Selain daripada fenomena Monsoon yang didakwa menjadi penyebab banjir besar di Jakarta, Forum Umat Islam (FUI) mempunyai pendapat tersendiri mengapa ianya berlaku.
FUI mendakwa patung separuh bogel yang berada di Istana Negara adalah salah satu penyebab berlakunya banjir besar di ibukota Indonesia itu. Menurut FUI lagi, bencana yang melanda Jakarta adalah bala dari Allah S.W.T akibat dari maksiat yang berleluasa di kota metropolitan itu dan patung itu adalah salah contoh daripadanya.
"Dari sudut pandangan Islam, patung itu sahaja sudah mengurangkan keberkatan untuk bangsa Indonesia. Kalau malaikat pun tidak mahu masuk ke dalam Istana Presiden, bagaimana negara kita mahu diberkati oleh Allah?" kata salah seorang koordinator FUI Bernard Abdul Jabbar seperti yang dikutip dari merdeka.com.
Bernard meminta para pemimpin negara ini agar lebih mendekati Allah.
"Telah banyak kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kerana tangan-tangan manusia. Pemimpin-pemimpin seperti ini harus bertaubar," tegasnya lagi. PA
No comments:
Post a Comment