Bandar Kerdau semakin dipenuhi oleh rakan2 baik dari parti Kerajaan mahupun parti pembangkang dari luar. Mungkin inilah penangan dari Pilihanraya Kecil kerana setiap kali Pilihanraya Kecil masyarakat seperti berpesta meraikan suasana yang bukan selalu kita lihat. Para peniaga tersenyum riang kerana keuntungan berlipat kali ganda dari yang biasa.
Yang ingin KC ceritakan bukan berkenaan fasal peniaga, tetapi mengenai calon pas di Kerdau iaitu saudara Hassanudin. Parti Pas bukan sahaja berdepan dengan calon UMNO sahaja yang menjadi saingan pada 06hb. Mac ini, tetapi saingan dari parti Pas sendiri.
Rupa-rupanya Saudara Hassanudin adalah calon yang tidak digemari di kalangan penyokong parti Pas sendiri di Kerdau. Ini disebabkan Hassanudin yang telah 2 kali tewas sebelum ini di PRU 2004 & 2008 tidak mempunyai kekuatan dari pelbagai segi untuk membawa bendera pas dalam pilihanraya.
Dari sumber yang boleh dipercayai, KC mendapat khabar berita 5 DAERAH MENGUNDI di bawah DUN Kerdau yang tidak berpuas hati di atas pencalonan hassanudin sebagai calon Pas di Kerdau. Mereka mengharapkan Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan di Kerdau untuk membawa bendera perjuangan Pas.
Ini dibuktikan, malam tadi Ceramah Politik di Lipat Kajang yang turut dihadiri oleh YB Wan Hassan dari Terengganu dihadiri seramai 10 ORANG penduduk kampung sahaja. Silap-silap 5 orang kerana selebihnya adalah budak-budak yag jaga lalulintas. Hassanudin sendiri berucap tak sampai 20 minit lalu meninggalkan majlis untuk ke ceramah di Rumpun Makmur. Ini membuktikan masyarakat semakin menolak perjuangan yang dibawa oleh parti Pas.

No comments:
Post a Comment