Friday, September 28, 2012
GUAN ENG PERLU MINTA MAAF KEPADA NIK AZIZ AMACAM.. ADA BERANI KE LU?
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, sebagai sekutu dalam pembangkang, Setiausaha Agung DAP itu wajar menghormati pendirian Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.
"Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam. Kita akan tetap laksanakannya melalui sistem demokrasi.
"Jika kita majoriti, kita boleh laksanakannya sebagai undang-undang. Masa itu tidak timbul isu setuju atau tidak setuju," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Guan Eng baru-baru ini digesa membuat permohonan maaf selepas kenyataan beliau yang menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, September 17, 2012
BONGKARR!!! PETUA ISI MINYAK DENGAN HARGA MURAH ATAUPUN PERCUMA..!!!
Dari dulu KC dengan Anak Oner Stesen Minyak ni agak rapat la, so dia rasa KC org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips (dgn syarat jangan buat kat tempat dia) mcm mana nak turunkan harga RM1.92 sen kat pam minyak jadi 0.92 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg KC tak percaya... tapi......
1. Korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapapun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik hargakat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
2. Korang gi balik kat pam korang tu, dan JANGAN angkat nozel lagi.
3. Kat pam tu kan ada dua punat2 utk nombor (bukan utk credit card tau)yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. Korang tekan 'CLEAR' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. Then korang tekan ENTER - 3x
6. Then korang tekan '0' , '0', '0', '9', '2' (0.92 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. Pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi
8. Tekan butang clear - 2x
9. Then korang tekan berapa puluh atau ratus korang nak isi
10. Tekan ENTER lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang
"WOIII!!! Apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"
so korang dengan muka tersipu-sipu isi jer la minyak dengan muka selamba...
Mana boleh KC sorang jer yang kena, korang pun kena la jugakkkk... Hah apa lagiiiii...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PANASS !!! NIZAR LAMBAI DISAHKAN KURANG SIUMAN..
Bekas Menteri Besar Perak yang paling singkat dalam sejarah, Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu bahawa kegawatan politik dalam Umno semasa tsunami politik 2008 adalah pada tahap yang rendah tetapi kini ia telah menjadi lebih ganas.
"Terdapat maklumat dari sumber dalaman bahawa tiga pemimpin Umno - Mahathir (Mohamad), Tengku Razaleigh (Hamzah) dan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin (Yassin) (bersaing sesama sendiri) cuba untuk menggantikan Najib Altantuya sebagai Presiden Umno sebelum pilihanraya umum akan datang, "kata Nizar.
Beliau berkata ketiga-tiga pemimpin Umno ini takut bahawa parti itu mungkin hancur dan BN akan kehilangan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang jika Najib Altantuya terus memimpin.
Bagi membuktikan hujah beliau, Nizar berkata beliau telah mendapat maklumat bahawa poster Muhyiddin menggantikan Najib Altantuya telah secara meluas diedarkan di Johor.
Beliau juga mendapat maklumat bahawa Mahathir sudah bersedia untuk keluar dari persaraannya bagi meneruskan jawatan Perdana Menteri jika diminta untuk berbuat demikian.
Pemimpin vokal PAS ini juga tidak menolak kemungkinan Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) pimpinan Razaleigh bakal menggantikan Umno sekarang.
Nizar meramalkan bahawa ia akan menjadi "perang politik paling kotor" dalam Umno menafikan perjuangan ahli semata-mata untuk keuntungan peribadi dan bukannya memastikan BN menang dalam pilihanraya umum akan datang.
Bercakap dalam satu ceramah di Perak minggu lepas, Nizar berkata, Umno juga menghadapi dilema politik di peringkat negeri.
"Saya diberitahu bahawa Najib Altantuya telah menuntut bahawa 90% daripada calon-calon Umno di Perak mesti terdiri daripada muka-muka baru, profesional, yang mempunyai latar belakang pendidikan dan tidak semestinya ahli jawatankuasa Umno untuk menjadi calon boleh menang dalam pilihanraya umum akan datang.
"Seorang Timbalan Ketua Umno bahagian memberitahu saya bahawa kebanyakan ahli kecewa dengan keputusan ini.
Jadi mereka hanya menunggu tarikh apabila Najib Altantuya mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan ramai ahli Umno dari Perak akan keluar dan menyertai Amanah.
"Ku Li telah datang ke Perak pada bulan April dan beliau mendapat beberapa momentum (dalam ahli merekrut bagi Amanah). Jadi dalam Umno ada lagi Umno, "katanya.
Pemimpin PAS juga mendedahkan bahawa terdapat perbalahan sengit dalam Umno Perak bagi beberapa kerusi parlimen dan DUN yang masih belum selesai.
Dalam ucapannya, Nizar juga menunjukkan slaid dan rakaman video mengenai salah laku yang dikatakan dilakukan ahli Umno.
Beliau juga menunjukkan video klip kontroversi di YouTube bagaimana Najib Altantuya dan isterinya Rosmah Mansor menari pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi mereka di Putrajaya.
p/s: Confirm dah sewel mangkuk ayun pencacai DAP sekor nih.. Makin teruk nampaknya dia punya imaginasi... Hahahaha...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
BENARKAH ORANG MELAYU ISLAM KITA MUDAH DITIPU..????
