Sempena dengan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei yang lalu, KC mendapat khabar berita bahawa Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh YAB DS Dr Zambry Abd Kadir telah menghantar kad-kad ucapan kepada guru-guru di Perak. Tahniah kepada DS Dr Zambry yang selalu menghargai segala pengorbanan guru yang menabur bakti demi anak bangsa.
Niat yang murni dibalas dengan perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan oleh insan yang layak digelar guru. Dari 40,000 kad yang dihantar, terdapat sejumlah kecil kad yang telah dipulangkan kembali dengan coretan kata-kata yang kalau boleh digambarkan sebagai tidak mengenang budi atau lebih tepat BANGSAT!!!
Inilah perbuatan sebilangan kecil juak-juak PAKATAN ROSAK yang menjadi guru tetapi tidak menunjukkan nilai yang mulia seperti DS Dr Zambry. KC peroleh isu ini di Blog SP yang kalau bisa dikatakan sifat-sifat yang tidak bertamadun langsung.
Akan tetapi, KC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sebilangan besar guru-guru di Negeri Perak ini yang masih lagi menpunyai nilai jati diri yang cukup tinggi. Terimalah ucapan penghargaan dari DS Dr Zambry ini sebagai pemangkin kearah usaha demi memartabatkan anak-anak bangsa ke satu tahap yang lebih tinggi. SELAMAT HARI GURU...... KC
Gara-gara menyampaikan ceramah politik yang berbaur hasutan semasa kempen PRK Hulu Selangor tempohari, tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Laporan dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.
KC mengharapkan pihak KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI memandanag serius perkara ini kerana ianya bukan sahaja akan mengakibatkan kemarahan oleh penyokong2 UMNO malah kemarahan umat Melayu keseluruhannya. Pelik dan hairan pihak KDN hanya berdiam diri terhadap ceramah Nizar di PRK Hulu Selangor tempoh hari.
Nizar secara terang-terangan dengan sengaja meniupkan api perkauman yang mana selama ini semua masyarakat pelbagai kaum menjaganya dengan penuh berhemah. Pemimpin yang menjaga kementerian ini perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya ianya tidak menjadi contoh kepada puak-puak yang inginkan menjadikan Malaysia ini tidak aman bagi memenuhi tuntutan peribadi mereka.
"Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” - Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan.
Bagai nak "terangkat" serban Nik Aziz! Gegendang telinganya berdesing kuat bagai "ditempeleng laju-laju". "Teguran" itu benar-benar menggugat aqidah, perjuangan dan imej peribadinya sebagai "Mursyidul Am PAS" dan Menteri Besar. Kalaulah benar Nik Aziz ini bermaruah, pastinya dia bermuhasabah diri dan sekaligus meletak semua jawatan secara total, lantas mengasingkan diri dari dunia "glamour" politik. "Pencen" terus..!!! Nik Aziz sering secara sinis "memprotes" Hadi dan meminta agar Presiden PAS itu menerima "teguran"nya. Namun kali ini Nik Aziz sendiri ditegur Tok Guru Ayah Hj. Lah. Marilah sama-sama kita lihat sama ada Nik Aziz "cakap serupa bikin" atau sama saja retoriknya dengan "mata lebam pandai berkata-kata"!
Selama ini, ramai yang mengata dan mengutuk tindakan dan kenyataan Nik Aziz. Ramai yang memprotes "fatwa-fatwa" yang dicipta mengikut akal logiknya sendiri. Ramai yang menyatakan bahawa Nik Aziz sudah "nyanyuk" dan "meroyan" yang bukan-bukan. Malah, ramai juga yang mendakwa bahawa Nik Aziz ini "sesat" dan "menyesatkan". Bukan sedikit hamburan "teguran" dan "amarah" yang Nik Aziz terima, namun Nik Aziz hanya buat tak peduli memandangkan semua pendapat itu lahir dari "orang biasa". Kalau ada pemimpin UMNO atau BN sekali pun yang menyerang kenyataannya, Nik Aziz dengan selambanya akan "memutar belitkan lidahnya". Sekali sekala, mempamerkan "lidah bercabang"nya kepada umum.... Lihat seterusnya..
Kali ini Nik Aziz di"tegur" oleh Tok Guru Pondok yang "tulen". Tok Guru Abdullah Sa'amah bukan calang-calang Tok Guru Pondok. Tok Guru Ayah Hj. Lah adalah pengasas kepada Pondok Geting yang masyhur dan beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majilis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan. Tok Guru Ayah Hj. Lah juga adalah seorang yang begitu khusus kehidupannya terhadap pengamalan agama Islam secara mutlak dan prinsip itu diperlihara dari faktor ke"dunia"an, apatah lagi politik. Agama adalah agama, dan politik adalah politik.
