Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Fuyoo!!! Aksi Anak Gadis 'Kantoi' Dengan Lelaki Tanpa Seurat BenangTerbongkar!

Pages

Saturday, February 16, 2013

Fuyoo!!! Aksi Anak Gadis 'Kantoi' Dengan Lelaki Tanpa Seurat BenangTerbongkar!


Luluh hati seorang ibu apabila mendapati seorang lelaki tanpa seurat benang tidur sekatil dengan anak gadisnya berusia 14 tahun ketika dia mahu mengejutkan anaknya itu untuk solat Subuh, pagi kelmarin.


Kejadian berlaku jam 6 pagi di Bandar Armada Putra, dekat sini menyebabkan wanita berusia 30-an itu menjerit ketakutan lalu memaklumkan kepada ahli keluarga lain sebelum melaporkan kejadian kepada polis.


Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis yang tiba di rumah berkenaan berjaya menahan lelaki terbabit yang tidak dapat melarikan diri selepas dikepung ahli keluarga wanita berkenaan.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisoner Mohamad Mat Yusop mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan masih dilakukan.


“Memang ada laporan mengenai kejadian itu diterima, tetapi saya tidak dapat mengulas lanjut perkara itu kerana siasatan masih dilakukan yang pasti kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.


Haran Metro difahamkan, ibu mangsa tidak mengetahui bagaimana lelaki itu menyelinap masuk ke bilik anak gadisnya dan hanya menyedari kehadiran lelaki itu sejurus membuka pintu bilik yang tidak berkunci.


Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Balai Polis Pandamaran untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan dan kes itu kini dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan manakala mangsa turut menjalani rawatan di hospital. metro


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...