Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANASS!!! DATUK ESKAY DITAWAR WANG UNTUK U-TURN ISU CHINA DOLL

Pages

Friday, March 22, 2013

PANASS!!! DATUK ESKAY DITAWAR WANG UNTUK U-TURN ISU CHINA DOLL



Lama tak dengar cerita trio Datuk T yang dedah video seks China Doll 99.9 peratus tulin.Tengahari Khamis, salah seorang anggota trio itu,Tan Sri Rahim Thamby Chik telah mengadakan sidang akhbar di Ampang dekat Kuala Lumpur.

Tujuan beliau ialah untuk mendedahkan ada usaha pihak tertentu untuk pujuk Datuk Sharzly Eskay Abdullah, bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat pendedahan berkenaan buat U-Turn dengan janji wang berapa saja mau.

Eskay tidak hadir di sidang akhbar itu atas sebab-sebab keselamatan. Rahim kata baru-baru ini Eskay telah diekori,dihubungi dan kemudiannya dipujuk menandatangai satu akuan bersumpah yang sudah disediakan.

Rahim menegaskan Datuk T ' is not for sale' sambil mengulangi dakwaan mereka lelaki dalam video berkenaan ialah Anwar.

Semasa isu dakwaan itu hangat dulu Eskay telah angkat sumpah dalam sebuah masjid di Sentul,Kuala Lumpur untuk tunjuk bahawa dakwaan itu benar.

Pada sidang akhbar itu Rahim menegaskan mereka Datuk T sedia disaman oleh Anwar selari dengan kata-kata popularnya yang jadi sebutan ramai sekarang " You Ulang I Saman You".

Hari ini 21 Mac 2013, juga genaplah dua tahun pendedahan kali pertama video seks tersebut dibuat oleh Rahim dan rakan-rakannya pada 21 Mac 2011. Untuk rekod mereka bertiga sudah didakwa kerana menayangkan video yang diketegorikan XXX itu tersebut kepada umum.

Mereka semua mengaku bersalah dan tetap mendakwa bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar dan sehingga kini, selepas dua tahun, Anwar masih belum menfailkan saman terhadap ketiga-tiga mereka. Agenda Daily


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...