Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: KANTOI!!! #LahatDatu HUBUNGAN INTIM KETUA UMUM DENGAN PEMIMPIN MNLF TERBONGKAR!!

Pages

Saturday, March 9, 2013

KANTOI!!! #LahatDatu HUBUNGAN INTIM KETUA UMUM DENGAN PEMIMPIN MNLF TERBONGKAR!!



Umum mengetahui betapa eratnya hubungan Ketua Umum PGayR dan pemimpin MNLF (sekali lagi CTS tekankan, jangan keliru dengan MILF), Nur P. Misuari. Mereka sama-sama bersahabat dan masing-masing saling bantu membatu untuk menjatuhkan musuh politik masing-masing.


Anwar Ibrahim ingin menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak manakala Nur Misuari pula hendak menjatuhkan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.


Tiada angin, tiada hujan jauh sama sekali ribut dan taufan, hari ini kita dikejutkan dengan sidang media bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mengatakan bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai Perdana Menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.


Ingat drama ini hanya berakhir apabila Saiful Bukhari mengadakan sidang media menemplak Anwar Ibrahim menggunakan keluarganya. Rupanya ada lagi satu drama rupanya.


Diam tidak diam, Nur Misuari telah berkongsi (share) cerita "u-turn" paling cantik yang dilakukan oleh Azlan Mohd Lazim di dalam Fan Page beliau di Facebook. Untuk apa cerita ini dikongsi? Untuk sebab apa seorang Rakyat Filipina berminat dengan cerita liwat pemimpin pembangkang di Malaysia?


Adakah Anwar Ibrahim telah berkongsi skrip drama ini dengan Nur Misuari terlebih dahulu seperti mana ramai yang mengesyaki bahawa kedua-dua insan ini terlibat di dalam lakon layar pencerobohan Lahad Datu? Hanya masa akan membongkarkannya. cts



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...