Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: GEMPARR : PENYELEWENGAN WANG RAKYAT OLEH KERAJAAN NEGERI

Pages

Tuesday, February 8, 2011

GEMPARR : PENYELEWENGAN WANG RAKYAT OLEH KERAJAAN NEGERI

Kenyataan Media GAPS

Pembaziran dan penyelewengan wang rakyat oleh kerajaan Khalid Ibrahim semakin ketara dan tidak dapat di kawal apabila penderhaka Suhaimi Shafie akan dibiayai kos guamannya oleh kerajaan negeri. Ini tentunya satu lagi salah laku kewangan, penyelewengan dan rasuah kerajaan pakatan.

Kalau seorang penguasa penjenayah derhaka akan dibiayai oleh kerajaan negeri dengan ratusan ribu ringgit, maka rakyat marhaen yang terkena dengan sebarang tuduhan undang-undang dimahkamah juga berhak untuk menerima bantuan kewangan yang sama dari kerajaan negeri.

Atau sebenarnya kerajaan negeri Selangor hanya berminat untuk mempertahankan pemimpin yang sama kasta dengan mereka sahaja, manakala rakyat berkasta marhaen akan terus teraniaya.

Pentadbiran korup seperti ini sangat dekat dengan sikap dan perangai Hosni Mubarak, pemimpin sombong dan diktator yang sedang digelodak oleh kebangkitan api perjuangan rakyat.

Rakyat berpandangan pembiayaan kewangan guaman ini juga adalah satu lagi bukti sahih bagaimana pentadbiran Khalid Ibrahim sebenarnya adalah juga bersubahat menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor dengan bersekongkol bersama Shuhaimi adun derhaka Selangor.

Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...