Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: BONGKAR..!!! MASALAH DALAMAN PAKATAN RAKYAT DALAM PEMILIHAN CALON DUN PRU13...?

Pages

Monday, March 26, 2012

BONGKAR..!!! MASALAH DALAMAN PAKATAN RAKYAT DALAM PEMILIHAN CALON DUN PRU13...?



Kamunting Central diberitahu oleh sumber dalaman sebuah parti ini yang dikenali Parti Cap Bulan yang mendedahkan bahawa parti ini sedang berusaha untuk meletakkan Calon Pas di DUN Changkat Jering di dalam Parlimen Bukit Gantang bagi mengantikan calon Pkr yang kian tidak mendapat sokongan dari pengundi baik dari dalam parti mahupun luar parti.

Masalah pemilihan calon ini juga turut dikuatkan lagi dengan pendedahan Blogger PR yang turut merungut walaupun senarai calon Pas dan Pkr telah diselesaikan di peringkat pusat, tetapi masalah kerusi DUN Changkat Jering tidak mendapat kata putus.

Blogger itu turut mengaitkan Nizar yg juga MP Bukit Gantang telah dinamakan sebagai Calon Utama bagi DUN Changkat Jering dan kerusi Parlimen. Walaupun belum mendapat kata putus dari pucuk pimpinan diatas, mereka tetap akan bertanding disitu. Kerusi DUN Changkat Jering Wajib diberikan kepada Pas.

Bagi KC pengundi di Parlimen Bukit Gantang harus sedar bahawa Calon yang bakal diletakkan adalah ORANG LUAR yang sudah pasti gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya kerana contohnya sudah ada, walaupun Nizar MP Bukit Gantang, gagal untuk turun padang sekerap orang tempatan.

Kemungkinan Nizar juga risau pertambahan pengundi di DUN Pasir Panjang yang dikhabarkan lebih 5000 pengundi baru hingga tak sanggup untuk bertanding di DUN Pasir Panjang dan lebih rela bertanding di DUN Changkat Jering.

Walau apapun, tahniah kepada kepimpinan Barisan Nasional Parlimen Bukit Gantang yang bertungkus lumus memastikan kehendak rakyat di Bukit Gantang dipenuhi walaupun Parlimen Bukit Gantang dikuasai oleh Pas. SYABASSS....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...