Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANAZZ : SAHIH PAKATAN PERJUDIKAN NYAWA RAKYAT

Pages

Wednesday, February 9, 2011

PANAZZ : SAHIH PAKATAN PERJUDIKAN NYAWA RAKYAT

Alhamdulillah, sebahagian besar rakyat Malaysia yang berada di Mesir telah pun berjaya dipindahkan ke Jeddah.

Alhamdulillah, segala usaha dan kesungguhan pihak Kerajaan dan pihak-pihak yang terbabit berjaya dilaksanakan dengan izin Allah S.W.T tanpa sebarang insiden yang tidak diiingini.

Puji-pujian juga ke hadrat Allah S.W.T kerana sebahagian rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir telah selamat tiba di Malaysia. Sambutan kesyukuran kepulangan rakyat Malaysia itu turut disertai oleh pemimpin no.1 negara, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan isteri.

Namun, apa yang dikesalkan bukanlah tentang perkara yang berlaku di Mesir. Perkara yang berlaku di Mesir adalah diluar bidang kuasa Kerajaan mahupun kehendak mana-mana individu di negara kita. Tersangat malu dan kesal melihat reaksi, permintaan dan cara pihak pembangkang memanipulasikan usaha operasi piramid oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional.

Nasarudin Tantawi misalnya meminta agar Kerajaan Malaysia membawa balik rakyat Malaysia di Mesir tanpa "memilih bulu", sama ada mereka itu tajaan biasiswa Kerajaan mahupun persendirian.

Kedangkalan cara Ketua Dewan Pemuda PAS ini bergitu terserlah! Apakah dia fikir Kerajaan Malaysia tergamak berbuat sebagaimana PAS yang memberi bantuan secara terpilih kepada mangsa banjir di Kedah baru-baru ini?

Kerajaan Malaysia tidak pernah pilih kasih di dalam memberi khidmatnya kepada rakyat. Di dalam misi operasi Piramid ini, hatta pelajar dan rakyat yang menyokong PAS pun turut di tolong oleh Kerajaan BN.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar a.k.a "Mr.Bean Malaysia"lah yang paling bodoh! Dimintanya PM kita menyatakan sokongan kepada gerakan rakyat Mesir dan mendesak Hosni Mubarak untuk meletak jawatan.

Lihatlah kedangkalan Ahli Parlimen Veteran PAS ini! Jenis muka tak malu seperti meminta negara kita mencampuri urusan rumahtangga negara lain? Apa kata kalau US mencampuri urusan rumahtangga negara kita, pastinya kita akan marah diatas cubaan mencampuri kedaulatan negara kita.

Pastinya Mesir akan mencari jalan keluar untuk mengatasi kemelut yang melanda. Apa yang terjadi ialah masalah dalaman. Lainlah di Palestin, secara terang-terangan kita mengutuk segala tindakan rejim zionis yang menjadi sahabat baik Anwar itu!

Tindakan pihak pembangkang membuat demonstrasi di hadapan kedutaan Mesir juga tidak patut diadakan. Apakah dengan berdemo itu akan menunjukkan sokongan terhadap gerakan rakyat Mesir. Banyak lagi cara yang berfaedah. Cubalah cari jalan yang lebih diplomatik.

Tidakkah mereka sedar bahawa ketika mereka mengadakan demonstrasi itu, rakyat kita masih ramai lagi di bumi Mesir. Apakah tindakan itu tidak membahayakan nasib dan nyawa rakyat negara kita di sana?

Namun sudah tradisi pembangkang bertindak tidak menggunakan akal, maka itulah natijahnya. Mujurlah pihak Kerajaan BN dengan kehendak Allah S.W.T berjaya membawa keluar sebahagian besar rakyat Malaysia keluar dari bumi Mesir.

"Sam Ketot" yang bercita-cite bertanding di Merlimau pada PRK akan datang pun turut mendedahkan kebodohannya. Dia memperlekehkan tindakan Kerajaan dengan mendakwa "pihak Kerajaan lambat bertindak".

Namun, apa pula tindakan yang dilakukan oleh pihak PKR, khususnya "Sam Ketot" sendiri? Apakah "Sam Ketot" berusaha mengumpul derma kilat menyewa sebuah kapal terbang untuk membawa pulang rakyat Malaysia atau menyelesaikan sedikit beban rakyat Malaysia di Mesir?

Jangan katakan kapal terbang, rakit pun tidak di sponsornya!!! Bercakap saja lebih, satu apa pun tak guna budak "ketot" ini…

Sejak dari awal lagi PM dan Dato' Seri Jamil Khir menyatakan bahawa operasi Piramid ini bukanlah satu tindakan untuk "political milage", malah pimpinan Kerajaan melarang untuk mempolitikkan operasi menyelamat ini.

Tindakan Kerajaan ini adalah satu bukti tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan untuk rakyatnya.

Namun, tindakan segelintir pembangkang cuba memperlekehkan usaha Kerajaan BN ini dilihat begitu dangkal berfikir dan jumud! Kos yang bejuta-juta telah diluluskan oleh pihak Kerajaan dalam operasi Piramid ini, dimanakah sumbangan pihak pembangkang untuk usaha ini pula?

Ternyata mereka tidak sayangkan rakyat Malaysia di Mesir. Pembangkang lebih sayangkan "politik" mereka berbanding nyawa rakyat sendiri! Itupun ada hati mahu menggunakan nama "Pakatan Rakyat"? Mereka lebih layak bergelar "Pakatan Haram Jadah"!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...