Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HOT!!! TIAN CHUA HAMPIR DIBELASAH!!

Pages

Wednesday, March 20, 2013

HOT!!! TIAN CHUA HAMPIR DIBELASAH!!



Ceramah naib presiden PKR Tian Chua terus dibantah kali ini oleh sekumpulan 100 orang pemuda yang berhimpun di Lunas, Kedah dalam satu kejadian pada malam Sabtu.


Pemuda berkenaan berhimpun di hadapan pusat operasi BN Batu Enam di kawasan tersebut dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Chua apabila tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 11 pagi.


Banyak di antaranya merupakan pemuda berpakaian merah dengan tulisan "Himpun" di bahagian depan baju mereka.

Sejumlah besar anggota polis dan pasukan keselamatan PAS memastikan pengacau terbabit tidak mendekati kawasan ceramah. Kumpulan itu juga beredar kira-kira 15 minit selepas Chua mula berucap kepada kira-kira 300 orang yang hadir.


Pusat operasi BN juga ditutup tidak lama selepas itu. Kumpulan itu bertindak lebih aman berbanding gerombolan yang menyerang kenderaan Chua dalam satu kejadian pada malam sebelum itu. utaranews


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...