Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL

Pages

Sunday, December 23, 2012

Benarkah Kerajaan #Pas Kelantan Tak Pernah Bina Rumah Murah?

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh mendakwa, kerajaan Kelantan pimpinan Pas banyak meluluskan tanah untuk pembinaan kondominium berbanding membina rumah mampu milik untuk rakyat.


Beliau berkata, sejak memerintah negeri itu 22 tahun lalu, tiada rumah kos rendah dibina untuk rakyat berpendapatan sederhana.


"Sebagai contoh, tanah di Kampung Limau Manis yang dihuni antara 80 hingga 100 keluarga juga dijual untuk membina kondo mewah.


"Harga sebuah kondo kalau ikut pasaran semasa sekitar RM250,000. Saya rasa tidak ada orang yang berpendapatan sederhana atau rendah mampu beli," katanya selepas menyampaikan Bantuan Sewa Rumah Penduduk Miskin Bandar di sini semalam.


Pada majlis itu, seramai 122 penduduk miskin bandar menerima wang tunai berjumlah RM1,448 sebagai bantuan sewa rumah selama setahun yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.

' #Ustaz Kedah ' Ratah Tubuh Gadis Tahun 6.

Seorang murid perempuan tahun enam di sini trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah bomoh bergelar ‘ustaz’ apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan melampiaskan nafsu selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada ‘ustaz’ berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.

Ibunya, Asmah, 47, (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak menyangka anaknIya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.

Katanya, dia hanya dapat tahu perkara itu selepas anaknya menceritakan peristiwa hitam itu kepada sepupunya sebelum diberitahu kakaknya.

“Masa itu saya nak buat rawatan kepada mak sebab badan dia sering gatal. Selepas dapatkan rawatan, penyakit mak pulih. Pada masa sama, lelaki itu turut memberitahu anak saya alami sejenis penyakit dalam badan dan perlu rawatan secepat mungkin.

“Saya memang tidak sangka lelaki itu tergamak buat macam ini kepada anak saya sebab saya beranggapan dia akan tolong anak saya betul-betul. Boleh dikatakan selang sehari saya dapatkan khidmat daripada lelaki itu untuk ubati penyakit anak,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa anaknya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bilik tanpa teman untuk elak gangguan semasa sesi rawatan.

“Percaya dengan kata-kata itu, saya pun tunggu di ruang tamu. Selepas sesi rawatan, 'ustaz' itu memaklumkan anak saya mempunyai penyakit misteri, iaitu terdapat batu dalam badannya dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.

“Pada suatu hari, dia sekali lagi minta saya hantar anak ke rumahnya untuk selesaikan rawatan sepenuhnya. Kemudian, saya hantar anak ke rumah lelaki itu sambil ditemani sepupunya, namun lelaki itu menghalau kami pulang kerana membawa teman. Dakwanya kalau bawa teman rawatan tidak boleh dilakukan.

“Bagaimanapun, selang dua minggu kemudian, lelaki itu menghubungi saya dan meminta anak saya datang ke rumah itu secepat mungkin untuk menyelesaikan penyakitnya dan dibenarkan bawa teman. Saya pun tinggalkan anak dan anak saudara yang berumur 16 tahun di rumah itu sebelum menjemput mereka pada waktu tengah hari selepas selesai waktu bekerja,” katanya.

Asmah berkata, dia tidak sangka peristiwa hitam itu akan berlaku setelah anaknya memaklumkan dirinya dirogol lelaki itu sementara anak saudaranya pula dicabul kemaluannya sepanjang berada di rumah itu.

“Selepas mengetahui perkara itu, saya bawa anak dan anak saudara ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Doktor yang merawat turut mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

“Saya tidak puas hati dengan perbuatan lelaki itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar supaya anak saya mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Asmah turut merayu polis bertindak segera kerana laporan sudah dibuat sejak tahun lalu.


Ciri-Ciri Lelaki #Playboy Wajib Di Ketahui Wanita.

Apakah ciri lelaki playboy? Pernahkah anda dipermainkan oleh lelaki playboy? Sikap playboy adalah suatu sikap yang menjurus lelaki bagi memiliki lebih dari satu teman wanita di dalam satu masa yang sama.

Lelaki playboy biasanya menjadi kegilaan ramai berdasarkan caranya yang pandai menarik dan menawan hati wanita.

Mari kita mengenal ciri-ciri lelaki playboy bagi memudahkan anda sebagai wanita menjaga keselamatan dan bagi mengelak hati anda dilukakan.

Terlampau ramai rakan perempuan. Ciri Lelaki playboy yang utama biasanya mempunyai ramai rakan wanita dan sentiasa meluangkan masa dengan mereka.

