Budaya 'koboi' atau sikap tidak menghormati serta suka membangkang kini mula menular di negara ini, kata Felo Amat Utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Datuk Dr Muhammad UthmaDn El Muhammady.
Malah, menurut pensyarah bahagian dakwah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini, budaya berkenaan dikesan mula wujud di kalangan intelektual dan penggerak gerakan Islam di Malaysia.
Katanya, sikap yang terdapat dalam diri sesetengah intelektual Islam ini yang mengandaikan mereka lebih 'bijak pandai', menyebabkan mereka suka 'menghentam' pendapat orang lain yang dirasakan bertentangan.
"Budaya koboi ini, saya dah sebut tahun 2005... dah lama, sebab saya perhati dalam masyarakat, saya kata kita ini nak kena (terpengaruh)... Jadi saya kata kena berjaga-jaga dengan budaya koboi.
"Budaya koboi ni apa maknanya? Maknanya sikap tidak hormat kepada sesiapa, tidak ikut autoriti sesiapa... kerjanya bila ada masalah, sikit-sikit tarik pistol (tembak).
"Kalau ada aturan pun, dia nak tunjuk seolah-olah dia lagi atas dari aturan itu," kata beliau ketika membahaskan topik 'Budaya Koboi di Kalangan Intelektual dan Penggerak Gerakan Islam' semasa menjadi tetamu program Maqasid terbitan Antarapos.
Menurut Dr Uthman, budaya berkenaan yang asalnya bertapak di Amerika Syarikat pada sekitar tahun 1960-an itu telah mula mempengaruhi intelektual negara ini melalui penulisan beberapa intelektual barat.
"Antaranya yang ditulis oleh seorang yang bernama Stephen Young dalam satu esei bertajuk 'Intelectual Foundation for the Decline of Culture'.
"Maknanya asas-asas pemikiran intelektual yang membawa kepada merosot budaya... Jadi saya beritahu kepada beberapa kawan-kawan, ini bahaya. Kita sekarang sudah mula nak kena bahana ini," katanya lagi.
Tambah beliau, disebabkan pada masa kini kurangnya golongan yang mempunyai tahap pemikiran yang tajam dan bijaksana, maka cara teguran dan 'hentaman' juga dibuat melalui medium yang kurang berhikmah.
"Kalau bercerita (bercakap) pasal koboi, makna kerjanya tembak saja... lepas itu cabar dengan pistol... dan pistol sekarang web site, emel, youtube, facebook... sebab sekarang kalau bercakap (secara) hikmah bijaksana susah nak tangkap (faham).
"Orang yang bercakap pun dah jarang ada memiliki ini (pemikiran hikmah dan bijaksana) kerana ia perlu akal yang tajam, roh yang jernih, jiwa yang bersih dan hati yang ada kasihan, sayang kepada orang, bukan memandang orang (lain) sebagai orang yang perlu dikuasai," akhirinya.
Pasca modenisme' mencairkan wacana agama
Dalam pada itu Dr Uthman menyifatkan keghairahan sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu tanpa kepakaran ilmu disifatkan sebagai ikutan terhadap falsafah 'pasca modenisme'.
Menurut beliau, prinsip berkenaan jelas bercanggah dengan prinsip ahli sunnah wal jamaah yang berpaksikan ayat Al-Nahl 43 yang menuntut agar ummah bertanyakan kepada yang berilmu berbanding kepopularan yang dimiliki.
"Itu bercanggah dengan prinsip ahli sunnah, prinsip ahli sunnah berdasarkan Al-Nahl 43 iaitu menggalakkan bertanya kepada yang lebih tahu jika tidak mengetahui sesuatu, malah, perlu mempunyai sedikit informasi mengenai perkara itu.
"Kalau popular, itu falsafah 'post modernism' yang mencairkan wacana agama sepertimana yang berlaku di Barat.
"Takkan kita nak import perkara sebegini dalam kegiatan intektual negara kita. Kita hancurkan agama, nilai. Kita perlu bertanya kepada ahli (intelektual yang berilmu)."
Mengulas lanjut Dr Uthman berkata, golongan intelektual dan penggerak Islam ini sebaiknya tidak menggunakan hadis nabi "sampaikan walau satu ayat" untuk mengulas mengenai sebarang isu.
Tambah beliau lagi, penyampaian itu adalah haram sekiranya ia disampaikan tanpa ilmu yang fasih kerana boleh menyebabkan berlaku kekeliruan.
Justeru, beliau menyarankan agar golongan tersebut kembali kepada arus perdana iaitu berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.
"Kita perlu kembali kepda ahli sunnah wal jamaah, bahawa kepakaran itu dalam agama dan ilmu lain adalah agama perlu berdasarkan ilmu dan bukti-bukti. Kita bunuh diri sendiri apabila bertanya kepada orang yang tidak ahli dalam bidang tertentu," katanya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada sebuah forum anjuran geraja Kristian di ibu negara bulan lalu mencetuskan kontroversi apabila menyatakan pendirian untuk orang Melayu beragama Islam diberi kebebasan beragama seperti kaum lain.
Sehubungan itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengarahkan Nurul Izzah memberi penjelasan mengenai kenyataannya itu.
AP
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment