Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HOT!! TIMBALAN PESURUHJAYA 1 DIKURUNG OLEH BEBERAPA LELAKI!!

Pages

Saturday, March 23, 2013

HOT!! TIMBALAN PESURUHJAYA 1 DIKURUNG OLEH BEBERAPA LELAKI!!



Pemuda Pas Jerai tidak mahu dilibatkan termasuk menolak daripada memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi 'dikurung' selama dua jam di sebuah sekolah agama di Bukit Besar, Kota Sarang Semut, dekat sini, Sabtu lalu.


Ketuanya, Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan memberi kenyataan mengenai kejadian itu.


"Saya tak mahu kata apa-apa, susah pulak nanti," katanya ketika dihubungi petang semalam.


Firdaus diminta mengulas tindakan Pemuda Gerakan membuat laporan polis berhubung kejadian itu atas alasan untuk meminta pihak berkenaan menyiasat apa yang berlaku sehingga menyebabkan keselamatan seorang anggota pentadbiran negeri diancam.


Dalam kejadian itu, Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri dikatakan ditahan dan kemudian dikurung di bilik VIP kantin Sekolah Menengah Agama An-Nahdzah, Bukit Besar bagi menghalangnya berceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau, Yan.


Selain dikurung dalam bilik berkenaan, anggota exco itu juga dikatakan tidak dapat keluar dari kawasan sekolah berikutan pintu pagar turut dikunci dan dikawal oleh beberapa lelaki yang menahannya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...