Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL

Pages

Wednesday, November 28, 2012

PAU 2012 : Aura #PRU13 Semakin Dirasai.



Semangat ditunjukkan perwakilan yang datang Perhimpunan Agung Umno Ke-66 nyata berbeza kerana mereka berpendapat, perhimpunan kali ini cukup bermakna sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)


Ketua Wanita Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Salmah Mat Isa berkata, beliau tidak sabar mendengar amanat daripada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pilihan raya umum (PRU) akan datang.


"Kita tahu perhimpunan ini terakhir sebelum PRU13, sehubungan itu sperwakilan perlu mengambil berat apa dikatakan Presiden nanti.


"Perhimpunan kali ini pasti hangat dengan pelbagai usul terutamanya berkenaan kesiap siaga jentera parti menghadapi PRU13," katanya.


Bagaimanapun Salmah melihat, usul berkenaan kebajikan dan pendidikan juga sebagai usul yang menarik pada sesi perbahasan nanti. Bagi perwakilan Wanita dari Bahagian Bagan Datoh, Perak, Zaleha Mat Noor, beliau mengharapkan perhimpunan kali ini berlangsung dengan lancar dan sempurna.


"Kita mahu lihat kesepakatan daripada perwakilan yang hadir dalam membawa isu masyarakat dan negara.


Perpaduan parti adalah yang utama sebelum menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.


Sebahagian perwakilan menyanyikan lagu Umno ketika pembukaan taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2012, semalam.


Sementara itu, Azura Mohd Affandi yang mewakili Puteri Umno Bahagian Johor Bahru berpendapat, perhimpunan bukan saja memberi semangat kepada perwakilan, tetapi mengukuhkan ukhuwah parti.


"Kita di sini bukan sahaja berbahasan isu semasa, tetapi medan untuk kita sepakat dalam pelbagai hal," katanya.


Bagi Nadia Mat Jauhari dari Umno Bahagian Kota Raja, amanat Presiden dan ahli majlis tertinggi Umno cukup bermakna untuk dibawa ke peringkat akar umbi.


"Aura PRU13 sudah mula dirasai, oleh itu, kita cukup bersemangat mendengar amanat daripada pemimpin atasan dan menengar perbahasan daripada semua perwakilan yang hadir kerana setiap usul yang dibawa itu datangnya daripada suara akar umbi," katanya




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAU 2012: #UMNO Doa Mohon Pas Dibukakan Pintu Ke Arah Kebenaran.



Walapun Pas mendoakan kemusnahan dan kehancuran terhadap UMNO, namun parti itu dalam perhimpunan agungnya tidak sama sekali bertindak balas malah turut mendoakan kebaikan kepada musuh politiknya itu.


Pada majlis Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka di sini, Selasa malam, doa yang dibacakan oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Afandi Mohd langsung tidak mendoakan kemusnahan Pas.


Sebaliknya mendoakan agar dibukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan Allah dan kembali kepada kebenaran serta menggerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam.


Berikut isi kandungan doa tersebut :


Yallah Ya Tuhan kami, pada malam yang penuh keberkatan ini, kami menadah tangan, memohon kehadrat-mu Ya Allah, agar majlis Perasmian Persidangan Perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh pemimpin kami YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO dianugerahkan hidyah dan taufik, agar urusan kami berjalan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.


Ya Allah, di atas bahu kami ada tanggungjawab dan amanah yang berat, anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.


Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman yang tidak ada nabi dan rasul ini, Ya Allah, perlihatkanlah kepada yang benar itu benar, supaya kami dapat mengikutinya dan perlihatkanlah ‚yang batil itu batil' supaya kami dapat menjauhinya.


Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui pada hari ini kami menghadapi tentangan dan cabaran yang amat hebat, baik dari musuh yang terang, mahu pun musuh yang tersembunyi, malah apa yang lebih memedihkan hati kami, apabila ancaman dan kebiadapan terhadap agenda ummah dan bangsa, dilakukan oleh mereka yang keliru dan terpedaya dikalangan kami.


Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukalah pintu hati saudara-saudara kami di dalam Pas, untuk kembali ke jalanmu Ya Allah…kembali kepada kebenaran.


Engkau gerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi sama-sama memartabatkan agamamu Ya Allah, bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta.


Ya Allah berikanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala musibah ini, dihadapan kami, menanti medan pilihan dan penilaian rakyat, iaitu Pilihan raya umum ke-13, kurniakanlah kami kekuatan, untuk mempertahankan amanah ketuanan Melayu Islam, ditanah air kami.


Berikanlah kepada kami keupayaan untuk bersiap siaga, dengan hemah yang tinggi, hati yang bersatu, jiwa yang luhur, serta kesetiaan yang kukuh, dan akhirnya dijunjung perjuangan yang getir ini. Ya Allah, berikanlah kepada kami kemenangan dalam perjuangan ini.


Kurniakan kami, segala kecekalan hati, keteguhan tekad, kesungguhan azam, dan kebijaksanaan fikiran kepada sekalian pemimpin UMNO, terutama Presiden UMNO beserta timbalan serta seluruh kepimpinan dan sekalian ahli UMNO yang lainnya. Kepada mu jua kami bertawakkal dan menyerah diri, ditangan Mu jua pemutus dan penentu segala-galanya.


Ya Allah hidupkan kami dengan Islam, matikan kami dalam Islam, akhirilah hayat kami ini dengan Husnil Khatimah dan dengan kalimah La ilahaillallah Muhammadun Rasululullah.
umno-online


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone














PAU 2012 : Muafakat @UMNO Berkongsi Kuasa.

Kebijaksanaan perkongsian kuasa yang dilakukan oleh UMNO bersama-sama parti komponen Barisan Nasional (BN) telah memungkinkan Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum.


Ketika menegaskan perkara itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebijaksanaan pemimpin BN terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur turut membolehkan negara ini kekal aman, makmur dan sejahtera.


''Sepanjang lima dekad pemerintahan BN, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan disuburkan dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional,'' katanya.


Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.


Dalam ucapan bertemakan, Bersama Melakar Kemenangan, Muhyiddin yang mengimbas serangan-serangan pembangkang terutamanya Pas dan DAP terhadap UMNO dan komponen BN menegaskan, kedua-dua parti tersebut berbuat demikian semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka.


''Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam BN, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.


''Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita,'' katanya.


Sehubungan itu, beliau menegaskan, hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, MCA, MIC dan bukan juga parti-parti komponen BN yang lain.


Sebaliknya, tegas Timbalan Perdana Menteri, ia didalangi oleh Pas dan DAP, yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita.


''Pas dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini Pas dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan BN,'' katanya.


Hakikatnya, tegas Muhyiddin watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju, sehingga ke hari ini Pas dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pelajar Tingkatan Satu Dirogol Selepas Lakukan Hubungan #Seks.



KENINGAU: Seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun yang baru sahaja mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya melalui detik hitam apabila dia dirogol pula oleh seorang saudaranya dalam kejadian di sini baru-baru ini.


Kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi pada 21 November itu berlaku ketika mangsa keluar bersama teman lelakinya dikenali sebahgai Jiji.


Difahamkan, mangsa telah dibawa ke sebuah kawasan semak sebelum mereka melakukan hubungan seks.


Ketua Polis Keningau, Deputi Superintendan Polis Robert Salisip@David berkata, selepas selesai melakukan hubungan seks, teman lelakinya mengatakan ingin pulang sebentar dan meninggalkannya bersendirian di situ.


"Mangsa yang ketakutan kemudian telah menghubungi seorang saudaranya. Dia kemudian dibawa ke sebuah rumah di Bingkor pada pukul 5.30 pagi sebelum dirogol," katanya.


Tambahnya, saudara mangsa kemudian menghubungi keluarga gadis itu untuk datang mengambilnya.


Menurut Salisip, keluarga mangsa yang menyedari mengenai kejadian itu kemudian telah membuat laporan polis.


"Kita telah menahan kedua-dua suspek berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan," katanya.

- Kosmo!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...