Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HOT!! PUNCA ANWAR TIDAK BERTANDING KERUSI PARLIMEN PEMATANG PAUH.

Pages

Monday, March 25, 2013

HOT!! PUNCA ANWAR TIDAK BERTANDING KERUSI PARLIMEN PEMATANG PAUH.



Kemerosotan sokongan daripada orang-orang melayu kepada Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir ini dilihat menjadi punca mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertanding kerusi Parlimen di Selangor atau Perak.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Anwar sedar bahawa sokongan pengundi campuran akan lebih memihak kepadanya berbanding pengundi Melayu.

“Kita sedia maklum bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh mempunyai majoriti pengundinya terdiri dari orang Melayu, jadi di sana tidak lagi selamat untuknya.

“Selangor merupakan kawasan bandar membangun yang dihuni oleh pelbagai kaum, dan majoritinya merupakan pengundi kaum cina yang dilihat lebih memihak kepada DAP,” katanya, semalam.

Menurutnya, kelebihan besar pengundi dari kaum cina itu sekali gus dilihat menjadi kerusi ‘selamat’ untuk ditandinginya.

“Tiada sebab lain mengapa beliau tidak bersedia mempertahankan kerusi yang telah dimenanginya menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” katanya.

Mohamed Mustafa juga tidak menolak pengumuman yang dilakukan Anwar itu hanyalah sebagai strategi politik PR semata-mata menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Menurutnya, dengan pengumuman tersebut, jentera BN pasti merasa tergugat dan mula mengubah strategi mereka yang akhirnya bakal menguntungkan PR.

“Tetapi ia lebih dilihat sebagai strategi semata-mata kerana Anwar hanya mengumumkan hasrat bakal bertanding kerusi Parlimen di Selangor atau Perak tanpa mengkhususkan mana-mana kerusi.

“Jika Anwar benar-benar serius mahu bertanding kerusi Parlimen di Selangor, pasti beliau telah memutuskan kerusi mana yang bakal ditandinginya,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...