Suka Memberi Alasan. Lelaki playboy suka memberi alasan apabila tidak dapat bertemu atau keluar anda.

Pandai Berkata-kata. Dia pandai berkata-kata dan mengambil hati anda dengan kata-kata yang mencairkan hati anda. Apabila difikirkan semula apa yang dikatakannnya tidak logik dan tidak pernah dilakukannya terhadap anda.

Perahsia. Tidak membenarkan anda mengetahui aktiviti harian dan apa yang sedang dilakukannya.

Tiada Keterujaan. Lelaki playboy biasanya tidak teruja apabila bertemu anda. Baginya keluar makan dan bersiar-siar dengan wanita adalah perkara yang biasa dilakukannya.

Mempunyai Banyak No telefon. Dia mempunyai banyak no telefon bagi memudahkannnya memikat wanita lain.

Sukar Dihubungi. Dia sukar atau lambat membalas SMS mahupun panggilan telefon. Kadang kala apabila anda telefon sentiasa engage. Kemungkinan dia sedang bergayut dengan wanita lain.

Keyakinan. Dia mempunyai keyakinan yang melampau dan sentiasa berkata ramai wanita berminat dan berkata sesuatu berkaitannya.

Rakan. Anda kurang mengenali semua rakan-rakannya ataupun langsung tidak tahu dia berkawan dengan siapa.

Tidak Menepati Janji. Dia selalu tidak menepati janji samaada menonton wayang, makan ataupun bersiar-siar dengan anda. Temujanji anda sentiasa terbatal kerana dia mempunyai hal untuk diuruskan. Kemungkinan pasangan anda ini menunjukkan ciri lelaki playboy.

Perbualan Kotor. Sentiasa berbual berkaitan perkara-perkara yang menjengkelkan seperti seks.

Tidak Mengingati Perkara Penting. Dia tidak dapat mengingati perkara-perkara yang penting berkaitan dengan anda seperti hari jadi, tarikh pertama dating, warna kegemaran, makanan kegemaran dan sebagainya. Mungkinkah die terkeliru dengan teman wanitanya yang lain.

Saturday, December 22, 2012

Zain Saidin Lafaz Sumpah Cinta Kepada Rozita Che Wan Di #Instagram

Malam minggu kebosanan tiada sebarang aktiviti, apalagi nak dibuat kalau bukan mengadap internet mencari gosip-gosip terbaru. Dalam sibuk mencari teringat pula Murai Batu nak tengok Instagram. Jangan ingat uols je ada Instagram. Awas di teropong Murai Batu!

Makan hati Murai dengan Rozita Che Wan bila ada jejaka sehensem Zain Saidin memujanya dan mengaku mencintainya! Eh? Haaaaaaaaaa jangan tak tau uols, Zain Saidin meluahkan segala rasa cintanya kepada Kak Kiah Pekasam tu.

Murai Batu tengok sendiri ungkapan rindu bermadah syahdu Zain kepada Che Ta di Instagram. Bukan main romantik lagi 'depa' dua ni. Berjanji cinta setia sebagai tanda bukti hati jejaka sudah dicuri Che Ta nan jelita. Ok tak madah Murai Batu? Boleh la kan? Ada yang jatuh cinta? Oopps?

Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. @rozitachewan1 . Dalam erti kata lain, Zain mengatakan bahawa Che Ta tidak akan menjumpai jejaka lain selain dia yang mencintai Che Ta sepenuh hati sepertimana yang dia, inilah janjiku. Kau ado? Untunglah.

Itu daripada Zain, Che Ta juga ada berbuat perkara yang sama, tapi dia meletakkan fotonya beserta kata-kata madah juga daripada Zain Saidin. Dah jelas sangat dah rasanya hubungan mereka ini. Kalau dah serius apa nak tunggu lagi kan?

Atau pun supaya menjelaskan kepada 'orang lain' yang Che Ta tu kepunyaan Zain dah. Maklumlah zaman sekarang kuat orang mencaras. Dah tau orang punya pun ada hati nak cucuk jarum. Opps lagi sekali!

Apa-apa pun kepada mereka berdua yang berbahagia di lamun cinta ini jangan nak tunggu lagi lama-lama. Che Ta pun memang laris di pasaran dan dikejar ramai jejaka. Nanti makan hati pulak awak Zain!

Murai Batu turut bergembira dengan cerita ini dan tak sabar nak kongsi dengan anda semua. Harapkan dengan berita ini cepat sikit kita dapat update hubungan cinta mereka. Makin lama makin banyak yang mencuba! Let the best man win! Gitu! Murai


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...