Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL

Pages

Friday, November 2, 2012

MAJIKAN DI MALAYSIA LEBIH BERMINAT MENGAMBIL PEKERJA CINA BERBANDING MELAYU.

Majikan di Malaysia cenderung untuk memihak kepada pemohon kerja lebih dari kaum Cina berbanding dengan rakan-rakan Melayu mereka menurut satu kajian universiti baru-baru ini, menunjukkan diskriminasi kaum ditekankan dalam proses pengambilan pasaran buruh sektor swasta.


Dalam penyelidikan bersama mereka, pensyarah kanan Universiti Malaya (UM) dalam kajian pembangunan, Dr Lee Hwok Aun, dan rakan penyelidikan, Dr Muhammed Abdul Khalid Universiti Kebangsaan Malayasia (UKM), mendapati bahawa graduan baru Cina adalah lebih berkemungkinan akan dipanggil untuk temuduga pekerjaan berdasarkan resume mereka berbanding dengan orang Melayu.


"Penemuan kami menunjukkan majikan secara umumnya lebih memihak kepada kaum Cina, sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor keserasian dan kualiti tidak boleh dilihat yang tidak didedahkan dalam permohonan pekerjaan, dan lebih selektif ke arah kaum Melayu, menyebabkan mereka kurang dipanggil, akan tetapi pemohon berkelayakan mendapat panggilan balas," kata kedua-duanya pensyarah dalam abstrak kertas seminar yang akan dibentangkan di UM hari ini.


Kedua-dua ahli akademik itu berkata mereka telah menjalankan satu eksperimen dengan menghantar resume graduan baru Melayu dan Cina kepada iklan pekerjaan sebenar.


Dari penyelidikan mereka, Lee dan Muhammed Abdul mendapati walaupun kedua-dua graduan Melayu dan Cina menyenaraikan penguasaan bahasa Cina dan menyatakan mereka lulus dari universiti tertentu mungkin meningkatkan peluang mereka untuk dipanggil temuduga, namun majikan – terutamanya dikawal Cina atau dikendalikan orang asing – lebih ketara cenderung memilih pemohon Cina.


Mereka berpendapat bahawa diskriminasi kaum lebih tajam dalam pekerjaan kejuruteraan daripada perakaunan sektor kewangan.


Mereka juga mendapati bahawa dalam industri kejuruteraan, Melayu hampir pasti ditolak oleh syarikat kawalan asing, diikuti oleh syarikat dikuasai Melayu dan akhir sekali firma dikawal Cina.


Lee dan Muhammed Abdul akan membentangkan kertas mereka bertajuk "Adakah faktor kaum penting bagi mendapatkan satu temu bual? Eksperimen lapangan diskriminasi pengambilan pekerja di Semenanjung Malaysia" yang akan berlangsung di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM pada pukul 10 pagi hari ini.


Pentadbiran Najib telah memperuntukkan kira-kira RM500 juta dalam Bajet 2013 untuk menjadikan belia menganggur laku dalam pasaran pencarian pekerja.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dr. BADRULAMIN BAHRON DITAHAN DALAM PROGRAM CUBAAN HIDUPKAN AL-ARQAM.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron antara beberapa individu telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang


Utusan Malaysia melaporkan Badrulamin ditahan kira-kira pukul 10 malam malam tadi.


Menurut sumber, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad.


Jurucakap JAIS berkata, konsert yang bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib" itu dihadiri kira-kira 3,500 orang.


"Konsert ini didapati melanggar arahan mufti dibawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-Aqram," katanya.


Al-Arqam diharamkan di negara ini pada 1994.


Badrulamin seperti dilaporkan The Malaysian Insider mengakui hadir ke program itu kerana dijemput oleh Global Ikhwan Sdn Bhd.


Global Ikhwan Sdn Bhd adalah syarikat yang menaungi Al-Arqam yang diterajui oleh Hatijah Aam, balu Ashaari Mohamad.


Dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khas.


"Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya … saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.


"Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun … ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan … ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam," katanya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANASS !! RASUAH UNTUK DAPAT PROJEK PEKARA BIASA DALAM PAS??

Inilah amalan Pas Kedah selama ini yang mengunakan pelbagai cara untuk dapatkan sesuatu projek diluar bahkan didalam negeri sekali pun dengan merasuah atau mengunakan wang untuk melobi projek..


Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membuat laporan SPRM di Putrajaya baru baru ini berhubung isu projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang didedahkan dala laporan audit negara.


Keng Liang berkata, banyak keraguan timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyebut terdapat pembayaran goodwill (sogokan/penghargaan) kepada vendor bagi kerja-kerja yang dilakukan di Papua New Guinea seperti meneroka tanah, melobi menteri dan tuan tanah.


Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan Kedah Corporation Berhad (Kedah Corp), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar mengalami kerugian RM13.49 juta selepas pelaburan dalam projek pembalakan dan perladangan di negara itu bernilai RM31.21 juta menemui kegagalan.


Sebenarnya kaedah lobi melobi ni bukan baru dalam Pas, malah ada beberapa projek sebelum ini pun mereka gunakan kaedah yang sama tak kira samaada mereka melobi atau dilobi oleh pihak luar..


Kadang kadang geram jugak dengan otak jumud puak puak Pas ni..Kalau depa buat tak jadi masalah..Tapi bila BN buat dah tentu ada demo depan Wisma Darul Aman tu..


Memang gila betul la puak Pas ni, bayar duit lobi projek kat menteri Papua pun dah berjuta juta dibelanjakan..Tapi hasilnya habuk pun takdak.. pemuda melayu kedah

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 1, 2012

HEBAT!!! TUJUH BANDUAN IKUTI IJAZAH PENTADBIRAN PERNIAGAAN.

Tujuh penghuni Penjara Kajang ditawarkan mengikuti pengajian ijazah pentadbiran perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata pengajian untuk penghuni itu adalah penting bagi mempercepat proses pemulihan mereka di samping membantu mereka mendapatkan kerja lebih baik selepas keluar penjara.


"Yuran pengajian mereka ditanggung oleh keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran kepada penghuni itu, bersempena sambutan ke 163 Hari Jabatan Penjara di Kolej Penjara Malaysia di sini Khamis.


Mereka masuk penjara kerana terbabit dalam jenayah kecil.


Abu Seman menarik perhatian bahawa bekas banduan biasanya sukar mendapat kerja dan akhirnya balik melakukan jenayah demi kelangsungan hidup.


Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan OUM, Prof Zakaria Ismail, memberitahu Bernama bahawa kehidupan penjara bukan bererti segalanya sudah berakhir buat banduan, sebaliknya ia merupakan peluang bagi mereka memperbaiki kehidupan menerusi pengajian.
-- BERNAMA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...