BERSIH 2.0 Pandangan dari Jiwa Marhaen
Biarkan aku ceritakan pendapat tentang 'bersih' dari sudut pandang jujur seorang rakyat marhaen. Anda tidak akan dapat sumber bacaan secara academia, politik dan journalist dalam entry ini.
Hanyalah pandangan seorang rakyat tentang event Bersih 2.0 yang telah berlangsung pagi tadi dan pandangan ini tidak akan memberikan kelainan kepada perasaan korang terhadap apa yang korang kagum samada kepada Ds Najib, Anwar Ibrahim, TGNA, dan Lim kit siang.
Disclaimer : ini adalah pendapat khusus yang menjurus kepada event Bersih 2.0, jika anda tidak paham dan anda mengamuk di ruangan komen, samada anda skinread entry ini atau anda dipengaruhi oleh sentimen.
1) " Alah kecoh la polis ni, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau bilau kat KL tu"
A) untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan DAP di Penang dan KL.
Perarakan kemenangan ini pada mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan.
Orang cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi.
Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat.
B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman
C) Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda pulak jadi beruk atas Jalan raya.
Sekali Ambiga keluar arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan?
"alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu."
2) " aku kelakar tengok orang ramai yang merungut pasal BERSIH ni, tak boleh buat aktiviti harianlah, jem lah apa lah, kalau malam newyear, sambutan merdeka boleh pulak jalan kaki 2, 3 jam tak rasa penat"
A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik.
Manusia jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.
B) Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan?
Kalau korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka, sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap tak pakai otak.
3) " Demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan"
A) Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang, aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia?
B) Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL.
4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya.
Alkisahnya, pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain.
Pada masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu...
Anda kenal siapa lawyer yang lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH)
Dan pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan diketuai oleh Ambiga ini.
"tapi Zulfikar, kau tak boleh cakap macam tu, kita sokong perjuangan bersih, tapi kita tak sokong Ambiga. sesetengah kualiti yang ada pada pemimpin tu kita boleh ikut. lagipun aku tak berketuakan Ambiga, aku follow TGHA dan Anwar!"
Jika begitu anda telah bias, anda telah hidup dalam kepura-puraan, kenapa anda bakar patung Bush? kenapa anda pijak gambar Mahathir? kenapa anda hukum Ds Najib kerana Rosmah tidak bertudung? kenapa anda hukum keseluruhan Yahudi kerana zionis? kenapa anda benci kerajaan kerana lesen arak?
Nampaknya prinsip anda tidak selari dengan pendapat korang terhadap Ambiga. Korang berat sebelah, pada satu pihak jika dia membuat satu salah dan lainnya betul anda tetap maki hamun dan bangun berdemonstrasi.
Tapi di satu pihak yang lain, bila kena tang Ambiga, anda boleh pulak mengasingkan antara idealisme dia tentang murtad dan perjuangan bersih 2.0. Mana pendirian korang ni?
Korang perlu ingat, dosa dia terhadap Islam besar, lebih besar dari jasa dia mengetuai demonstrasi jalanan Bersih. Dia memperjuangkan murtad, menyerang islam dengan memorandum The Inter faith council (IFC) yang menyerang hak istimewa agama islam.
Bukan hanya hak istimewa dan kedudukan Islam dalam Malaysia sahaja, tapi Fundemental dan prinsip islam secara keseluruhannya.
contohnya : (memorandum tuntutan IFC terhadap kerajaan Malaysia)
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
Apa yang diperjuangkan Ambiga dalam IFC dan kes Lina joy adalah berkenaan Akidah Umat islam, adakah lebih besar dosa kerajaan yang tidak guna dakwat kekal dalam pilihanraya dari dosa Ambiga mempersoalkan Islam?
Jadi jika anda pukul rata terhadap kerajaan, anda juga mesti pukul rata juga kepada Ambiga Sreenevasan!
Barulah kena dengan prinsip korang macam yang dilaungkan : Ke arah keadilan dan kebersihan sistem demokrasi.
5) "Jika kerajaan zalim, kita mesti tumbangkan dengan demonstrasi jalan raya, Inilah asas demokrasi"
i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan. (yang ni pendekar nak tambah..demokrasi jalan raya? Kepala hangguk dia..)
ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat.
Jika sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga.
Jika Kerajaan sekarang tumbang dengan gerakan demonstrasi jalanan, JIKA Pakatan Rakyat boleh pergi ke Putrajaya dengan aksi jalanan, pada masa akan datang, BN pulak akan merusuh, menghimpunkan penyokongnya untuk merampas kembali kuasa
Sampai bila nak habis?
Jadi gerakan ini sudah tidak demokrasi lagi, sebaliknya ia telah bertukar menjadi Gerila. jika tak suka dengan kerajaan maka mari kita rampas kuasa dengan pemberontakan. Ini kerja gila.
Formula kehancuran ini akan berulang-ulang sampai kiamat akibat setiap pihak merasakan merekalah yang betul, merekalah yang mewakili hasrat hati majoriti rakyat.
Dan masalah pemberontakan dan rusuhan ini tidak akan boleh reda kecuali dengan kuasa Allah, Lihat Gerakan Acheh Merdeka (GAM) yang berpuluh tahun memberontak untuk Merdeka. Sehingga Tentera Indonesia buntu nak hentikan mereka, sampailah Tsunami Indonesia membinasakan Tanah Acheh. Akhirnya Jurucakap GAM sendiri dalam temuramah menyatakan ...
" Sudah tidak ada apa lagi yang mahu diperjuangkan di Acheh, Acheh sudah hancur. Jadi kami membubarkan Gerakan Acheh Merdeka"
Cuba anda tengok Abu Sayaf di Mindanau, lihat IRA di Ireland, Gerila di Venezuela, Puak Pemisah Basque dan banyak lagi. Jika sesebuah Kerajaan itu diasaskan dengan keganasan dan pertumpahan darah, maka ia juga akan jatuh dengan pertumpahan darah. dan formula persamaan ini akan berulang-ulang sehingga tiada kesudahan.
Contoh yang paling hampir adalah Parti Thaksin Shinawat yang telah dirampas kuasa oleh Kumpulan baju Kuning Abisit. Tetapi keputusan pilihanraya adalah milik Thaksin, majoriti rakyat Thailand mahu Thaksin yang jad PM.
Tapi Abisit yang rampas kuasa dengan demo, bantuan tentera dan istana, bila diadakan semula pilihanraya, maka Parti Abisit tumpas kembali, kerana asasnya majoriti mahu parti politik Thanksin yang memimpin.
6) " Tapi Zulfikar, Pilihanraya Di Malaysia tidak adil"
i) aku malas nak hujah pasal ni, sebab nanti ada argument yang cliche.
ii) Jika Kerajaan betul-betul nak aniaya Pembangkang, Kerajaan akan gunakan segala jentera dan sumber yang ada untuk menewaskan Anwar Ibrahim di PRK permatang pauh, kerana ancaman politik paling besar bagi BN adalah pengaruh Anwar Ibrahim, Jadi pertarungan paling strategik mestilah menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Tapi kenapa DS Anwar masih menang dengan majoriti yang banyak?
Dimanakah pengundi Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal? dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim?
iii) BN pernah kalah teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for whatever cost! by crook or by hook!
"Kenapa pulak Zulfikar?"
Kerana Terengganu merupakan hasil pendapatan Kerajaan pusat, ada minyak berbillion-billion, Jika BN tumpas di Terengganu, nanti BN pening nak buat muslihat taknak bagi royalti pada pas, nak buat muslihat wang ihsan, nak buat muslihat mahkamah.
Jadi sepatutnya, BN menggunakan pengundi hantu dan ketidakadilan bagi menyelamatkan Terengganu. samalah juga kesnya dengan Selangor, Pulau Pinang dan Perak, negeri-negeri ini semua adalah negeri berpendapatan tinggi dan strategik bagi BN, buat apa pulak BN nak bersusah payah tewas dan berkempen untuk menang kembali pilihanraya?
Lebih baik guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan.
iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu.
Jika BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan, buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU.
**********************************
Jawapan di atas dijawab dengan hanya menggunakan penaklukan mantik asas, memandangkan dulu aku sangat suka dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus yang terkenal hebat dengan Ilmu mantiknya, maka aku pun menggunakan kembali hujah mantik.
Dan pendapat di atas adalah semata-mata luahan hati aku sendiri sambil menaip di blog, tak perlu statistic pilihanraya, tak perlu citation dari kisah Watergate Scandal, the reign of terror Maximilian Robispierre, pengulingan Tzar di Rusia dan sebagainya.
Dan tak perlulah aku ulang sejarah pasal UMNO Haram pada 4 Febuari 1988. Jika anda menyatakan bahawa UMNO itu kebal dari Undang-undang, maknanya anda bebal malas baca buku sejarah politik Malaysia.
Aku hanya memahami politk dari sudut pandang seorang rakyat.
cr : rasa hati
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment