Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HOT!!! HARUSSANI TIBAI NIK AZIZ ISU #BR1M

Pages

Friday, February 22, 2013

HOT!!! HARUSSANI TIBAI NIK AZIZ ISU #BR1M



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat seperti haiwan sebagai keterlaluan.



Menurutnya, sikap yang ditunjukkan Menteri Besar Kelantan tersebut juga secara tidak langsung menghina golongan berpendapatan rendah yang menerima bantuan itu.



Tegas beliau, tidak salah jika sesebuah kerajaan mahu memberikan bantuan kepada rakyat dalam apa bentuk sekalipun termasuk wang ringgit kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan.



"Adakah apabila kita bersedekah kepada seseorang, orang itu juga seperti haiwan. Ini tidak betul. Jangan menghina mereka yang kurang berkemampuan.



"Lainlah kalau kerajaan hanya beri bantuan kepada orang tertentu. Baru salah. Ini terbukti semua rakyat dapat bantuan tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun 'warna baju'," tegasnya ketika dihubungi. ~ UM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...