Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL

Pages

Monday, October 18, 2010

KC SAMBUT PROTES SENYAP - PEDULIKAN PERAK

Lama sungguh KC tak menulis di dlm blog, maklumlah bila dah berjuang dalam FB maka dalam blog pun kureng la sikit.. Namun begitu KC tak terlepas dalam belayar dalam Blog rakan-rakan KC yang lain. Ada jugak banyak kali KC print out artikel-artikel rakan-rakan yang hebat-hebat dan kemudian fotokopi bebanyak hantar dekat makcik2 & pakcik2 yg tak reti nak bukak komputer... Biar mereka sedar apa yang berlaku dalam dunia alam maya ini... sampai tahap macam tue....

Rupa-rupanya KC sedar, yang kita nie terkejar ke sana terkejar ke sini, buat itu buat ini, kadang-kadang duit kita yang keluar sampai tak berkira dengan penat jerih, bertempur ke sana ke sini rupanya tidak dipandang langsung. Dah pulak tue dituduh pula menerima imbuhan beribu ringgit setiap bulan... aduhhhh sakitnya hati... BOSANNNNN....

Di sini, KC selaku tuan empunya blog kamuntingcentral.blogspot.com, dengan lafaz DEMI ALLAH juga menafikan menerima sebarang imbuhan secara bulanan dari mana-mana pihak di Negeri Perak atau di mana-mana sahaja untuk aktif menulis di alam blogger.

Oleh itu, sebagai tanda sokongan dan bukti Bloggers Perak yang mana satu ketika dahulu yang bermula dengan semangat setia dalam persahabatan, maka KC akan bersama berdiri teguh menyokong Blogger Sekupangdua. KC petik kata-kata Sekupangdua yang berbunyi...

" SEHUBUNGAN ITU, UNTUK MEMBUKTIKAN TIADA SESAPA YANG MEMBAYAR BULANAN, YANG BAGI PERUNTUKAN, YANG KONONYA ADA SETIAP BULAN 5 RIBU LER, 4 RIBULER.. 7 RIBULER... BEIBU-RIBU LAGI LER, DAH TU KATA TAK BUAT KEJA, MAKA DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIROHIM... SEKUPANG MELANCARKAN PROTES DENGAN SEGALA FITNAH DEMI MEMBUKTIKAN KEBENARAN... PROTES SENYAP! DAN TIDAK AKAN MENGELUARKAN SEBARANG ARTIKEL BERKENAAN PERAK SEHINGGA SEGALA TOMAHAN TERHADAP SEKUPANG DAN KENGKAWAN LENYAP! DEMI KEBENARAN SEHINGGA TERJAWAB SEKUPANG JUGA AKAN MENGELUARKAN SEGALA BENTUK ATAU LAMBANG PERAK DIDALAM BLOG INI SEBAGAI TANDA PROTES TERHADAP SEGALA FITNAH TERHADAP SEKUPANG DAN RAKAN-RAKAN! TIADA CERITA BERKENAAN NEGERI PERAK! "


PROTES SENYAP.. PROTES SENTAP.. PROTES SENYAP..

DAULAT TUANKU..... HIDUP YAB ZAMBRY..... HIDUP NEGERI PERAK.....




Tuesday, June 8, 2010

ANAK GADIS HILANG : MOHON BANTUAN RAKAN-RAKAN






KC DIBERITAKAN AGAR MENYEBARKAN BERITA TENTANG KEHILANGAN ANAK GADIS INI YANG TIDAK PULANG KE RUMAH SEHINGGA KINI ( 2 MINGGU ). KHABARNYA ANAK GADIS INI TELAH DILARIKAN OLEH SEORANG LELAKI BERMOTOR ( SEPERTI GAMBAR DI BAWAH ) KE NEGERI KEDAH (ENTAHLAH....)



OLEH ITU BESARLAH HARAPAN KC UNTUK MEMOHON JASA BAIK RAKAN-RAKAN DAPAT MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK YANG BERWAJIB KERANA LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT BAGI MENGEMBALIKAN ANAK GADIS INI KEPANGKUAN KELUARGANYA.




KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERTEMU DENGAN ANAK GADIS INI ATAUPUN SUSPEKS PEMUDA YANG MELARIKAN ANAK GADIS INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI (DENGAN KADAR SEGERA) :

1. AHMAD HAJI KENEK (AYAH BUDAK PEREMPUAN) - 012 5231787 2. CIF INSPEKTOR FAIZAL ( IPD TAIPING ) - 019 5572999.

KC : DIPERCAYAI PIHAK KELUARGA MANGSA DALAM KEADAAN YANG KERUNSINGAN DIATAS KEHILANGAN ANAK GADIS MEREKA. SUSPEK JUGA AKAN DIKENAKAN HUKAMAN ATAS KESALAHAN : SEK 363 K/KESIKSAAN. MOHON TOLONG DIHEBAHKAN....

Wednesday, May 19, 2010

PANAZ : TERIMA KASIH..... CIKGU.........



Sempena dengan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei yang lalu, KC mendapat khabar berita bahawa Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh YAB DS Dr Zambry Abd Kadir telah menghantar kad-kad ucapan kepada guru-guru di Perak. Tahniah kepada DS Dr Zambry yang selalu menghargai segala pengorbanan guru yang menabur bakti demi anak bangsa.

Niat yang murni dibalas dengan perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan oleh insan yang layak digelar guru. Dari 40,000 kad yang dihantar, terdapat sejumlah kecil kad yang telah dipulangkan kembali dengan coretan kata-kata yang kalau boleh digambarkan sebagai tidak mengenang budi atau lebih tepat BANGSAT!!!

Inilah perbuatan sebilangan kecil juak-juak PAKATAN ROSAK yang menjadi guru tetapi tidak menunjukkan nilai yang mulia seperti DS Dr Zambry. KC peroleh isu ini di Blog SP yang kalau bisa dikatakan sifat-sifat yang tidak bertamadun langsung.

Akan tetapi, KC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sebilangan besar guru-guru di Negeri Perak ini yang masih lagi menpunyai nilai jati diri yang cukup tinggi. Terimalah ucapan penghargaan dari DS Dr Zambry ini sebagai pemangkin kearah usaha demi memartabatkan anak-anak bangsa ke satu tahap yang lebih tinggi. SELAMAT HARI GURU...... KC

Monday, May 3, 2010

PANAZZ : TAHNIAH DATO' SERI NIZAR








Gara-gara menyampaikan ceramah politik yang berbaur hasutan semasa kempen PRK Hulu Selangor tempohari, tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Laporan dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.

KC mengharapkan pihak KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI memandanag serius perkara ini kerana ianya bukan sahaja akan mengakibatkan kemarahan oleh penyokong2 UMNO malah kemarahan umat Melayu keseluruhannya. Pelik dan hairan pihak KDN hanya berdiam diri terhadap ceramah Nizar di PRK Hulu Selangor tempoh hari.

Nizar secara terang-terangan dengan sengaja meniupkan api perkauman yang mana selama ini semua masyarakat pelbagai kaum menjaganya dengan penuh berhemah. Pemimpin yang menjaga kementerian ini perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya ianya tidak menjadi contoh kepada puak-puak yang inginkan menjadikan Malaysia ini tidak aman bagi memenuhi tuntutan peribadi mereka.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...