Ini berlaku terang2an kepada Penyokong PAS dan PKR! Pernah di Bachok, Kelantan, berpusu2 orang ke sebuah telaga untuk minum airnya walaupun kotor kerana percaya ia berkhasiat dan boleh menyembuhkan penyakit. Setiap seorang dikenakan bayaran beberapa ringgit diberi minum air telaga itu. Mereka sebenarnya mangsa penipuan pemilik telaga itu. Sebatang pokok kononnya boleh membawa tuah kerana menyerupai wajah manusia juga menarik ramai pengunjung, justeru membuka peluang kepada pemilik pokok untuk 'buat duit' daripada mereka yg mudah tertipu.
Kita juga pernah terbaca mengenai orang tertipu dengan khasiat batu, sehingga sanggup membayar ribuan ringgit. Kononnya jika diminum air yg direndam batu itu, maka macam2 keadaan yg dihadapi dapat dipulihkan. Berapa ramai pula anak dara, pelajar dan wanita yg tertipu seterusnya dicabul dan dirogol bomoh durjana, yg kononnya dapat merawat pelbagai penyakit yg dihadapi mereka. Paling banyak kedengaran masakini ialah penipuan yg dijalankan secara licik oleh warga Afrika. Mereka mengguna pelbagai kaedah untuk memperdaya mangsa melalui internet. Skim black money, peninggalan harta wasiat, pelaburan secara maya dan bercinta dengan wanita berumur adalah antara bentuk penipuan popular.
Walaupun banyak kali didedahkan di media umum dan diberi peringatan oleh pihak berkuasa, masih ramai yg terjerumus. Tidak kurang juga terpedaya dengan balasan lumayan untuk menjadi keldai dadah, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi. Kenapa mudah sangat rakyat kita ditipu? Penipuan juga sering berlaku dalam urusan perniagaan dan muamalat dalam sektor awam dan swasta. Dalam bidang agama pula, penipuan dilakukan oleh mereka yg memanipulasi kelemahan jatidiri dan akidah pengikut untuk kepentingan diri, keluarga atau kumpulan.
Pengikut Kerajaan Langit, misalnya, sanggup minum air basuhan kaki ketua mereka Ayah Pin, kononnya kerana air itu suci. Boleh dikatakan semua ajaran sesat mempunyai unsur penipuan. Ramai profesional seperti peguam dan doktor, serta artis dan pegawai tinggi kerajaan menjadi ahli pergerakan Al-Arqam pimpinan Ashaari Muhammad, yg mendakwa boleh bercakap terus dengan Nabi Muhammad SAW.
Penyanyi terkenal 1980-an, Sahara Yaacob, pernah berkata beliau menyertai kumpulan ini kerana insaf kekurangan ilmu agama pada dirinya dan mahu menjadikan Al-Arqam sebagai jalan singkat ke syurga. Oleh kerana terlalu taksub dan yakin akan kebenaran mereka, Ashaari Muhammad menganjurkan majlis solat hajat dan doa muhaballah besar2an, termasuk menjemput wartawan, pada 30 Jun 1994. Beliau mohon ALLAH SWT memberi petunjuk dan bukti kebenaran mereka dalam tempoh tiga bulan. Dengan kuasa ILAHI, pergerakan ini diisytiharkan haram oleh kerajaan Malaysia pada Ogos 1994 dan Ashaari sendiri mengalami penyakit tidak boleh bercakap.
Penipuan politik atas nama agama juga memang banyak. Antara yg akan tercatat dalam sejarah negara ialah janji palsu mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Sudah berpuluh tahun hal ini dipercakapkan, namun apabila memenangi Kelantan pada 1990 (dan selepas itu Terengganu), Pas masih gagal melaksanakannya. Pelbagai alasan diberikan dan menuding jari terhadap pihak lain, khususnya Umno, sebagai punca hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Hakikatnya, hudud adalah modal pilihan raya semata2. Untuk PRU Ke-13, isu hudud diputar semula. Cuma kali ini, pengundi mungkin tidak begitu mempercayai Pas lagi.
Penipuan politik terbesar dalam sejarah Malaysia ialah pengisytiharan pemimpin pembangkang yg obses menjadi Perdana Menteri tiga tahun lalu bahawa sehingga 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional akan berpaling tadah, justeru memberi peluang kepadanya memperolehi majoriti di Parlimen dan menguasai Putrajaya. Kononnya, beliau disokong Panglima Angkatan Tentera Malaysia, malah Yang di-Pertuan Agong juga menunggu menyempurnakan upacara mengangkat sumpah peralihan kuasa di peringkat pusat. Terbukti beliau membohongi seluruh rakyat Malaysia. Ini namanya menipu hidup2. Kita percaya rakyat Malaysia tentunya tidak mahu tertipu lagi.
Kita diingatkan ALLAH SWT: Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta (16:105). ALLAH SWT juga memberi amaran: Dan siapa diantara mereka yang mengambil bahagian terbesar dengan penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. (24:11)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone