Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Tahniahh!!! Aznil Nawawi Dapat Gelaran 'Datuk'

Pages

Friday, February 1, 2013

Tahniahh!!! Aznil Nawawi Dapat Gelaran 'Datuk'


Tahniah diucapkan pada selebriti popular tempatan, Aznil Nawawi, 50, atau lebih mesra dipanggil Pak Nil.


Menerusi laporan dari Bernama, Aznil Nawawi dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan bersama 40 orang lagi penerima anugerah yang sama pada hari ini (Jumaat).


Penganugerahan ini secara rasminya akan memberikan gelaran ‘Datuk’ kepada Aznil Nawawi.


Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta dan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


Aznil Nawawi merupakan ‘Duta Sihat 1Malaysia’ dan sudah menceburi industri hiburan lebih dari 20 tahun.


Jadi selepas ini, tiadalah lagi panggilan Pak Nil, bertukar jadi Tok Nil lah pula, kan? Oops, gurau. OhBulan


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...