PAS Selangor menolak cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Kekasih.
Khalid Samad pulak tetap dengan pendirian dan mengatakan, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.komen Nasrudin itu mungkin pendapat sendiri dan tidak dibawa dalam mesyuarat biro politik baru-baru ini.
Laporan dari MALAYSIA INSIDER menyebut Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu.
Katanya,Pemuda PAS akan bekerjasama dengan jabatan agama setiap negeri untuk memantau sambutan Hari Kekasih 14 Februari ini.Beliau berkata langkah itu diambil sebagai satu percubaan untuk membendung gaya hidup tidak sihat dan menyumbang kepada dosa.
Sementara itu Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud berkata biro kebajikan parti akan mendekati golongan remaja pada Hari Kekasih bagi memberi penerangan tentang peraturan-peraturan Islam. Pendirian PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam mendapat tentangan daripada rakyat dan juga pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, parti Islam itu cuba untuk menghentikan penjualan minuman beralkohol di kawasan orang Islam di Selangor tapi ia mendapat tentangan daripada DAP dan pemimpin PKR.
KENYATAAN PEMIMPIN PAS, NASRUDIN UNTUK MELANCARKAN KEMPEN MEMBENDUNG GEJALA TIDAK BERMORAL TELAH LAMA DILAKSANAKAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DI NEGERI MASING-MASING.
OLEH ITU, TAK PERLULAH NAK MENCARI PUBLISITI MURAHAN. BUAT PULAK KERJA-KERJA WAJIB NIE DITENTANG OLEH PEMIMPIN PR SENDIRI. MALU WEEIIII...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, February 12, 2011
ORANG HILANG - NYAWA FARID JADI TARUHAN.
KC dihubungi oleh Sdr Armand, Ketua Wira Perkasa Malaysia yang memaklumkan bahawa sahabat beliau telah keluar dari rumah dari pagi semalam dan tidak pulang sehingga waktu artikel ini ditulis.
Oleh itu besarlah harapan KC kepada rakan-rakan dapat memberi kerjasama untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya menjumpai orgnya atau kenderaannya ataupun ada mendengar maklumat berita ini.
KC juga sertakan maklumat yang disampaikan oleh Saudara Armand;
Salam Sahabat2 Yg Dihormati,
Saya Minta Tolong Banyak2, Sahabat Saya Juga AJK Wira Perkasa Pusat Sdr Mohd Farid b Abdullah, Hilang Sejak Pagi Tadi, Keluar Rumah Jam 7 pagi, Menaiki WRN 3178 Proton Persona, Warna Ungu. Isteri Dan Keluarga Beliau Risau Kerana Tidak Dapat Dihubungi.
Saya Telah Lancarkan Gerakan Cari Beliau Di Alamat Terakhir Friendfinder Beliau Di Tempat Ni Kat Mana??Urgent!!! WISMA MOTOR JLN TAR (WMAS REPL, No.337 -339 Jalan Tuanku Abdul Rahman KL @ 19:50 Sejak Pagi Hingga Kini Lokasi Disitu.
Beliau Ada Memegang Document Penting Yg Baru Dibongkarkan.
Saya Harap Rakan2 Sebarkan BBM Msg Ini Utk Cari Dan Doa Semoga Beliau Selamat.
-Arman Azha Hj Abu Hanifah-
Minta Bantuan Kengkawan Sgt2.
Updated Misi Cari Farid(12.01 am-12.02.2011) :
Seluruh Lorong2 Di Chow Kit Telah Di Cari, Kini Cari Sekitar Kawasan2 Yg Berhampiran...Ya Allah, Selamatkan Lah Farid..

Friday, February 11, 2011
PANAZZZ : NIK AZIZ KATA ORANG KELANTAN PENGOTOR
Nik Aziz akui kebanyakan tandas masjid di Kelantan kotor
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kebanyakan tandas masjid di negeri ini masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya.
Mursyidul Am PAS itu turut kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan di tandas masjid kerana keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.
"Kita akui tahap kebersihan kebanyakan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih rendah kerana jawatankuasanya tidak mengendalikannya dengan baik disebabkan tiada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz seterusnya meminta jawatankuasa masjid supaya menyediakan peruntukan khas bagi memastikan tandas dan bilik air di masjid-masjid di negeri itu sentiasa bersih dan memberi keselesaan kepada jemaah dan pengunjung.
Beliau turut meminta umat Islam menjimatkan peruntukan untuk sambutan seperti Maulidur Rasul dan menyumbangkan sebahagian daripadanya ke masjid bagi tujuan penyelenggaraan tandas.

GEMPARR!!! KETUA PEMUDA PAS PUSAT DISERANG.

Sayap Pemuda DAP membantah cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan Hari Kekasih Isnin ini.
Ketuanya Anthony Loke menegaskan parti itu tidak bersetuju sama sekali pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan "pemeriksaan tidak bermoral" terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih.
Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan AMK dan Pemuda DAP.
"Ketika mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Nasrudin tidak pernah membangkitkan isu ini dan ia boleh memberi kesan kepada Pakatan Rakyat terutamanya negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Loke, tindakan Pemuda PAS mengarahkan pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan jabatan agama di empat negeri Pakatan Rakyat menunjukkan sikap tidak menghormati kerajaan negeri.
"Pemuda PAS tidak mempunyai kuasa untuk memberikan sebarang arahan kepada kerajaan negeri, Pemuda PAS kena sedar Pakatan Rakyat terdiri daripada tiga parti politik yang mana sebarang keputusan harus dibuat dalam mesyuarat kerajaan negeri" katanya.
Ahli Parlimen Rasah itu berkata tindakan Nasrudin berbuat demikian akan membahayakan Pakatan Rakyat.
Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu.
Katanya Pemuda PAS akan bekerjasama dengan jabatan agama setiap negeri untuk memantau sambutan Hari Kekasih.
Beliau berkata langkah itu diambil sebagai satu percubaan untuk membendung gaya hidup tidak sihat dan menyumbang kepada dosa.
Bagaimanapun cadangan Nasrudin itu ditolak pemimpin PAS Selangor dengan menyifatkan ia hanya pandangan peribadi beliau sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)