Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL

Pages

Friday, March 29, 2013

HOT!!! #LahatDatu KIRAM III ANAK LUAR NIKAH?



“Jamalul Kiram III dan Abgimuddin Kiram tidak layak menuntut Sabah kerana mereka bukan berdarah sultan.

“Sebaliknya mereka ini hanyalah pewaris yang berstatus cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II,” tegas pengkaji sejarah dan penulis buku Kesultanan Sulu, Julasri Hajad, 36, atau Asree Sug.

Menurut Asree, sejarah menunjukkan Sultan Jamalul Kiram II hanya memiliki seorang anak perempuan dan seorang adik berlainan ibu, Raja Muda Mawalil Wahid sehinggalah kemangkatannya pada 1936.

“Raja Muda memiliki dua anak iaitu Ismail I dan Punjungan. Punjungan pula memiliki tiga anak iaitu Jamalul Kiram III, Abgimuddin Kiram dan Ismail II.

“Maka, Jamalul, Abgimuddin dan Ismail adalah cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Mereka ini bukan berdarah sultan sebaliknya hanyalah pewaris,” katanya.

Katanya, bagaimanapun ketiga-tiga beradik itu menetap di Kepulauan Tawi Tawi kerana ibu mereka penduduk tempatan di situ berketurunan Bajau Simunul dan berbahasa Tausuq (Sulu).

“Jamalul Kiram dan Abgimuddin tidak layak menuntut Sabah kerana mereka tidak memiliki rakyat tambahan pula sultan sebenar mesti tinggal di Jolo di Kepulauan Sulu,” katanya.

Menurutnya, Kesultanan Sulu juga tidak lagi wujud kerana rakyatnya pada 1906 memulaukan Sultan Jamalul Kiram II yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengenakan cukai kepala kepada penduduk.

“Sekitar 1906 sehingga 1915, Sultan Sulu membenarkan Amerika membunuh kira-kira 5,000 penduduk di Bud (gunung) Bagsak dan Bud Dahu yang menyerang tentera mereka.

“Selepas kemangkatan Sultan Sulu, masyarakat Sulu tidak menerima mana-mana lagi sultan sehingga sekarang,” katanya menegaskan dakwaan pengganas bahawa mereka Kesultanan Sulu sebagai tidak memahami sejarah. Kata Asree, dalang pencerobohan itu dilakukan anasir luar dan difahamkan Jamalul Kiram III hanya menumpang isu pencerobohan itu untuk meraih publisiti selepas difahamkan bakal bertanding pilihan raya di Filipina.

“Pengamatan mendapati ini (pencerobohan) taktik Jamalul Kiram,” katanya.mi

PANASS!!! SEORANG PEJUANG ISLAM ATAU SEORANG MUNAFIK?



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu, dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."

Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.

Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad. Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.

Anwar dengan jelas mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.” (Dipetik WSJ)

("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")

Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya, tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.

Semakin hampir dengan PRU13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.

Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya?

Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?

Pada hakikatnya, makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat. Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu. mi

Thursday, March 28, 2013

PANASS!!! AKSI 'SEDAP' KETUA CABANG TERBONGKAR!!!



Rupanya pemimpin PKR ini adalah seorang Ahli Majlis bagi Sungai Petani. Seorang pembuat dasar bagi majlis tempatan malah seorang yang menjadi kepala dalam gerakan untuk memecat Yang Di Pertua Majlis Daerah Sungai Petani.

Beliau menjadi Ahli Majlis bagi kerusi kuota ahli politik memandangkan beliau adalah Ketua Cabang Pkr di sana.

Kalau rakyat Malaysia masih boleh terima pemimpin yang moralnya rendah dengan alasan bahawa ini masalah peribadi maka negara malaysia bakal hancur sebelum 2020. Apa yang ditanam dalam pemikiran ahli parti Pkr dan penyokong mereka adalah SELAGI MEREKA BERWIBAWA MEMIMPIN selagi itulah kita wajib sokong insan tersebut. Masalah peribadi samada beliau kaki liwat, lesbian atau dwiseks bukanlah isu besar atau syarat khas menjadi pemimpin. "Pemimpin yang mampu urus tadbir negara walupun beliau kaki liwat, kita tetap sokong.." ujar penyokong tegar Pkr.

MI mohon pembaca siasat sendiri siapakah Saharudin Hamid yang dikatakan pelaku aksi yang memalukan seluruh darah daging beliau. Sakit apakah beliau hingga sanggup hilang pertimbangan dan melakukan dosa besar di hadapan skrin komputer riba dengan beranggapan bahawa "wanita' yang menjadi sahabat Facebooknya itu adalah wanita sebenar.

MI difahamkan dari sumber bahawa perbualan lucah menerusi "inbox" itu tidak memakan masa yang lama. Ahli Majlis tersebut terus naik gila, terus ghairah dan terus lakukan onani depan kamera yang di pasang di komputer riba. Apakah tahap kewarasan beliau ?

Persoalan timbul, apakah beliau sudah lama melakukan kegiatan "internet seks" ? Patutlah selalu balik lewat malam kata salah seorang keluarga terdekat yang kesal dengan tahap moral seorang pemimpin parti dan sebagai Ahli Majlis.

Kita sama-sama tunggu dan lihat. Kiranya beliau masih memegang keseluruhan jawatan yang ada sekarang maka apa yang MI tulis di atas ada benarnya. Pemimpin yang ada nafsu luar tabi'i kalau mampu menjadi pemimpin maka kekalkan mereka. Nauzubillah.mi



PANAS!!! NURUL NUHA MANGSA 'KORBAN' SETERUSNYA. KENAPA BUKAN NURUL IZZAH?



Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar, iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti.

Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ. Pantas, Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.

Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.

Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih? Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri. Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.

Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih ‘suci’, yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.

Nurul Izzah, diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang Islam. Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi. Malah, keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak yang menentangnya.

Nurul Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara sendiri. Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai rahsia-rahsia pertahanan negara.

Baru-baru ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita, Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

Wan Azizah pula, hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh lagi. Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja. Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik. Selebihnya, Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum paksa semata-mata.

Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru, Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap. Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran. Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak mustahil Nuha boleh menang.

Satu-satunya ‘setback’ bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam parti PKR. Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod, Nuha perlu meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan hanya berpolitik seperti bapa, ibu atau kakaknya.

Apapun, jika pengundi Permatang Pauh sebelum ini menolak UMNO kerana termakan tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan nepotisime dan kronisme, maka adalah wajib bagi mereak untuk menolak PKR jika Nurul Nuha menjadi calon dalam PRU kali ini.mi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...