Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Bongkar!!! Bukti Ahli PAS Protes Secara Senyap

Pages

Monday, February 4, 2013

Bongkar!!! Bukti Ahli PAS Protes Secara Senyap



PAS perlu akur dengan desakan ahli parti akar umbi supaya keluar dari Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk meneruskan perjuangan mereka menegakkan syiar Islam, kata Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Profesor Dr Ismail Sualman.

Menurutnya, ketidakserasian PAS dalam pakatan pembangkang, semakin jelas apabila ahlinya mula protes secara senyap selepas menyedari peranan mereka hampir lupus dalam gabungan itu.

"Ini kerana polimik kalimah Allah dan hukum hudud sering menjadikan PAS sebagai 'kambing hitam' yang memungkinkan parti Islam itu terus melupakan hasrat mewujudkan sebuah negara Islam," kata Ismail.

Malah rakan komponen DAP dilihat sebagai halangan utama lebih-lebih lagi apabila pengerusi parti dominasi Cina itu sendiri, Karpal Singh cuba mencabar pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang dipimpin oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri bersabit isu kalimah Allah.

Karpal dalam kenyataannya semalam berkata isu kalimah belum selesai justeru menggesa Majlis Syura mempertimbangkan keputusan konsensus yang dicapai Pakatan Rakyat.

"Jadi yang saya nampak sekarang ini yang menjadi masalah 'kambing hitam' yang tersepit ini adalah PAS, sebab PAS di sini saya nampak pengikutnya sendiri sudah mula rasa tidak sehaluan dalam Pakatan itu.

"Sebagai contoh pengikut PAS keluar daripada stadium apabila Anwar Ibrahim memberikan ucapan dan juga pemimpin DAP yang lain. Nampaknya sangat mereka dah mula protes senyap-senyap, tapi mungkin dia nak cakap dengan pemimpin utama dia tidak berani tapi cara tindakan dia itu melambangkan seolah-olah menunjukkan masalah sokongan dalam Pakatan sendiri," ujarnya kepada Antarapos.

Ismail turut membayangkan lebih ramai pengundi Melayu akan kembali menyokong PAS sekiranya parti itu mengambil haluan sendiri sekali gus menolak sebarang kebimbangan yang boleh merugikan PAS dalam jangka masa panjang.

"Saya ingat kalau desakan daripada ahli parti bawahan PAS khususnya untuk tidak lagi bersama dalam Pakatan ia boleh berlaku, saya ingat mungkin dari segi sebagai contoh seandainya PAS keluar daripada Pakatan dalam beberapa minggu ini saya rasa PAS tetap akan mendapat sokongan daripada Islam maksudnya orang Melayu kita. Dia tak rugi apa tau cuma gabungan itu tidak akan sampai ke Putrajaya sahaja.

"Tetapi jika dia 'fisabilillah demi Allah' mungkin dia akan dapat lebih banyak sokongan lagi. Maksudnya orang Melayu akan lebih menyokong PAS, tetapi kalau PAS sahaja yang ingin menerajui ketika itu dia mungkin tidak boleh membentuk kerajaan. Tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam politik," tambah beliau lagi. AP


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...