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berusia 21 tahun ke atas berdaftar sebagai pemilih tetapi gagal dikesan kediaman mereka.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, angka yang diperoleh daripada Bancian Kaji Sikap yang dijalankan oleh Wanita Perhubungan UMNO negeri dan parti komponen Barisan Nasional (BN) dianggap serius.

Menurutnya, bancian yang dibuat mendapati 1,594 telah mendaftar sebagai pengundi di DUN Merlimau tetapi apabila pergi ke alamat rumah terbabit mendapati mereka tidak menetap di situ.

"Situasi ini amat membimbangkan kerana kita tidak tahu status mereka ini mendaftarkan diri sebagai pengundi tetapi mereka tidak menetap di alamat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Bagi saya jumlah itu sangat serius kerana dalam sistem demokrasi, setiap undi adalah penentu kejayaan sebuah parti pada setiap pilihan raya umum atau pilihan raya kecil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan semua ahli jawatankuasa UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh negeri ini di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau di sini malam tadi.

Sehubungan itu kata Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri, UMNO negeri telah mengarahkan UMNO Bahagian Jasin termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri di peringkat cawangan untuk menjalankan gerakan mengesan mereka.

Katanya, parti komponen BN juga turut diarahkan untuk membantu bagi mengesan mereka yang terbabit.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan jentera pilihan raya parti itu yang telah mula digerakan sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini.

Katanya, jentera BN dilihat semakin berkesan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka bagi meraih sokongan rakyat.

"Apa yang lebih menggembirakan ialah kerjasama yang melibatkan semua jentera parti komponen BN bagi memastikan BN menang lagi di Merlimau," katanya.

Beliau menambah, seluruh Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri akan turun ke Merlimau membantu jentera pilihan raya kecil pada 24 Februari iaitu dua hari sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini.

"Kita telah mengagih-agihkan jentera UMNO negeri-negeri di tujuh peti undi pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini," katanya.-umno online
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...