Namun, mengapa Ayah Hj. Lah mengambil risiko untuk "menegur" Nik Aziz, Menteri Besarnya sendiri? Mungkin Ayah Hj. Lah sudah "muak" dan tidak dapat menahan sabar melihat "kesesatan demi kesesatan Nik Aziz. Berpaksikan parti politik, Nik Aziz sanggup memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu. Malah sampai ketikanya, Nik Aziz sanggup memanipulasikan sifat Allah dan ayat Al-Quran mengikut tafsirannya sendiri demi mendaulatkan survival politiknya sendiri! Sampai hati Nik Aziz mempermainkan kalimah Allah dan menyifatkan Rabbul Jalil itu dengan sifat-sifat yang keji!
Tidak dapat dinafikan bahawa selepas ini, maka mungkin sekali mereka-mereka yang taksub kepada si polan yang bernama Nik Aziz Nik Mat ini akan "mengamuk", membuat perarakan demonstrasi jalanan, menghina, mengutuk, mengugut, mengejek dan membuat memorandum protes terhadap Ayah Hj. Lah. Malah mungkin juga Ayah Hj. Lah terpaksa berjaga-jaga tentang keselamatan dirinya dan pondok yang diasaskannya itu. Manalah tahu ada dikalangan "pelampau-pelampau" Nik Aziz ini yang sanggup bertindak membakar Pondok Geting itu. Tak mengapalah. Kita serahkan kepada Allah sahaja, selain dari berdoa dan berwaspada dari sebarang kejadian buruk ke atas Ayah Hj. Lah. Saya bimbang, kalau-kalau ada yang sanggup berbaring ditengah jalan di Pondok Geting itu sambil memegang bendera "gambar Nik Aziz"!
Saya tidaklah mahu terus menerus menghentam Nik Aziz. Ayah Hj. Lah, seorang Tok Guru yang diiktiraf sudah meluahkan pendapatnya. Saya sejak dulu bersetuju dengan pendapat yang sedemikian. Seandainya Nik Aziz ini tidak termakan "pujuk rayu" Anwar dan "Erdogan", sudah pasti PAS sudah lama bertaut bersama-sama payungan BN. Anda semua fikirkanlah sendiri. Ayah Hj. Lah mempunyai asas yang kukuh tentang muamalah dan ilmu agamanya tinggi telah mengeluarkan hukumnya. "Nik Aziz sesat". "Sesat" sebagaimana "Ayah Pin"? Tak tahulah saya. Namun, sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu untuk hambaNya yang ingin kembali ke pangkuan jalan yang benar. Sumber Anti-PKR Club
KC diberitahu oleh rakan-rakan blogers yang PKR Pusat dan Negeri akan mengadakan konvoi jelajah menaiki bas hari ini. Konvoi itu dikhabarkan dari Ipoh dan berakhir di Grik, Perak. Orang-orang kanan PKR negeri dan Pusat sepatutnya menyertai konvoi ini. Maklumlah dengar ceritanya Anu War akan menyertai program konvoi tersebut.
Alih-alih bas yang membawa konvoi Pakatan Reban yang berhenti di Sungai Siput dari Ipoh tengahari tadi, disedari oleh rakan-rakan KC... ekekeke... laaa 15 orang jer kerr... Manakala kelibat si Anu War Al- Juburi tidak kelihatan bersama-sama rombongan konvoi bas itu tadi....
Anu War Al- Juburi yang dikhabarkan telah berada di Ipoh untuk menyertai rombongan konvoi marah dan cukup kecewa kerana Pakatan Reban ini gagal untuk mengumpulkan kekuatan untuk Anu War ke Grik... ekekek...
Laa... si Anu War Al- Juburi tak sedar ker.. yang PKR di Perak hanya menanti belah... Dah masalah dalamannya serabut.... tak lagi KC bukak cerita masalah dalaman di peringkat cabang2 PKR kat seluruh Perak.... Pantang ada peluang smua pakat nak berebut Ketua... ekekek...
Tapi yang pasti masyarakat telah mula sedar tentang kepincangan PKR nih... AYUH RAKYAT PERAK, KITA TOLAK PAKATAN REBANNNNNN...........